CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4112|Reply: 41

[Tempatan] Hotel Grand Bluewave: Tingkat 17 khusus utk wanita

[Copy link]
Post time 13-3-2013 02:32 PM | Show all posts |Read mode

Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor


TATKALA berada di kafe atau restoran hotel bertaraf lima bintang di negara ini, mata para tetamu lazimnya 'dijamu' dengan susunan botol-botol minuman keras yang disusun rapi pelbagai jenama.

Bahkan, pemandangan pelanggan menikmati minuman keras tersebut umpama satu pemandangan biasa di hotel-hotel berkenaan.

Bagaimanapun, hari ini industri perhotelan negara melangkah era baharu apabila terdapat hotel lima bintang yang menawarkan perkhidmatan berkonsepkan Islam.

"Saya menyambut baik usaha pihak hotel yang menawarkan perkhidmatan berkonsep Islam, tiada minuman keras manakala restoran-restoran menyajikan makanan halal.

"Sebagai seorang beragama Islam, saya pasti memilih hotel ini kerana kita dituntut mencari yang halal," kata Syahrull Nizam Perdan, 37.

Dia merupakan seorang jurutera ditemui Kosmo! ketika menginap di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Hotel lima bintang yang terletak di Seksyen 14 itu menerima Anugerah Standard Kualiti Islam Untuk Rekabentuk Hotel oleh Universal Crescent Standard Center (UCSC) di Persidangan Antarabangsa Standard Pelancongan Islamik pertama yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada bulan Disember tahun lalu.

Persidangan itu dianjurkan bersama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan disokong oleh Caprice Group, Turki.

Pengiktirafan yang diperoleh Hotel Grand Bluewave Shah Alam itu setelah memenuhi beberapa kriteria seperti tiada minuman keras, menyajikan makanan halal dan petunjuk arah kiblat di bilik hotel.

Pengunjung juga dapat melihat perubahan yang berlaku di hotel berkenaan. Seiring dengan usaha menawarkan makanan halal di setiap restoran, khidmat hospitaliti menurut sistem Islam turut diterapkan dan tiada botol-botol minuman keras.

MOHD. GHAZALI gembira kerana Hotel Grand Bluewave Shah Alam menjadi perintis hotel lima bintang berkonsep Islam di negara ini.


Khas untuk wanita

Terdapat beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding termasuk di lobi hotel menunjukkan pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kesemua 341 bilik hotel juga dilengkapi dengan tanda arah kiblat dan sejadah. Al-Quran pula boleh dipesan pelanggan dan akan dihantar ke bilik. Surau untuk kegunaan pelanggan disediakan di tingkat 1A.

Lebih menarik, pelanggan wanita turut diberi keistimewaan untuk menginap di tingkat 17 yang dikhususkan kepada mereka. Selepas keluar dari lif di tingkat 17, para pelanggan yang hanya mempunyai kad akses khas boleh memasuki kaki lima di tingkat berkenaan.

Pihak hotel telah memasang satu pintu khas dengan sistem keselamatan tersendiri bagi mengelakkan lelaki memasuki aras berkenaan.

"Pekerja yang membersihkan bilik atau menghantar makanan juga merupakan kaum wanita, pendekatan ini memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan wanita. Paling penting, tahap keselamatan di tingkat 17 ini lebih ketat," kata pengurus hotel, Mohd. Ghazali Sayed Ibrahim.

Kemudahan tersebut kini mendapat sambutan terutama dalam kalangan wanita bekerjaya atau mereka yang datang secara kumpulan dan bebas daripada lelaki.

Pihak hotel juga menawarkan kemudahan kolam renang tertutup kepada wanita untuk beriadah. Bagi memudahkan pelanggan wanita, masa yang ditetapkan untuk menggunakan kemudahan itu ialah selama sejam setiap hari bermula dari pukul 2.30 petang.

PETUNJUK arah kiblat, al-Quran dan sejadah disediakan untuk kemudahan pelanggan beragama Islam.


Sokongan kakitangan

Pada waktu itu, pelanggan wanita boleh menggunakan kemudahan gimnasium yang dikhas untuk mereka sahaja.

"Kemudahan khas kepada wanita membuat mereka lebih selesa dan rasa selamat. Saya juga gembira disebabkan pihak hotel prihatin dengan keperluan umat Islam," kata Zulkifle Omar, 42, yang barasal dari Marang, Terengganu.

