CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1767|Reply: 0

Oprah Winfrey selebriti paling berpengaruh

[Copy link]
Post time 17-3-2013 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Oprah Winfrey selebriti paling berpengaruh


Oprah Winfrey

NEW YORK 16 Mac - Pengacara terkenal, Oprah Winfrey dipilih sebagai selebriti paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun kedua berturut-turut walaupun rancangan temu bual yang dikendalikan telah berakhir.

Perkara tersebut didedahkan menerusi majalah Forbes yang meletakkan wanita yang berusia 59 tahun itu di tempat teratas, sekali gus mengatasi pengarah filem terkenal, Steven Spielberg dan Clint Eastwood serta personaliti televisyen lain seperti wartawan terkemuka Barbara Walters dan pakar kewangan Suze Orman.

Sebanyak 48 peratus daripada responden memilih Winfrey sebagai selebriti berpengaruh, hanya turun satu mata daripada tahun lalu.

Senarai tersebut dibuat menerusi undian yang dijalankan oleh syarikat E-Poll Market Research, yang menyenaraikan lebih 7,500 selebriti berdasarkan 46 ciri-ciri personaliti yang berbeza.

Winfrey berhenti mengacara program The Oprah Winfrey Show pada Mei 2011 selepas 25 tahun melancarkan rancangan Oprah Winfrey Network (OWN) yang membicarakan gaya hidup wanita.

Ketua Eksekutif E-Poll, Gery Philpott berkata, pengaruh seseorang boleh membawa makna yang berbeza kepada orang lain.

Memberi contoh kepada Spielberg yang berada di tempat kedua dalam senarai, beliau berkata: "Pada hari ini cuba anda tanya kepada sesiapa sebelum pergi mandi laut,'' katanya yang merujuk kepada filem blokbuster Jaws pada tahun 1975.

Eastwood, yang menjadi tajuk-tajuk utama akhbar selepas berucap pada Konvensyen Kebangsaan Republikan tahun lalu, berada di tempat ke 10. - REUTERS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039986 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list