|
GiQ posted on 8-4-2013 08:39 PM
Assalamualaikum,
Sungguh saya tak faham perkataan saudara ini..
'Penyaksian' itu sebahagian dari berserah diri kepada Allah (Muslim)
Salam...
Ok, saya cuba jelaskan lagi, walaupun dah berkali-kali dijelaskan.
Apabila seseorang melafaz KALIMAH SYAHADAH, itu bermakna dia melafazkan kalimah PENYAKSIAN
Bersyahadahnya seseorang itu bermakna dia bersaksi akan KEESAAN ALLAH, yang mana setiap orang Islam (Muslim) membuat penyaksian tersebut.
Bukankah penyaksian itu yang membawa kepada penyerahan diri kepada ALLAH?
Ya, sudah tentu. Kenapa?
Rukun Iman nampak simple saja, tapi tuntutan rukun Iman ni, antaranya dah secara ringkas disebut dalam Surah Mukminun.
Adakah Surah Mukminun itu saudara rujuk sebagai sebahagian tuntutan Rukun Iman secara ringkas ?
Adakah saudara mengatakan 10 ayat awal itu berkenaan rukun iman?
Bukan begitu , 10 ayat pertama Surah Mukminun menerangkan antara CIRI-CIRI orang yang beriman, yang merupakan sebahagian dari TUNTUTAN ke atas rukun Iman. Rukun Iman dinyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain, secara berasingan. Secara keseluruhan (sejumlah 6) rukun Iman dinyatakan dalam Hadith 'Jibril'.
Dua perkara yang perlu difahami
-Rukun Iman: ada 6 perkara (dalam bentuk 6 kenyataan ringkas)
-Tuntutan ke atas rukun Iman: antaranya disebut pada awal Surah Al-Mukminun
Harap jelas
Apa yang saudara perlu fahami ialah:
Apabila dah yakin (beriman), sudah tentu dia dah bersaksi (penyaksian) sebagai seorang Islam, yakni saksi akan keEsaan Allah (Tauhid)
Sila jelaskan perkataan saudara ini.
Nak jadi Islam, kena bersyahadah dulu (NI SYARAT NAK JADI ISLAM). Lepas tu, barulah tunaikan tuntutan rukun Islam, Iman dan Ihsan untuk menjadi orang yang beriman
Kalau dah kita sebut orang itu beriman, sudah tentulah dia dah Islam (dah bersyahadah, dah berserah diri pada Allah, mengESAkan Allah).
Mana mungkin orang yang beriman itu bukan Islam!
Mana mungkin orang yang beriman itu tidak berserah diri pada Allah!
Mana mungkin orang yang beriman itu tidak menESAkan Allah!
Harap jelas
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 9-4-2013 11:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 06:02 PM
Alhamdulillah saya tak kalut,
Alhamdulillah... baiklah.
Saudara masih belum menjawab soalan saya, sebaliknya saudara hanya copy paste terjemahan yang saya bawa.
InsyaALLAH,
Kan dah di beritahu ayat ini merujuk semasa Agama Islam itu di praktikkan. Bermakna "AGAMA-AGAMA ISLAM" terdahuluuuuu.... yang saudara kata itu dan juga agama-agama lain itu tidak di terima.
Saya tak rujuk terus pada hadis, saya rujuk dulu kepada perjalanan ayat tersebut... Seperti kata saudara kita berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH...
Masih bermain dengan istilah?
Saya tak kata pun 'Agama-agama Islam terdahulu'.... saya kata Agama yang dibawa oleh Nabi dan Rasul terdahulu semuanya AGAMA yang satu, yakni AGAMA ISLAM.
Sebelum kita masuk bincang pasal asbab nuzul, pasal Islam dipraktikkan atau tidak, kita kena setuju dulu DENGAN ISTILAH 'AGAMA ISLAM'. Ini kerana saudara membawa isu tentang ISTILAH dalam post #126:
Agama yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu itu boleh di labelkan sebagai "ISLAM", tetapi tidak boleh di labelkan sebagai "AGAMA ISLAM"...
