|
True-X posted on 26-3-2013 10:16 AM
enjineer kan?.. thanks for sharing..
Bkn tu, nama lainnya Salman Al-Farisi (Persian).
Majusi bkn agama samawi kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 19-3-2013 12:13 PM
salam
infomasi yang saya papar .. hanya pengetahuan umum ..
Assalamualaikum...
Bukankah Islam itu ujud di zaman Baginda Rasulallah... ? Belom ada Islam sebelum Keujudan Baginda ... Islam itu cara hidup yang di amal, di ajar, di tunjuk oleh Baginda Rasulallah... mana mungkin ia di amalkan sepenuhnya oleh Nabi2 sebelum Muhammad SAW. Kalimah ALLAH juga hanya ujud di dunia ini menerusi Baginda Rasulallah SAW....
Last edited by GiQ on 27-3-2013 03:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 02:55 AM
Assalamualaikum...
Bukankah Islam itu ujud di zaman Baginda Rasulallah... ? Belom ada Islam se ... Bukankah Islam itu ujud di zaman Baginda Rasulallah... ? Belom ada Islam sebelum Keujudan Baginda ... Islam itu cara hidup yang di amal, di ajar, di tunjuk oleh Baginda Rasulallah... mana mungkin ia di amalkan sepenuhnya oleh Nabi2 sebelum Muhammad SAW. Kalimah ALLAH juga hanya ujud di dunia ini menerusi Baginda Rasulallah SAW....
Sila takrifkan 'Islam' berdasarkan keterangan sedara, tq.
Sunnatullah: Haq menewaskan batil - dgn utusan para nabi dan rasul Allah (a.s.)
- Selawat kpd para nabi dan rasul Allah, terutama Nabi Muhammad s.a.w.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 27-3-2013 08:58 AM
Sila takrifkan 'Islam' berdasarkan keterangan sedara, tq.
Sunnatullah: Haq menewaskan batil - ...
Assalamualaikum... Takrif ISLAM saya adalah seperti yang di nyatakan.. Iaitu Cara Hidup yang di amal, di tunjuk dan di ajarkan oleh Baginda Rasulallah SAW .... Last edited by GiQ on 27-3-2013 09:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 02:55 AM
Assalamualaikum...
Bukankah Islam itu ujud di zaman Baginda Rasulallah... ? Belom ada Islam se ...
Salam bro GiQ mungkin ayat ini boleh menjelaskan yang Islam telah wujud sebelum zaman Rasuluallah lagi cuma syariat saja yang membezakan seperti forumer2 lain telah jelaskan tapi asasnya tetap sama mengtauhidkan Allah dan itulah ISLAM
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
(Al-Baqarah 2:136)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. cuba check semula rukun Islam... Last edited by GiQ on 27-3-2013 02:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 02:22 PM
Alhamdulillah.. cuba check semula rukun Islam...
seperti yang aku katakan the roots is mengtauhidkan Allah,syariat/rukun itu berbeza2 mengikut zaman masing2 sebagai contoh
aku berikan link ini utk sama-sama baca http://usulfiqh1.blogspot.com/2010/04/sharman-qablana.html
|
|
|
|
|
|
|
|
True-X posted on 26-3-2013 10:17 AM
ok... if semua tuh agama islam... seperti kate sorg poremner di atas. semuanyer menyembah allah cume ...
jawapannya boleh seperti mana yang aku paham menerusi pembacaan pada contoh link yang aku copy pastekan nie http://usulfiqh1.blogspot.com/2010/04/sharman-qablana.html kerana ada contoh yang diberikan
Nabi Muhammad SAW pernah menjatuhkan hukuman qisas ke atas kesalahan mematahkan gigi. Hukuman tersebut hanya terdapat di dalam kitab Taurat sahaja. Maka wajiblah merujuk kitab Taurat kerana ia adalah sama seperti yang diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Buktinya firman Allah SWT : (Abd Rabbah Muhammad Said Ali 1990: 227).
Maksudnya: dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). (Al-Maidah 5: 45).
Ayat ini menunjukkan hukuman qisas yang disyariatkan dalam kitab Taurat kepada Nabi Musa tetapi hukuman tersebut masih lagi terpakai sehingga Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, berdasarkan ayat ini, syariat terdahulu merupakan satu hujah.
|
|
|
|
|
|
|
|
sepul posted on 27-3-2013 02:46 PM
seperti yang aku katakan the roots is mengtauhidkan Allah,syariat/rukun itu berbeza2 mengikut zama ...
Itulah yg di tanya oleh TT. roots mengtauhidkan tuhan yang satu... itu Agama Samawi (agama dari langit). Tetapi dlm Islam kalimah thoibah nya ada 2 iaitu .. Bersaksi akan tiada yg nyata selain ALLAH dan bersaksi bahawa muhammad itu pesuruh ALLAH...
Last edited by GiQ on 27-3-2013 11:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sepul posted on 27-3-2013 02:46 PM
seperti yang aku katakan the roots is mengtauhidkan Allah,syariat/rukun itu berbeza2 mengikut zama ...
Hatta Iblis juga mengtauhidkan ALLAH.
Last edited by GiQ on 27-3-2013 11:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 09:26 AM
Assalamualaikum... Takrif ISLAM saya adalah seperti yang di nyatakan.. Iaitu Cara Hidup yang di a ...
Sila rujuk takrif² yg diberikan berikut:
- 42:13
- 5:48
- 3:19
- 3:67
- 2:132
- 10:84
- 3:52
Apa itu Islam?
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba part ni tak paham.
tapi cukuplah apa sy faham ttg Agama Samawi tu.
Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 02:55 AM
Assalamualaikum...
