CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4921|Reply: 0

teknik rawatan tumit pecah - DuIT Yoself

[Copy link]
Post time 28-2-2013 10:54 PM | Show all posts |Read mode

Tumit kaki yang pecah adalah masalah kaki yang sangat biasa, sering dirujuk sebagai rekahan tumit. Ianya adalah disebabkan oleh kulit kering dan menjadi lebih rumit jika kulit di sekitar pinggir tumit tebal. Biasanya menyebabkan kesakitan dan kulit boleh berdarah.

Sesetengah orang  mempunyai kulit yang semulajadi kering  membuatkan kulit mudah retak. Kulit tebal kering (CALLUS) di sekitar tumit lebih cenderung untuk pecah  disebabkan oleh faktor-faktor mekanikal yang meningkatkan tekanan di kawasan itu (contohnya cara anda berjalan).

Faktor-faktor  penyebab tumit retak termasuk:
* Selalu berdiri dalam masa yang lama
* Kerana masalah berat badan
* Memakai kasut yang tidak bertutup di tumit seperti sandal, flipflop dan sebagainya.
* Beberapa keadaan perubatan cenderung kpd untuk kulit yang kering (contohnya kencing manis)
* Keadaan kulit (contohnya psoriasis)



Self-treatment untuk tumit retak:
* Menggunakan krim pelembap yang berasaskan minyak dua kali sehari adalah benar-benar penting untuk mengatasi masalah ini. Batu pumis boleh digunakan untuk mengurangkan ketebalan kulit keras.

* Elakkan menggunakan kasut yang terbuka tumit dan bertapak nipis serta tidak memberikan sokongan kepada badan.

* Jangan sekali-kali cuba untuk membuang kulit keras  dengan pisau cukur atau gunting. Jangkitan kuman mungkin boleh diperolehi jika terluka.

* Sapukan minyak sayuran atau mentega ke tapak kaki selepas memabsuhnya dengan air suam (jangan panas kerana air panas juga mengeringkan kulit). Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Pakai stokin yang selesa dan biarkan semalaman. Lakukan beberapa malam untuk mendapatkan hasil.


*Lepas makan pisang, jangan buang kulitnya. Lulurkan pada tapak atau tumit yang kering dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dibersihkan dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin. (Bukan saja tumit cantik, masalah sembelit pon tiada!!)

*Yang last tips ni mudah dan murah. Rendam kaki selama 15 minit dalam air limau yang suam. lakukan seminggu sekali saja. Jangan terlalu kerap. Boleh lakukan sebagai maintainan lah lepas kaki dah tak cracked lagi.

Walaubagimanapun, jika anda malas nak layan cara tradisional and DIY ni, kunjungilah mana-mana farmasi atau kedai ubat dan belilah cream-cream khusus untuk menangani masalah tumit pecah ni. Antara yang famous adalah dari Scholl, Ellgy dan Franch Oil.

Jagalah kaki anda dengan sebaiknya. Bukan sekadar nampak cantik, tetapi juga demi melancarkan urusan kita untuk beribadat dan bekerja.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 1.164237 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list