CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2298|Reply: 5

Jupe jalani hukuman jel

[Copy link]
Post time 20-3-2013 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez atau Jupe akhirnya dihantar ke penjara Pondok Bambu di sini semalam untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan.


Dia sebelum itu ditahan kira-kira 12 jam di lokap sebuah mahkamah di Jakarta Timur setelah ditangkap di Cibubur  oleh pegawai mahkamah malam kelmarin.

Penyanyi lagu ‘Belah Duren’ itu dilihat dibawa keluar dari bangunan mahkamah itu dengan kawalan ketat pada jam 10.50 pagi (waktu tempatan).



Jupe dijatuhi hukuman penjara tiga bulan berkait dengan kes serangan ke atas rakan penyanyi dangdut Dewi Persik  ketika penggambaran filem ‘Arwah Goyang Karawang’ pada 2010.  Mereka benar-benar bertumbuk dalam satu babak yang sepatutnya menjadi lakonan saja.  Rakaman itu kemudian dimasukkan dalam filem berkenaan.

“Terima kasih jika anda bertanyakan khabar saya.  Ya, Alhamdulillah sudah mula pulih,” kata Jupe kepada wartawan dan orang ramai yang berkerumun menanti kemunculannya di luar mahkamah.




Turut berada di situ ialah teman lelakinya, Gaston Castano.


Mahkamah sebelum ini pernah mengisytiharkan penyanyi itu yang nama sebenarnya Yuli Rahmawati sebagai orang buruan selepas dia gagal menyerah diri kepada polis pada 25 Februari.   Jupe tidak banyak bercakap selain meluahkan rasa terima kasihnya itu sebelum dia dibawa ke penjara. Dia sebelum ini mendakwa gagal menyerah diri kerana berdepan dengan masalah kesihatan. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 09:28 AM | Show all posts
hahahaha...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:34 AM | Show all posts
padan muka pompuan BIMBO ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 10:34 AM | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 12:44 PM | Show all posts
mantops..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:29 AM | Show all posts
padan muka sundal ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053446 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list