CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 0

Kegilaan Aksesori Batu Hiasan

[Copy link]
Post time 18-3-2013 10:50 AM | Show all posts |Read mode



Ketika menggayakan aksesori , perkara pertama yang difikirkan  adalah keinginan untuk tampil ringkas, moden dan anggun dalam apa jua  suasana.

Dalam pada itu, jangan terlalu leka membeli aksesori yang mencecah  ribuan ringgit tanpa memikirkan konsep solekan yang sesuai untuk ke  majlis, pejabat atau bersantai.

Pada era ini, wanita bukan sahaja ingin tampil ayu tetapi juga mereka mahu kelihatan cergas dan elegan.
Satu hal yang nyata, kegilaan kepada aksesori daripada batu-batu  hiasan semakin dapat dilihat pada masa kini. Semakin ramai wanita yang  amat menyukai aksesori ini berbanding barangan kemas. Batu-batu permata  separuh berharga yang bermacam-macam warna, kristal dan mutiara  merupakan di antara aksesori pilihan wanita.

Selain daripada harganya yang tidak semahal emas, aksesori sebegini  terasa selamat dipakai selain mudah dipadankan dengan warna pakaian.

Himpunan aksesori merah, hijau, biru, hitam, kuning dan sebagainya  tidak memerlukan anda membuang banyak masa untuk mencari perhiasan  sepadan.

Lama memakainya dan terasa jemu dengan rekaan yang ada, jangan  disimpan sahaja kerana anda boleh menempah rekaan lain yang lebih  sofistikated dan mengikut peredaran zaman.

Apa kata intai aksesori unik, menarik dan nampak elegan daripada Kyla Ruiz.

Menjual aksesori menerusi jaringan Internet, pengasas Kyla Ruiz mengimport koleksi aksesori dari Austria dan Amerika Syarikat.

Koleksi-koleksi ini sesuai untuk gaya formal, klasik, sofistikated dan kasual.

"Dalam bahasa Sepanyol, Kyla bermaksud cantik dan Ruiz merupakan nama  kerabat raja Sepanyol. Seindah namanya, jenama ini membawa ada trend  aksesori batu hiasan yang berkualiti. Dalam pada itu, Kyla Ruiz turut  menawarkan aksesori mewah yang disaluti emas 18 karat dan perincian batu  Swarovski selain menggunakan saduran perak berkualiti,"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.141217 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list