Bukankah Islam itu ujud di zaman Baginda Rasulallah... ? Belom ada Islam se ...
eh saudara,
saya tahu yg agama islam telah wujud sebelum zaman rasulullah lagi CUMANYA nama dia tak lah dibalel ' Islam' . Dan masyarakat arab jahilliyah ketika itu mengamalkan amalan menyembah berhala, objek.
buktinya - agama - agama samawwi yg dalam keadaan asal yg asli dan yg mentauhidkan Allah...dan ajaran ini dibawa oleh rasul rasul sebelum ini.
dan juga
ingat tak peristiwa terturunnya ayat surah Al Alaq pada suatu malam ketika baginda beribadat di gua Hira'?
kan Nabi beribadat di situ ?
dan juga
berlakunya peristiwa Isra' dan mikraj - baginda SAW , mendapat directive untuk menyebarkan solat fardhu 5 waktu dan sebelum ini ada dah ibadat solat ...
so , agama dan tatacara hidup Islam memang dah wujud 'sebelum' baginda rasullullah SAW. Cumanya dilupai dan amalan jahiliyah mula dipraktiskan. |
|
|
|
|
|
|
|
mix_chinese posted on 28-3-2013 11:38 AM
tiba part ni tak paham.
tapi cukuplah apa sy faham ttg Agama Samawi tu.
oh persoalan saudari telah dijawab cumanya thread menarik ni dikembangkan lagi dengan perbincangan Islam wujudkan semasa zaman Nabi muhammad belum dilantik menjadi rasul ? adakah islam wujud sebelum baginda menjadi rasul so kat sini hujahnya berlaku.
menarik thread ini. |
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 02:55 AM
Bukankah Islam itu ujud di zaman Baginda Rasulallah... ? Belom ada Islam sebelum Keujudan Baginda ... Islam itu cara hidup yang di amal, di ajar, di tunjuk oleh Baginda Rasulallah... mana mungkin ia di amalkan sepenuhnya oleh Nabi2 sebelum Muhammad SAW. Kalimah ALLAH juga hanya ujud di dunia ini menerusi Baginda Rasulallah SAW....
Salam...
Kenyataan saudara ni kena diperbetulkan: Kalimah Allah dah wujud sebelum Nabi Muhammad SAW lahir lagi.
Buktinya banyak, dan antara yang mudah, bapa Nabi sendiri bermana 'Abdullah: 'Abd-Allah (Hamba Allah)
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, kaum Musyrikin Makkah juga sembah Allah, tetapi mereka mensyirikkan Allah dengan berhala-hala. Sebab tu mereka dipanggil kaum yang musyrik.
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 27-3-2013 11:30 PM
Hatta Iblis juga mengtauhidkan ALLAH.
Syarat untuk jadi Islam ialah dengan mentauhidkan Allah dengan IKUT PERINTAH ALLAH (jangan bantah!)
- Syariat Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW: 5 rukun Islam
Kalimah Tayyibah: sebahagian dari Kalimah Syahadah dalam rukun pertama merupakan Kalimah Tauhid
Laa Ilaha Illa-llah
- Syariat Nabi-Nabi terdahulu dibawa dengan menTauhidkan Allah (Haniff/Agama Lurus/Islam)
menerusi syariat yang berbeza - ikut kesesuaian masa dan zaman.
Iblis KUFUR kepada Allah atas kesombongannya dengan MEMBANTAH perintah Allah!
Orang Musyrik juga percaya Allah, tapi KUFUR kepada Allah dengan cara mensyirikkan Allah
Mana-mana orang Islam yang tidak ikut perintah Allah, mereka berdosa selagi tidak membantah perintah Allah. Contohnya, kalau tak puasa Ramadhan (tanpa uzur syar'i), masih lagi Islam, maka kena bertaubat dan ganti/bayar kafarah ikut kesalahan yang dilakukan.
....tetapi kalau tak puasa dengan MEMBANTAH perintah puasa Ramadhan seraya berkata, "aku tak mahu puasa sebab tu bukan diwajibkan kepada aku", maka terkeluarlah ia dari Islam (kufur)... kerana membantah Perintah Allah
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 28-3-2013 02:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 28-3-2013 12:40 PM
oh persoalan saudari telah dijawab cumanya thread menarik ni dikembangkan lagi dengan perbincanga ...
oh orait ... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 28-3-2013 12:37 PM
eh saudara,
Assalamualaikum...
1-Boleh anda berikan dalil-dalil atau hadis yang mengatakan Muhammad bin Abdullah naik ke gua Hira kerana beribadat.. cth - ibadah apa yang di buat. Siapa yang ajar .
2-Mengtauhidkan Tiada Yang Nyata selain ALLAH adalah kalimah syahadah AGAMA ISLAM yang pertama sedangkan kalimah syahadah ada 2. Kiranya hanya berpegang kepada kalimah pertama sahaja ia belom layak di panggil ISLAM. Islam itu adalah satu SUSUNAN HIDUP yang lengkap sempurna dan menepati (merangkumi permasalahan di dunia sejak dari zaman Nabi Adam) dan ianya di REDHAI ALLAH pada ayat ini ( al-maidah ;3). Akan tetapi sebelum wahyu pertama yang di terima oleh Muhammad Bin Abdullah itu ... setiap Nabi2 dan Rasul2 telah membawa ajaran tauhid iaitu yakin hanya ada satu tuhan. Apa yang dibawa oleh utusan2 itu bersesuaian pada kehendak keadaan dan tamaddun di zaman mereka.
Last edited by GiQ on 30-3-2013 05:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 28-3-2013 01:23 PM
Syarat untuk jadi Islam ialah dengan mentauhidkan Allah dengan IKUT PERINTAH ALLAH (jangan bantah! ...
Assalamualaikum....
Apakah kalimah syahadah kedua anda?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|