Walaupun kejadian ini sudah lama berlaku, masih relevan rasanya CAK kongsi dengan pengikut setia kolum sensasi ini. Kisah ini mengenai pelakon wanita yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan tanah air.
Walaupun bukan tergolong dalam kategori mereka yang popular, kalau CAK sebut nama pasti orang kenal.
Alkisahnya, dia suntik hidung untuk tampil lebih jelita. Kalau nak tahu, itu bukanlah percubaan pertama kerana sebelum ini dia pernah cucuk bibir agar bahagian itu nampak lebih seksi dan menggiurkan. Khabarnya, suntikan memancungkan hidung itu ditaja sahabat karibnya sebagai hadiah ulang tahun. Kelas, kalau artis lain dapat barangan mewah seperti beg tangan, barang kemas, gajet berteknologi tinggi dan kereta, dia dapat hadiah suntik hidung. Kalau nak ikutkan hidungnya sudah tinggi tetapi dengan suntikan itu hidungnya nampak lebih mancung dan tirus. Kejutan itu memang jarang dibuat orang dan sudah tentulah hatinya berbunga-bunga. Menurut sumber, artis ini pernah mengadu proses suntikan di bahagian hidung lebih sakit dari bibir. Walaupun terpaksa menahan sakit, dia sangat berpuas hati dengan hasilnya malah rasa lebih yakin dengan perubahan ketara itu. Bila dibelek gambar lama dan terbarunya memang nampak ketara perbezaannya. Kalau dulu bahagian hujung hidungnya sedikit kembang kini mancung tirus ala-ala tudung saji.
Apapun CAK lebih suka dengan wajahnya dulu. Bila dah diubah sana sini nampak mengerikan pula. Dari jauh sudah nampak hidung barunya yang setinggi KLCC itu!
Sapekah?
Last edited by babyridz on 19-2-2013 03:54 PM
|