Pelakon filem True Blood dan suaminya, Jamie Bell mengumumkan kehamilan mereka awal bulan ini via Twitter.
Devon Aoki
Model dan pelakon filem DOA: Dead or Alive ini mengumumkan kehamilannya pada November 2012. Ini merupakan anak ke dua Devon dan suaminya, James Bailey selepas dia melahirkan anak lelaki bernama Hunter pada tahun 2011.
Pelakon House of Lies dan tunangnya, Dax Shepard mengumumkan kehamilan Kristen Bell pada November 2012.
Amber mengumumkan kehamilan hasil hubungannya dengan Wiz Khalifa di acara 2012 MTV VMAs yang lalu.
Jenna dan suaminya yang pernah bersama-sama membintangi filem Step Up iaitu Channing Tatum mengumumkan berita kehamilan mereka pada Disember 2012.
Berita kehamilan Kate yang tersebar pada Disember 2012 adalah kisah hamil paling mengujakan untuk tahun ini.
Kim yang sedang hamil 3 bulan dijangka melahirkan pada Julai akan datang. Kim yang kelihatan amat bahagia pasti bertambah gembira kerana Kanye telah pun membelikannya rumah mewah berharga 11 juta untuk membesarkan bayi mereka.
Jessica mengandung lagi selepas dia melahirkan anak perempuan bernama Maxwell Mei lalu hasil hubungan dengan tunangnya, Eric Johnson. Jessica mengesahkan berita ini pada Krismas lalu.
Model Playboy dan bekas kekasih Hugh Hefner ini mengumumkan kehamilannya Ogos lalu, bayi yang bakal dilahirkan itu dikatakan bayi perempuan hasil hubungan dengan kekasihnya, Pasquale Rotella. Madison berkata bahawa anaknya itu tidak akan mengikuti jejak langkahnya beraksi 'nakal' seperti yang dia lakukan dalam majalah Playboy selain beraksi bogel untuk iklan PETA.