Maka seterusnya, saya ingin bertanya, adakah terjemahan yang saudara terima sama seperti terjemahan yang saya berikan di bawah ini:
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Aali-'Imran, 85)
Jika setuju sama, kita akan sambung bincang. Jika dari segi istilah belum setuju, harap bawakan dalil dari Al-Quran dan Hadith untuk menyokong hujjah saudara. Elakkan andaian, kiranya, mungkinkah, barangkali,.... ketika berbahas perihal Agama Islam.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 9-4-2013 05:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KEKELIRUAN pasal Agama Islam, dan Agama Samawi...
-Yang diterima Allah, HANYALAH Agama Islam.
-Agama Samawi, pada hakikatnya adalah agama Islam, tetapi kemudian telah berlaku penyelewengan, menjadi pecahan agama Yahudi dan Agama Nasrani
-Mana-mana pengikut Agama Samawi yang benar, mereka sebenarnya merupakan orang Islam (Muslim), yang mentauhidkan Allah serta ikut ajaran Rasul (pada zaman tersebut)
-Agama Samawi yang benar, akan membenarkan setiap Nabi dan Rasul (ini merupakan sebahagian dari RUKUN ISLAM)
-Yahudi menolak kerasulan Isa AS, maka mereka bukanlah Islam! Mereka juga menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW!
-Nasrani menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW, maka mereka bukanlah Islam!
-Pada Hari Ini, jika betul ada pengikut sebenar Agama Samawi, hakikatnya mereka wajib menerima kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala Nabi.
-Kerasulan Nabi Muhammad SAW dah disebut dalam kitab-kitab Agama Samawi, yang ENGKAR dari kalangan Ahli Kitab menyebabkan mereka menjadi kafir.
WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 9-4-2013 09:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 06:10 PM
Jika saudara bijak bestari, bagaimanakah keadaan kembalinya kebenaran di muka bumi?
hmm...Dzulqarnain, [ awat i selalu ingat you ni nick you alex , ah? sebab nick you sama dengan alexander kot ]
beduts tu ape? i have seen you using that word so many times before and i dunno what it means though.
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 08:21 PM
Assalamualaikum,
Kenyataan saudara itu tidak tepat.
Definisi Fasiq
Fasiq juga bererti menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Atau orang yang mengaku beragama Islam akan tetapi senantiasa berbuat dosa/kemaksiatan.
Makanya bukan semua Muslim adalah Mukmin...sesetengah Muslim adalah Fasiq Munafiq dll.....
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 10-4-2013 07:20 AM
sesetengah Muslim adalah Fasiq Munafiq dll.....
Seorang Muslim boleh jadi fasiq (derhaka dalam hal-hal yang tidak menyebabkannya terkeluar dari Islam)
Seorang yang Munafiq, bukannya seorang Muslim, sebaliknya seorang yang BERPURA-PURA sebagai Muslim
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 10-4-2013 09:30 AM
Seorang Muslim boleh jadi fasiq (derhaka dalam hal-hal yang tidak menyebabkannya terkeluar dari Is ...
tapi masih di anggap sebagai seorang Islam......maka bukan semua orang yang dianggap sebagai orang Islam itu adalah Mukmin....ada yg fasiq Munafiq dll
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-4-2013 09:27 AM
Alhamdulillah... baiklah.
Saudara masih belum menjawab soalan saya, sebaliknya saudara hanya co ...
Alhamdulillah,
Iya terjemahan yang saudara beri itu sama seperti terjemahan yang saya ada.
Saya tak kata pun 'Agama-agama Islam terdahulu'.... saya kata Agama yang dibawa oleh Nabi dan Rasul terdahulu semuanya AGAMA yang satu, yakni AGAMA ISLAM
### Yang ini menimbulkan kekeliruan. Pada saya perkataan saudara itu seperti merujuk kepada kesemua Agama-agama terdahulu itu agama Islam.
Last edited by GiQ on 11-4-2013 07:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 10-4-2013 10:57 AM
tapi masih di anggap sebagai seorang Islam......maka bukan semua orang yang dianggap sebagai orang ...