Menyingkap usaha ke arah hotel berkonsep Islam, ia dimulakan sendiri oleh kakitangan peringkat atasan sejak tujuh tahun lalu.

Usaha tersebut mendapat sokongan daripada kakitangan peringkat bawah yang melihatnya sebagai satu perubahan positif sekali gus memberikan lebih keberkatan terhadap rezeki mereka.

Menurut Mohd. Ghazali, dengan bilangan kakitangan beragama Islam yang ramai dan anggaran 80 peratus pelanggan beragama Islam, ia merupakan satu jihad bagi memastikan semua pihak mendapat kebaikan dan keberkatan.

Meskipun hotel berkenaan dimiliki oleh orang Jepun, ia bukanlah satu masalah kerana usaha tersebut mendapat sokongan daripadanya.

Kedudukan Hotel Grand Bluewave di pusat bandar raya Shah Alam yang merupakan bandar raya Islamik memberikan satu kelebihan. Lokasi hotel dengan masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah juga hanya 1 atau 2 kilometer sahaja.

Sebelum ini, para pekerja hotel juga telah dididik melaksanakan tugas lebih islamik. Pemakaian tudung dalam kalangan pekerja tidak pernah dihalang.

"Pada peringkat awal tidak dinafikan banyak cabarannya, namun kita perlu yakin usaha ke arah memartabatkan agama akan mendapat keberkatan," kata Mohd. Ghazali yang telah berkhidmat selama 16 tahun di hotel berkenaan.

Chef Ng Choon Meng, 45, yang bertugas di Restoran Cina Tung Yuen di hotel tersebut mengakui berdepan tugas sukar pada peringkat awal apabila menyediakan masakan Cina tanpa menggunakan wain.

Terbabit selama 27 tahun dalam industri makanan dan minuman, kemampuan anak kelahiran Ipoh, Perak itu menyediakan masakan Cina tidak diragui.

Bagaimanapun, dia memerlukan masa sehingga enam bulan bagi memastikan masakan yang disediakan halal tanpa menggunakan bahan-bahan yang tidak diyakini.

"Sebelum ini, saya sering menggunakan wain dalam masakan dan langkah pihak majikan menjadikan hotel berkonsep Islam merupakan satu ujian besar kepada saya kerana penggunaan wain dalam masakan Cina memberikan aroma berbeza.

"Enam bulan kemudian barulah saya berpuas hati dengan masakan tersebut. Hidangan tetap sedap dan tiada pelanggan yang merungut malah pelanggan beragama Islam rasa lebih selesa serta tidak ragu-ragu untuk menjamu di restoran ini," katanya yang telah berkhidmat selama 11 tahun di hotel berkenaan.

Seorang lagi pekerja hotel itu, Nurzurida Dollah Taib, 36, berkata, langkah-langkah yang diambil pihak hotel dengan menawarkan perkhidmatan berkonsep Islam mendapat sambutan baik dalam kalangan pekerja.

Jelasnya, walaupun pengiktirafan tersebut diperoleh baru-baru ini, namun pihak hotel sebenarnya tidak pernah menghalang pekerja memakai tudung atau menunaikan solat.

"Tiada minuman keras dan restoran berstatus halal memberikan lebih keselesaan untuk pekerja beragama Islam melakukan tugas harian dan pendapatan yang diperoleh juga lebih diberkati," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 02:36 PM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:00 PM | Show all posts
alhamdulillah.. semoga hotel2 lain juga mengikut
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:09 PM | Show all posts
aah lps tu bathrobe etc kaler pink kat tingkat tu. hehe
dulula waktu mula2 bukak leve utk wanita. skrg saya tatau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:11 PM | Show all posts
sape pnah cek in cni??? cter la
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:22 PM | Show all posts
Selangor bawah UMNO ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2013 03:26 PM | Show all posts
Kalau di Ereb Saudi siap shopping complex pon ada floor khas utk wanita sajork... Wanita2 leh shopping sakan dgn bukak niqob, siap ada cafe, boleh ketawa2 borak2 santai... Lelaki sama sekali tidak dibenarkan masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:31 PM | Show all posts
Manami posted on 13-3-2013 03:26 PM
Kalau di Ereb Saudi siap shopping complex pon ada floor khas utk wanita sajork... Wanita2 leh shoppi ...

