|
Aku tak tahu sama ada tajuk ni sesuai ke tidak atau sama ada topik ni sesuai untuk bod ini. Aku letak kat sini pasal cerita tentang masalah seksualiti. Cerita ni bukan pasal aku tapi pasal member lama aku yang sudah berumah tangga. Aku jumpa dia lepas beberapa tahun habis sekolah. Dia cerita yang dia dah kawin, bla bla bla dan cerita masalah dia bermula.
Dia terpengaruh dengan laman web porno dan mencuba segala macam aksi dengan isteri dia. Masalahnya skrg dia pernah guna cara BDSM dgn isteri dia. Ikat, pukul, sebat dan mcm2 lagi dia buat kat isteri dia. Big problem dia ialah isteri dia dah ketagih dgn semua benda tu dan tak boleh nak puas dgn cara normal. Malah bila dia bersama isteri dia, ada orang lain, isteri dia nampak normal tapi bila cuma mereka berdua, isteri dia selalu akan menggoda dan ajak 'bersama' tapi tak mahu secara normal. Bila kat rumah, isteri dia selalu berpakaian seksi dan beraksi seolah-olah mahu mengajak dia 'bersama' tak kira waktu. Dalam erti kata lain, dia tak dapat berbincang atau berbual secara normal dgn isteri dia.
Dia minta tolong aku nak buat macam mana. Lagipun dia malu kalau ada ahli keluarga dia dan isteri dia dapat tahu pasal hal ni. So, korang rasa apa yang patut member aku ni buat? Kena bawa isteri dia berubat atau jumpa pakar? Aku cakap kat dia aku pun tak tahu macam mana nak bagi pendapat tapi aku cadangkan dia cuba dapatkan nasihat dari orang yang lebih tahu. Kalau ikutkan hati, aku nak je terajang dia laju-laju pasal praktik benda bukan-bukan mcm ni kat isteri dia. Dah jadi mcm ni baru nak menyesal. |
|