CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122561|Reply: 884

LESTARY : DIANDRA - AIMAN HAKIM RIDZA, NUR FATHIA

[Copy link]
Post time 15-2-2013 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 22-11-2015 02:48 AM



Mereka berdua mempunyai perwatakan yang bertentangan, sering bercakaran seperti kucing dan anjing setiap kali bertemu. Berlatar belakangkan keluarga dan gaya hidup yang berbeza juga mengundang bermacam-macam perselisihan apabila Diandra dan Adam terpaksa mengharungi rutin harian bersama. Apabila cinta hadir tanpa dijangka, apakah keegoan seorang lelaki akan tunduk kepada kuasa cinta?

Menyusuli Kisah Cinta, saksikan drama romantik komedi, ‘DIANDRA’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi, mendapat sentuhan kreatif daripada penulis skrip, Shuhadatul Ain Zakaria juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti:

Aiman Hakim Ridza



Nurfathia Latiff



Dato Jalaludin Hassan



Syawal Ruslan



Amran Ismail



Nur Risteena



Nizam Zaidi



Qazem Nor



Yaya Maembong



Zainab Othman



Idzham Ismail



dan Jihan Raja Lawak



Sinopsis

Diandra (Nur Fathia), atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.

Adam Fahmi (Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh.

Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas.

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.

Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra. Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.

Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal terjawab dalam DIANDRA.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri baru, DIANDRA menerusi slot Lestary di TV3, setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 20 Ogos 2013.. SELAMAT MENONTON!


Promo



OST







sumber :
FB AMC, Fanpage Diandra

Last edited by tiewa on 27-8-2013 02:58 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 10:37 PM | Show all posts
checkkkkkkkkk innnnnn......di mana ada eman disitu la iols bekuntum
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:42 PM | Show all posts
cekim gakkkkkkkk.. demi eman
serasi ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 11:24 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 15-2-2013 10:37 PM
checkkkkkkkkk innnnnn......di mana ada eman disitu la iols bekuntum

kuntuman bahagiakah??? kekekeke..

yeahhh.. di mana ada eman, di situ ada JWI..JWI di mana-mana kekdahnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 11:31 PM | Show all posts
rarageng posted on 15-2-2013 10:42 PM
cekim gakkkkkkkk.. demi eman
serasi ke????

ntah la kaka.. kita tgk la dulu cemana.. iols jarang tgk citer yg si fathia ni blakon..
pestime iols tgk lakonan sheols masa sheols blakon citer bila musang berjanggut dgn fizo dlm slot lagenda tv3 dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:24 AM | Show all posts
hemannnnn !!!! tp heroin sesungguhnya tidak menarik perhatian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2013 12:31 PM | Show all posts
aku igt diandra arjunaidi pun berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:03 PM | Show all posts
sinopsis xde ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 11:03 PM | Show all posts
x sabar nk tgk citer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2013 11:15 PM | Show all posts
shiraloveyou posted on 16-2-2013 11:03 PM
sinopsis xde ke?

belum ada uolsss.. nanti dah ada, iols update..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2013 11:17 PM | Show all posts
aQuA_dIaMoNd posted on 16-2-2013 12:31 PM
aku igt diandra arjunaidi pun berlakon

kehkehkeh.. iols rasa, diandra ni nama watak dlm citer neh.. heroin tu kot!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:27 PM | Show all posts
checkin jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:37 AM | Show all posts
Check in...oh eman sayam....byk cter eman taun ni...huhu..rbdad x smpat nk lyn lagik da ad cter baru nk kuar lagik..kelasss
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:35 PM | Show all posts
Elokla tu hero vanila coklat bergabung dgn heroin mahabbah.. dua2 bwh AMC kan.. pusing2 je pelakonnya..
Fizikalnye cm spdn je gndingan eman n fathia ni sbb dua2 tggi n ada rupa.. tp fathia ni belakon slalu failed.. jgn kekayuan dia berjangkit ke eman sudah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 04:12 PM | Show all posts
ola_oli posted on 17-2-2013 02:35 PM
Elokla tu hero vanila coklat bergabung dgn heroin mahabbah.. dua2 bwh AMC kan.. pusing2 je pelakonny ...

Cubalah pulak tgk gandingan diaorg ni..iols jarang tgk lakonan fathia..
Tp dalam Cinta Halal tu lakonan dia agak menjadi...so wait n see..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 09:26 PM | Show all posts
kaka malas nak amik tau citer ni best ke tidak..sbb dah tentu2 kaka akan tgk dgn setia everyday
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2013 09:31 PM | Show all posts
diorang pernah belakon sesama kan dalam mahabbah...
aiman jd besfren fathia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 09:55 PM | Show all posts
chantry posted on 17-2-2013 09:26 PM
kaka malas nak amik tau citer ni best ke tidak..sbb dah tentu2 kaka akan tgk dgn setia everyday

kaka opkos akan fokus hero jer kan..yg len2 tu diabaikan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:22 AM | Show all posts
mshoneybee posted on 17-2-2013 04:12 PM
Cubalah pulak tgk gandingan diaorg ni..iols jarang tgk lakonan fathia..
Tp dalam Cinta Halal tu l ...

iols rasa fathia kalo diberi watak cam dalm cinta halal tu mesti ok...kalo wat citer bodo2 alang cam cinta menara al burj aritu pom dlm tak suka kat tasa tetiba bila tgk gandingan sheols n eman dlm tu cam tersuka la plak...cuma watak siyes je fathia ni kayu sket...eman pom kekayuannya tehtap ada tp dh semakin improve dari masa ke samasa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:23 AM | Show all posts
chantry posted on 17-2-2013 09:26 PM
kaka malas nak amik tau citer ni best ke tidak..sbb dah tentu2 kaka akan tgk dgn setia everyday

kaka memang konpem lah...citer hazab tahap mana pom kalo dh ada eman hadapkan sajork
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.188862 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list