Tukang jaga cctv ngan pak guard pun wanita gak ka? Sekali jante, teruk la.. nanti diorang main zoom in zoom out lak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 03:35 PM | Show all posts
Manami posted on 13-3-2013 03:26 PM
Kalau di Ereb Saudi siap shopping complex pon ada floor khas utk wanita sajork... Wanita2 leh shoppi ...

a'a kat sana strict sangat kan..sape langgar rules esp orang asing, terus kena hantar balik negara asal...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:39 PM | Show all posts
Eloknya Al-Quran tu letak aje dalam laci tepi katil, kalau dapat Al-Quran yang ada tafsir pn lagi bagus. Sebab biasanya aku pergi hotel, tgk2 dalam laci ada plak Bible kan, tu yang kureng sket..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:40 PM | Show all posts
kat negeri serambi mekah ade tak hotel mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:42 PM | Show all posts
AngahSopi posted on 13-3-2013 03:31 PM
Tukang jaga cctv ngan pak guard pun wanita gak ka? Sekali jante, teruk la.. nanti diorang main zoo ...

Bukak niqob jah.. Bukan bukak semua baju
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:43 PM | Show all posts
hyie posted on 13-3-2013 03:35 PM
a'a kat sana strict sangat kan..sape langgar rules esp orang asing, terus kena hantar balik negara ...

Tu bagusnya.. xde pilih2 kasih.. Kalau xleh nak hormat undang2 negara org pendek kata mmg get out lah kan??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:44 PM | Show all posts
hyie posted on 13-3-2013 03:35 PM
a'a kat sana strict sangat kan..sape langgar rules esp orang asing, terus kena hantar balik negara ...

tau pulak diorg buat camtu kan..
tp rakyat diorg yg dtg belajar/bekerja kat sini tk tau nk hormat rakyat M'sia ketika buat sebarang urusan..
terutamanya yg ramai belajar kat sini..
memandang rendah org2 kita..
klau dgn iols..xde maknanya iols nk ikut cara diorg..
degil tk ikut ckp kita..iols sergah jer..


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:44 PM | Show all posts
shahx posted on 13-3-2013 03:40 PM
kat negeri serambi mekah ade tak hotel mcm ni?

Kat serambi mekah ada Unisex saloon yg korang tentang habis2an tuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:44 PM | Show all posts
Manami posted on 13-3-2013 03:42 PM
Bukak niqob jah.. Bukan bukak semua baju

kalau buka baju ramai la yang datang skodeng...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 03:45 PM | Show all posts
Hessa posted on 13-3-2013 03:44 PM
tau pulak diorg buat camtu kan..
tp rakyat diorg yg dtg belajar/bekerja kat sini tk tau nk hormat ...

Tu masalah penguatkuasaan kita yg lemah lah.. Sbb tu depa ambik kesempatan.. Iols pon pernah jerkah pak Ereb yg buang sampah rata2... Tapi rakyat sendiri pon hampeh dok merata buang sampah ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:47 PM | Show all posts
AngahSopi posted on 13-3-2013 03:44 PM
kalau buka baju ramai la yang datang skodeng...

Tu sendiri cari nahas lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:48 PM | Show all posts
Manami posted on 13-3-2013 03:43 PM
Tu bagusnya.. xde pilih2 kasih.. Kalau xleh nak hormat undang2 negara org pendek kata mmg get out  ...

bagus mmg bagus..
tp lebih bagus klau diorg ajar rakyat diorg utk pandai bawak diri bila dtg tempat org..
jgn sesedap jer nk arah org asia ni ikut ckp diorg jer..
org arab parsi nikan..dia masih angkuh dgn kegemilangan tamadun yg diorg lalui sejak zaman para nabi..
dtg tempat kita..pandang kita mcm M'sia ni negara diorg..
mmaf ckpla..datang secara baik kita layan baik..tp bnyk songeh, mmg iols sergah jer


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:48 PM | Show all posts
Shangri La Hotel di China pun ada floor khas utk wanita jer..
setiap guest wanita dia bagi satu card access yg boleh pergi ke floor wanita tu jer..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.059378 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list