CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyridz

"Lantaklah Jika Orang Nak Cakap Apa Pun"- Didie Alias

[Copy link]
Post time 28-4-2013 09:47 AM | Show all posts

Didie Alias kaki bomoh?

Biarpun seminggu berada di luar kawasan, Sha tetap setia mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air dan cerita terkini rakan artis. Antara yang menarik perhatian ialah cerita kurang enak mengenai pelakon dan hos berani mati dalam berfesyen, Didie Alias.


  Kata teman yang menyampai cerita ini, sudah kecoh orang bercerita kononnya Didie menggunakan khidmat bomoh untuk lariskan diri. Tak hairan mengapa sana-sini asyik muka Didie saja. Tawaran pun datang bersilih ganti.

  Sha sekadar diam diri, malas nak komen sebab setahu Sha, Didie memang bekerja keras selama ini. Dia bukan saja rajin tetapi juga kreatif dan sentiasa mencari kelainan.



  Tak payah pakai bomoh pun memang orang panggil sebab tahu komitmennya yang tidak berbelah bagi.

  Kalau kerja bagus, disiplin pun tip top, tak ada alasan orang tak panggil. Tak gitu? Bagaimanapun, ada pula yang skeptikal dan mengaitkan soal rezeki dengan unsur mistik.

  Tak fahamlah, lebih-lebih lagi apabila ada yang tergamak menyebarkan cerita kononnya Didie sanggup bomohkan artis lain semata-mata mahu rebut kontrak kerja.


  Bab rezeki kita tak boleh main tuduh-tuduh. Bukankah ia sudah tertulis? Adakalanya rezeki seseorang itu meriah, ada ketikanya kurang memberangsangkan, malah ada juga saatnya langsung tak ada.

  Kenapa pula bila rezeki Didie murah, macam-macam cerita timbul. Secara peribadi, Sha simpati dengan Didie. Yelah, belum pun surut cerita kononnya dia bomohkan rakan artis, timbul pula cerita dia guna pelaris. Tak habis-habis orang mengata. Bersabarlah, wahai Didie.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau malays kuat dengki mmg konfirm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:03 AM | Show all posts
rezeki masing2... tak abis dengki-mendengki..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:13 AM | Show all posts
Orang yang tak dapat projek tulah yang dengki. Kenapa tak maw
belajar dengan Didi, macam mana nak lariskan diri......???
Didi sanggup pakai apa pun supaya ada kelainan.
Orang yang dengki tu, sanggup ke.......?????
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:19 AM | Show all posts
kalau didie tu kaki bomoh, dah lama dia fofular & dpt byk job masa anak2 sheols masih kecik dulu. masa dia tak fofular & tak dpt byk job dulu apa keje yg dia tak buat utk besarkan anak2?  jual biskut raya, jadi krew kat sykt produksi rosyam. dia memang berusaha keras nak capai ke tahap sekarang. rezeki pun murah sbb niat dia nak besarkan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:19 AM | Show all posts
Dengki le tu,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2013 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
didi akting jadi bomoh mmg menjadi :lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:38 AM | Show all posts
pakai lah mcm didi murah ler rejeki..depa ni xtau ke didi tu semua dia ambik jadi pengacara rancangan gila2 pelik2 pun dia ambik je..org lain memilih takdelah job..dahtau memilih dok jelah dendiam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 11:15 AM | Show all posts
kuat dengki tul la eh korang nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 11:24 AM | Show all posts
Ada kaitan dengan kenyataan di keluarkan Amyza hari tu tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051572 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list