Assalamualaikum,
Dalam masyarakat yang mengamalkan "Agama Islam" terdapat :-
1) Mukmin yang muslim - seorang yang percaya keujudan tuhan yang Esa dan seterusnya mendapat panduan/pimpinan (Agama) dan seterusnya bole mencapai makrifat kepada ALLAH
2) Muslim yang mukmin - seorang yang mengamalkan atau mengikut panduan/pimpinan (Agama) yang sedia ada dan seterusnya bole mencapai makrifat kepada ALLAH (Di sini kedudukan kita yang lahir dalam agama Islam)
3) Muslim/mukmin yang Syirik - contoh syirik yang nyata adalah seperti masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Agama Islam (Percaya ALLAH dan pada masa yang sama menyembah berhala). Syirik yang tidak nyata terjadi bila sesorang itu membesarkan perkara lain melebihi ALLAH (contoh - cinta harta/keluarga atau dunia yang melebihi cinta pada ALLAH, sanggup berkorban untuk hal-hal dunia tetapi tak sanggup berkorban demi kerana ALLAH )
4) Muslim/mukmin yang Fasik - mereka yang sentiasa atau kekal dalam membuat dosa.
5) Muslim/mukmin yang Munafik - mereka yang kononnya mengamalkan Agama tetapi sebenarnya berpura/dusta dan mempunyai agenda lain untuk kepentingan diri sendiri.
6) Muslim/mukmin yang Sesat - mereka yang kekal dengan ciri-ciri 3,4 dan 5 di atas akhirnya akan tersesat tanpa di sedari.
7) Kafir - mereka yang kekal dalam ciri 3 hingga 6 di atas akhirnya terputus. ALLAH sudah tiada makna baginya iaitu tidak merasa apa-apa /tidak peduli /tiada dalam fikiran. (ALLAH sudah tidak ujud lagi dalam kehidupannya)
Kesemua ciri ini ada dalam masyarakat yang mengamalkan Agama Islam. Kita sudah terkeliru dan tanpa disedari telah salah perletakan. Mereka yang beragama Islam atau yang lahir dari keturunan yang berAgama Islam secara automatik di labelkan sebagai Orang Islam. Sedar atau tidak hal ini telah lama berlaku dalam masyarakat terutamanya Bangsa Melayu...Hakikatnya , mereka yang berAgama Islam (yang menepati tuntutan) tetap sebagai yang no 1 ataupun 2 itu. Selayak-layak tempat untuk meletak seseorang itu Islam pada tahap dunia (kerana ada lagi perbicaraan di akhirat) adalah di Akhir Kalam. Di situ lah tamatnya perjalanan/perjuangan manusia mengharungi kehidupan dunia. Selagi bernyawa, ia tetap mendapat tentangan mahupun tipudaya dari musuh asal iaitu Iblis. Pada sakaratul maut juga lah waktu yang paling mudah anak cucu Iblis memperdaya keturunan Adam (yang di dalam hatinya tiada ALLAH). Di situlah juga penentu antara Selamat atau tidak.
.... " di akhir kalam sesorang itu bila mengucap LAAILAHA ILLALLAH maka wajib baginya Syurga ". Itulah perletakan Islam sebenar-benar nya di DUNIA juga di AKHIRAT
Wallahualam..... Last edited by GiQ on 11-4-2013 07:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 06:20 PM
Bedut la hang ni, kata baca Al-Quran?
- Kalam Allah Al-Haq!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah hang tak bedut kan.... Hang la crita. Jangan la malu-malu pulak ehh
Last edited by GiQ on 11-4-2013 12:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 11-4-2013 03:40 AM
Alhamdulillah,
Iya terjemahan yang saudara beri itu sama seperti terjemahan yang saya ada.
Alhamdulillah... terima kasih kerana membenarkan terjemahan itu sama seperti yang saudara guna pakai
Saya harap penjelesan-penjelasan saya yang lepas sudah memadai, namun jika ada yang masih keliru, silakan untuk sambung berbincang bahagian yang keliru itu.
Saya tak kata pun 'Agama-agama Islam terdahulu'.... saya kata Agama yang dibawa oleh Nabi dan Rasul terdahulu semuanya AGAMA yang satu, yakni AGAMA ISLAM
### Yang ini menimbulkan kekeliruan. Pada saya perkataan saudara itu seperti merujuk kepada kesemua Agama-agama terdahulu itu agama Islam.
