CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 5

[Tempatan] Edisi Menjelang PRU. Kemiskinan di Sabah menurun Drastik!

[Copy link]
Post time 21-2-2013 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Penurunan drastik kadar kemiskinan Sabah bukti program kerajaan BN berhasil

KOTA BELUD: Penurunan drastik kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7 peratus
pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu menunjukkan program kemiskinan yang
dilaksanakan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa
Aman membuahkan hasil, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri
Salleh Said Keruak.

Sambil menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN gagal membawa pembangunan di Sabah termasuk dalam konteks pembasmian kemiskinan, beliau berkata, kejayaan itu adalah fakta yang jelas dan benar, sekali gus melenyapkan keraguan tentang kemampuan kerajaan BN membangunkan negeri ini.

Beliau berkata, kredit seharusnya diberi kepada Ketua Menteri dan Kabinetnya atas program kemiskinan yang sasarannya tepat dan membuahkan hasil.
"Saya harap rakyat Sabah tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang yang cuba menidakkan apa juga kejayaan program kerajaan BN, semata-mata mahu meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini.

Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berhubung perkara itu.

Ketika mengumumkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah di sini semalam, Rahamat Bivi dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, penurunan tertinggi kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara.

Beliau berkata, kadar kemiskinan di kawasan luar bandar mencatatkan pengurangan daripada 32.8 peratus pada 2009 kepada 12.9 peratus tahun lalu, manakala di kawasan bandar, angka itu berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.3 peratus.
Rahamat Bivi juga dipetik sebagai berkata, hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, berkata kejayaan itu membuktikan program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menepati sasaran.

Katanya, jumlah dana yang besar disediakan kerajaan BN ternyata memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. - BERNAMA

terserah kpd anda utk percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 03:56 PM | Show all posts
Itu statistik sapa buat?? ka statistik syok sendiri je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 04:00 PM | Show all posts
Rasanya berita ini tidak mampu menggembirakan penduduk sabah di kala isu keselamatan, PATI, IC free yg masih menghantui mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 04:02 PM | Show all posts
kite tunggu komen orang sabah bah..
xkusangka dalam masa setahun shja rakyat sabah sudah dapat menikmati hasil kekayaan bumi depa..


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 04:19 PM | Show all posts
dekat2 PRU semua statistik molek2 belaka
janji dicapati
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 05:10 PM | Show all posts

Penurunan drastik kadar kemiskinan Sabah bukti program penjualan sup belut berhasil

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.129520 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list