Yang mana satu pilihan uols?
Iols boleh dikatakan selalu jugakla beli handbag - hadiah untuk diri sendiri. Hilang stress lepas dapat beg! Hehehe..
Boleh pilih SATU yg uols PALING suka.
Wanita masa kini memang sentiasa berdepan dengan stress! Maklumlah gaya hidup sudah jau berubah berbanding zaman datuk-nenek kita dahulu. Wanita kini bukan sahaja memikul tanggungjawab di tempat kerja, malah turut menggalas tanggungjawab besar seandainya sudah bergelar isteri.
Untuk menghilangkan stress atau pun meredakannya, apa yang anda sering lakukan? Membeli-belah, bermeditasi, atau mendengar lagu-lagu romantis? Kalau anda sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan, di sini disenaraikan lima pilihan untuk anda memanjakan diri.
1) Urut di spa Urutan badan mampu menimbulkan perasaan harmoni kerana seseorang itu berasakan dirinya dimanja. Selain itu, urutan badan juga punya kebaikan untuk tubuh badan secara menyeluruh ini kerana ia mampu meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh badan.
Apabila perjalanan darah lebih lancar, oksigen di dalam darah dapat disalurkan ke otak dengan baik sekaligus membantu badan menjadi sihat dan segar. Jadi mengurut mampu meredakan meredakan tekanan. Antara jenis urutan yang boleh anda lakukan di spa ialah urutan tradisional, urutan aromaterapi, urutan batu panas dan urutan bali.
2) Beli hadiah untuk diri sendiri Percaya atau tidak membeli hadiah untuk diri sendiri merupakan salah satu cara memanjakan diri yang sangat berkesan? Apa tidaknya dengan membeli hadiah untuk diri sendiri, anda berpeluang memilih hadiah yang diidam-idamkan. Kalau nak tunggu orang yang bagi, mungkin apa yang dihajati tidak kesampaian bukan? Jika anda tidak pernah lakukan perkara ini, cuba lakukan secepat mungkin dan rasakan sendiri kepuasannya!
3) Nikmati keenakan coklat Jangan takut gemuk. Silap besar jika anda percaya coklat boleh menggemukkan badan. Jika dimakan dengan cara yang betul, coklat atau lebih tepat lagi coklat hitam (dark chocolate) akan memberikan rasa tenang dan rileks. Jadi, tidak salah kalau anda pilih satu hari di hujung minggu untuk menikmati keenakan manisan ini.
Untuk memberikan ketenangan yang sempurna, nikmati 28 gram coklat hitam setiap hari. Dos ini akan membuat pembuluh darah lebih elastik dan meningkatkan jumlah kolesterol baik di dalam tubuh badan. Sebagai bonus, anda bebas daripada serangan jantung!
4) Lakukan manicure / pedicure Rawatan kecantikan ini boleh membuatkan anda berasa rileks kerana dimanja-manjakan oleh petugas spa. Biarpun tidak seluruh badan, namun nikmat melakukan manicure dan pedicure memang hebat. Lagipun, jari-jemari kita sememangnya memerlukan belaian setelah tidak henti-henti melakukan pelbagai tugasan.
Sebenarnya urutan dan sentuhan lembut rawatan ini mampu mencipta sensasi sensasi ketenangan pada otak yang kemudian membuat seluruh tubuh anda ikut rileks. Bukan hanya itu, manicure dan pedicure mampu membuatkan anda tampil cantik!
5) Bercuti ke destinasi pilihan Sesekali tidak salah jika membelanjakan wang untuk kebaikan diri sendiri. Bercuti atau melancong mampu membuatkan anda melupakan rutin harian yang membebankan fikiran. Pilih destinasi percutian kegemaran anda. Kalau suka dengan keindahan laut, apa kata anda ke Phuket atau Bali untuk menghabiskan hujung minggu anda.
Kedua-dua destinasi percutian ini bukan sahaja mempunyai keindahan alam yang mengkagumkan, tetapi turut memiliki deretan spa yang menyediakan pelbagai rawatan badan. Setelah puas berjemur dan bermain air, bolehlah memanjakan diri. Jika ingin hiburan malam, Bali dan Phuket juga boleh memenuhi kemahuan anda! Last edited by babyridz on 22-3-2013 10:14 AM
|