CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18272|Reply: 3

Apa itu Badan Tidak Berkanun?

[Copy link]
Post time 21-2-2013 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Nak tanya sesiapa yang bekerja dengan Badan Tidak Berkanun bleh tak bagitau beza dari segi gaji+elaun dengan Goverment ngan Badan Berkanun?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 12:08 PM | Show all posts
badan berkanun cm DBP..badan tak berkanun? aq pun tak pasti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 05:40 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-2-2013 12:08 PM
badan berkanun cm DBP..badan tak berkanun? aq pun tak pasti..

kau ada di mana2 saja ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 05:47 PM | Show all posts
Perbadanan Awam: Badan Berkanun dan badan Tidak Berkanun
Perbadanan awam merupakan pertubuhan diperbadankan oleh kerajaan sama ada melalui undang-undang Statut ataupun Akta Syarikat. Badan Berkanun terdiri daripada dua bentuk, iaitu Badan Berkanun Persekutuan (ditubuhkan di bawah Akta Parlimen)(lebih di kenali badan kerajaan) dan Badan Berkanun Negeri (ditubuhkan di bawah Enakmen atau Ordinan Negeri)(dikenali juga sebagai separuh kerajaan):-
1.Badan Berkanun Persekutuan:- Berkaitan Pembangunan Tanah dan Wilayah. Contohnya RISDA, FELDA, FELCRA, DARA, KEJORA, KETENGAH, JENGKA, KESEDAR. Berkaitan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Contohnya MAJUTERNaK, FAMA, MARDI, MARDEC, LPP, LKIM, PORIM.
2. Berkaitan dengan pembangunan ekonomi negeri (PKN). Contoh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) dan Sebagainya.

Badan Tidak Berkanun ditubuhkan melalui Akta Syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan. Fokus utama badan ini ialah memperoleh keuntungan, berbanding badan berkanun yang mengutamakan perkhidmatan masyarakat. Badan Tidak Berkanun boleh ditubuhkan oleh Badan Berkanun (seolah-olah sebagai anak syarikat) ataupun oleh entity lain. Contohnya:-
1.Badan Berkanun: PETRONAS – Badan Tidak Berkanun: PETRONAS DAGANG
2. Badan Berkanun: MARA – Badan Tidak Berkanun: MARA HOLDINGS
3. Badan Berkanun: FELDA – Badan Tidak Berkanun: FELDA NIAGA.

kredit :http://notapengajianam.blogspot.com/

jadi untuk pertanyan kau pasal gaji. setahu aku, sudah pasti ia tidak akan sama sekali sama dengan gov. ia tertakluk pada terma syarikat

**kalau salah tolong perbetulkan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.134079 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list