CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 4

Rumah tangga Gwyneth retak?

[Copy link]
Post time 19-3-2013 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Bintang popular Hollywood, Gwyneth Paltrow mengaku perkahwinannya de-ngan penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin tidak sempurna.
Gwyneth, 40 berkahwin dengan -ro-cker warga Britain berusia 36 tahun itu pada 2003 dan mereka mempu-nyai dua anak.

Menurut pelakon Amerika Syarikat itu, hubu-ngannya dengan Martin kini ‘rumit.’

Bagaimanapun, Gwyneth yang pernah meraih Oscar berkata: “Apa juga yang berlaku dalam rumah tang-ga kami, saya yakin telah membuat keputusan tepat memilih bapa terbaik untuk anak saya. Kami komited menjadi ibu bapa yang sempurna untuk membesarkan anak kami,” katanya.

Gwyneth masih ingin menimang seorang lagi anak.



Namun, satu sumber berkata, pasangan itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan berpisah.

“Mereka masih mesra, seperti sebelum ini. Tiada tanda menunjukkan mereka bersengketa,” kata sumber itu.

Dalam wawancara untuk mempromosikan buku resipinya, ‘It’s All Good,’ Gwyneth juga mendedahkan dia hampir mati selepas mengalami keguguran anak ketiganya dengan Martin.

Bercakap pertama kali mengenai penderitaan-nya, Gwyneth menceritakan bagaimana dia merindui anaknya itu dan berharap untuk memperoleh seorang lagi.

“Saya melalui pengalaman buruk ketika hamil anak ketiga dan akhirnya gagal untuk memilikinya. Lebih buruk lagi, saya hampir mati ketika itu,” kata pelakon berkenaan.

Aktres Iron Man itu me-ngaku dia sentiasa terdorong untuk mempunyai seorang lagi anak setiap kali melihat penyanyi Beyonce Knowles dan suami, Jay Z. Pasangan penyanyi berkenaan juga kehilangan bayi sebelum memperoleh anak perempuan, Ivy Blue.

“Mereka membuat saya bersemangat untuk melahirkan seorang anak lagi,” kata Gwyneth yang sudah pun mempunyai dua anak hasil perkahwinannya de-ngan Martin - Apple, lapan dan Moses, enam.

Dalam wawancara sama Gwyneth juga berkata, memenangi Oscar pada usia 26 tahun itu menyebabkan wanita lain segan untuk berkawan dengannya kerana ‘kuasa’ bintangnya.

Namun, keadaan itu semakin berubah selepas dia menjangkaui usia 40. Dia menegaskan, pelakon lain, khususnya aktres, mendapati dia kini tidak lagi menjadi ‘ancaman’ mereka.

“Saya kini dapat merasakan hubungan saya dengan pelakon lain semakin mesra. Saya tidak lagi menjadi ancaman kepada mereka. Saya sudah menjang-kau usia 40 dan bukan lagi 26 dengan gelaran pemenang Oscar,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 09:36 AM | Show all posts
jgnla cerai... suka tengok dorg ni. jarang ada citer2 buruk dorg
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:30 PM | Show all posts
suka jgak ngan couple nih...low profile jek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:49 AM | Show all posts
aku suke derang ni..lagi2 lagu yellow yg chris bagi kat gwyneth tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 08:49 PM | Show all posts

Gwyneth Paltrow keguguran

Hasrat pemenang anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow, untuk menimang anak ketiga tidak kesampaian bila aktres itu mengalami keguguran ketika menjalani temu bual bersama sebuah majalah.
       
        “Saya betul-betul mengalami pengalaman buruk sewaktu mengandung kali ketiga dan saya hampir mati,” katanya tanpa mendedahkan punca keguguran tersebut.
       
        Paltrow berkata, insiden itu pasti turut mengecewakan dua anaknya, Apple, 8 dan Moses, 6, yang beria-ia untuk memiliki adik lagi.
       
        “Anak-anak sentiasa bertanya pada saya bila mereka boleh mendapat adik lagi dan anda tidak pernah tahu saya tidak boleh memikirkan hal ini. Saya selalu teringat dan rindukan anak yang saya kandungkan itu,” katanya.
       
        Suaminya, Chris Martin, juga turut bersedih di atas keguguran tersebut dan akui Paltrow, penyanyi kumpulan Coldplay itu merupakan seorang suami dan bapa yang baik sepajang perkahwinan mereka.
       
        Pasangan ini berkahwin sejak 2003.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.178055 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list