Kenyataan saya merujuk kepada semua agama SAMAWI yang dibawa oleh rasul-rasul terdahulu merupakan agama yang sama, agama yang satu, iaitu hakikatnya agama Islam walaupun dikenali dengan berlainan nama. Contohnya seperti Agama Nabi Ibrahim, yang disebut Agama Haniff, hakikatnya adalah Agama Islam.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 11-4-2013 11:11 AM
Alhamdulillah... terima kasih kerana membenarkan terjemahan itu sama seperti yang saudara guna p ...
Alhamdulillah...
Kenyataan saya merujuk kepada semua agama SAMAWI yang dibawa oleh rasul-rasul terdahulu merupakan agama yang sama, agama yang satu, iaitu hakikatnya agama Islam walaupun dikenali dengan berlainan nama. Contohnya seperti Agama Nabi Ibrahim, yang disebut Agama Haniff, hakikatnya adalah Agama Islam
Saya sangat setuju dengan ini.. terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 10-4-2013 10:57 AM
tapi masih di anggap sebagai seorang Islam......maka bukan semua orang yang dianggap sebagai orang Islam itu adalah Mukmin....ada yg fasiq Munafiq dll
Yang ni saya setuju. Orang munafiq masih boleh DIANGGAP sebagai orang Islam, hakikatnya orang munafiq bukan Islam, hanya kepura-purannya sahaja yang menyebabkan secara zahir dia dianggap orang Islam.
Ada ciri-ciri orang munafiq yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith, maka kita boleh serba sedikit tahu, cumanya kita berserah kepada Allah tentang keIslaman seseorang yang bersyahadah sebagai seorang Islam, tetapi menonjol ciri-ciri kemunafiq-kannya
Antara ciri-ciri orang munafiq ialah:
-bila bercakap dia berbohong.
-Contohnya orang yang mengaku Islam dan beriman dengan Al-Quran, tetapi masih membelakangkan Al-Quran sambil memetik ayat-ayat dari kitab-kitab terdahulu yang dah mengalami perubahan, menyebarkan ayat-ayat tersebut dengan mengagungkan kaum yang dilaknat.... dengan berkata "tak mungkin Yahudi ubah kitab mereka". Kenyataan sebegini menunjukkan ciri orang munafiq yang kata percaya Al-Quran, sebaliknya dia percaya Yahudi lebih dari Al-Quran itu sendiri.
Ada beberapa lagi ciri-ciri orang Munafiq kalau nak diceritakan, bahkan dalam Al-Quran pun ada surah Al-Munafiqoon! Surah berkaitan orang-orang Munafiq.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 11-4-2013 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-4-2013 02:22 AM
Saya katakan mereka Islam (Muslim) dengan dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu
TID ...
Assalamualaikum,
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1910093
Kat sini bole lihat ...tentang penyaksian, mukmin dan muslim
Semoga memberi munafaat..
Last edited by GiQ on 11-4-2013 12:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 11-4-2013 07:44 AM
Assalamualaikum,
Alhamdulillah hang tak bedut kan.... Hang la crita. Jangan la malu-malu pulak ...
Malu le jgk bila ditegur...
Kalam Allah - Al-Quran
Keadaan turunnya (At-Tanzil) kebenaran (Haq) melalui Al-Kitab
wahyu drpd langit² (samawat) ke bumi yg dibawa Jibril a.s.
utk disampaikan kpd sekalian umat kpd setiap nabi dan rasul
- Lauh MahfuzNya
Selawat kpd para nabi dan rasul a.s. terutama kpd nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
Jadi..bagaimanakah keadaan kembalinya kebenaran di muka bumi? |
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 12-4-2013 01:28 AM
Alhamdulillah...
Jadi..bagaimanakah keadaan kembalinya kebenaran di muka bumi?
Menerangi setiap pelosok bumi dari Timur ke Barat
hingga menembusi tembok pemisah besi-tembaga
Tiada satu pn drpd penduduk alam ni yg terkecuali
- seluruh umat Muhammad s.a.w. sejak kenabian baginda s.a.w.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|