CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7601|Reply: 15

Teman lelaki miang

[Copy link]
Post time 21-3-2013 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Saya gadis berumur 21 tahun yang masih belajar di sebuah kolej swasta. Dulu saya mempunyai teman lelaki tapi dia selalu meminta saya melakukan perkara tidak senonoh dan menganggapnya perkara biasa.Saya tidak pernah mengizinkan perbuatan itu dan enggan menunaikan permintaan menyebabkan teman lelaki marah. Akhirnya, saya bertekad memutuskan perhubungan kerana tidak tahan dengan perangainya itu.

Sejak itu, saya juga sukar untuk jatuh cinta lagi biarpun mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan kerana rimas dengan sikap perempuan yang suka mengumpat.

Pada saya, rakan lelaki lebih terbuka, tenang, pendengar yang baik dan matang dari pelbagai segi. Malangnya, tanggapan saya itu jauh tersasar kerana mereka (rakan lelaki) juga ada yang bersifat miang selain suka melihat video lucah.

Apakah semua lelaki suka menyimpan video lucah walaupun luaran mereka nampak baik. Sikap baik mereka membuatkan saya berasa selamat tapi sikap miang mereka membuatkan saya curiga.

Sikap bekas teman lelaki selain beberapa kawan rakan lelaki lain membuatkan saya fobia bercinta apa lagi berkahwin.

Saya juga melihat kawan lelaki yang mengambil kursus syariah tapi berpegang tangan dengan kekasihnya dan pelajar perempuan yang memakai purdah bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim.

Macam mana saya nak percaya pada lelaki, adakah semua lelaki macam itu?

GADIS FOBIA,
Perak


Lelaki yang baik menghormati wanita. Begitu juga cinta dan hormat perlu seiring. Bekas teman lelaki ternyata tidak cukup mencintai adik kerana perbuatannya tidak menghormati maruah adik.

Memegang tubuh atau apa saja bahagian badan teman wanita bukan satu ciri kasih sayang tapi lebih berorientasikan nafsu dan syahwat.

Ia bukan satu perbuatan biasa lelaki terhadap wanita. Kata-kata bekas teman lelaki bahawa berbuat begitu adalah satu perbuatan biasa hanyalah satu alasan untuk meneruskan perbuatan berpaksi nafsu.

Adik mengambil keputusan bijak untuk memutuskan hubungan kerana tidak menjumpai cinta apabila tidak mendapat penghormatan daripada lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung.

Adik juga bijak dengan menghormati diri sendiri dan enggan membenarkan diri menjadi sentuhan dan mainan lelaki.

Confucious menjelaskan, hormati diri sendiri dan orang lain akan menghormati anda. Dostoevsky juga mengatakan, jika anda ingin dihormati orang lain, perkara paling hebat ialah menghormati diri sendiri.

Penghormatan diperoleh melalui tingkah laku dan perbuatan biadap lelaki kepada tubuh wanita perlu dijauhi.

Sesuatu tingkah laku seperti menyimpan video lucah boleh diamalkan sesiapa saja tanpa mengira jantina, bukan perbuatan lelaki semata-mata.

Dr memahami pengulangan kawan lelaki yang ramai menyimpan video lucah dalam telefon membuatkan adik fobia untuk bercinta apatah lagi berkahwin.

Namun, jika perbuatan ini bukan milik semua kaum lelaki, akan ada lelaki yang tidak menyimpan video lucah dalam telefon mereka.

Cinta juga diwarnai oleh banyak sifat lain. Apabila adik menjumpai sifat-sifat yang boleh mewarnai cinta adik, tiba masa adik merasai bahawa cinta itu satu keindahan. Menemui lelaki yang dicintai berserta dengan ciri-ciri yang ingin dimiliki dalam diri lelaki adalah petanda subur kepada jalan kepada sesuatu perkahwinan.

Bidang syariah adalah salah satu bidang pengajian Islam. Perbuatan kawan lelaki yang walaupun mengambil kursus syariah tapi masih lagi berpegang tangan dengan kekasihnya adalah satu perbuatan peribadinya. Ia tidak melambangkan tingkah laku semua pelajar pengajian syariah.

Begitu juga dengan tingkah laku pelajar perempuan yang memakai purdah tapi bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim.

Menutup aurat adalah satu kewajipan dalam agama Islam dan perbuatan bertepuk tangan dengan lelaki bukan muhrim adalah salah di sisi agama.

Perbuatan itu adalah perbuatan peribadinya dan bukan perbuatan milik semua wanita yang berpurdah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 11:53 AM | Show all posts
hahaha... ingat kan ni cerita benar TT seridiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 12:05 PM | Show all posts
x semua lelaki miang..dan x semua pompuan berpurdah tu xelok.. masih ada yg terpelihara lagi walau diambang kepupusan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:47 PM | Show all posts
ada sesetengah laki2 mmg miang.mcm xtahu malu.kalo miang dgn bini sdiri xpe gak.ni mksud aku..xterkawal kemianganya.aku rasa sbb sifat malu xda.dan kalo dgn kita cthnya gf dia,dia berani xmustahil dgn  exgf xpun dgn org lain pun berani.kalo aku ada bf miang,baru kawan nak bukan2.. aku akan bpikir adakah aku ni dapat stok sisa2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:52 PM | Show all posts
lelaki atau perempuan yg paling boleh tahan miang lah yg paling respect
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 01:16 PM | Show all posts
suda la korang.

kalo couple. lagi gatal lagi korang suke. sama je dua2.
bodo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2013 05:52 PM | Show all posts
memang byk yg miang tp ada jgk lelaki yg baik2.....sy nie lelaki baik2 jgk apa.....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 01:04 AM | Show all posts
hahaha..cecco pun macam lebih kurang dengan problem dia ni jugak. sampai sekarang cecco paranoid terhadap hubungan laki pompuan ni..jadinya tak pernah nak couple2 sampai sekarang..tapi bagus jugak sbb cecco tak pernah bagi peluang kat sesiapa melainkan niatnya betul2 ikhlas terhadap cecco..so takde problem layan lelaki2 miang ni..bukan macam ex cecco dulu- lelaki macam dlm citer dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 09:42 PM | Show all posts
luaran ja baik tapi dalam macam musang berbulu ayam (ada lah lelaki yang saya kenal mcam ni,hehe)

p/s; bukan smua
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:14 PM | Show all posts
Saya lelaki, tapi saya tak miang. Tengok muka saya pun korang dah tahu, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 09:55 AM | Show all posts
miang tak semestinya jahat.. dah nama nya pun lelaki. sedikit sbyk mesti ada ciri2 miang tu... yg penting dia seorg yg bertanggungjawab dan boleh diharap.. kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 02:11 PM | Show all posts
sy lelaki yg baik... pencinta wanita
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 12:51 PM | Show all posts
ramai lag lelaki baik luar sana..tunggulah masa yg sesuai dan kawin terus..bercinta lps kawin lagi bernafsu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
AhmadDaniel replied at 9-5-2013 12:51 PM
ramai lag lelaki baik luar sana..tunggulah masa yg sesuai dan kawin terus..bercinta lps kawin lagi b ...

Yeke? Xkenal..cemana tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:29 PM | Show all posts
My ex mmg miang gile.  Even until now I dgr cite dia asyik menjual diri je kat pompuan.  Mcm dah takde rasa malu berattitude mcm tu. Tukar pompuan silih berganti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak detect lelaki miang before kahwin/bercinta?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.078965 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list