CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1342|Reply: 4

[Tempatan] arghh akhbar utusan kalah saman lagi

[Copy link]
Post time 18-2-2013 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Kes saman Ahli Parlimen Indera Mahkota terhadap Utusan selesai luar mahkamah

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM29 juta yang difail Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad diselesaikan hari ini selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Kedua-dua pihak merekodkan penyelesaian itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamar beliau hari ini.
Peguam defendan, T K V Mohanakumar memberitahu pemberita antara penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak, akhbar harian itu akan menerbitkan pembetulan dan pernyataan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini.


Sementara itu peguam Azan, Vasudevan Appu berkata, defendan bersetuju membayar sejumlah wang kepada plaintif iaitu sebahagian daripada penyelesaian.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlahnya.

Plaintif daripada Parti Keadilan Rakyat menamakan editor akhbar Utusan, Zulkiflee Bakar dan Utusan sebagai defendan selepas mendakwa Zulkiflee menulis satu artikel berunsur fitnah dalam akhbar Utusan edisi 6 Mac 2O1O.

Azan mendakwa dalam artikel yang berserta dengan gambar itu mengatakan bahawa beliau keluar PKR dan meletakkan gambarnya bersama anggota politik lain yang keluar daripada PKR sebelum itu.
Tambahnya, defendan kedua pula mencetak dan menerbitkan satu laporan susulan pada ruang ralat dalam surat khabar Utusan Malaysia pada 8 Mac 2010 yang menyatakan Azan tidak keluar PKR tetapi meletak semua jawatan dalam PKR termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

Azan mendakwa kedua-dua laporan itu boleh menjatuhkan air muka serta maruahnya.

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharia ... armahkamah/Article/

ada yg kata bukan selesai luar mahkamah tapi sebenarnya mmg kalah kena mintak maaf dgn bayar tapi tak tau berapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 05:33 PM | Show all posts
untunglah kena fitnah dgn utusan. dunia akhirat dpt ganjaran
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 05:35 PM | Show all posts
Hahahahahaha.... akhbar telus kata AN...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 05:37 PM | Show all posts
banyak benor tred pasal utusan harini...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 05:48 PM | Show all posts
Bila pula Utusan nak Saman aku ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068898 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list