CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3247|Reply: 11

Salman Khan Hadapi Tuduhan Membunuh

[Copy link]
Post time 1-2-2013 11:57 PM | Show all posts |Read mode


MUMBAI: Aktor Bollywood, Salman Khan menghadapi tuduhan cubaan membunuh kerana terlibat dengan kemalangan maut dalam kejadian lebih sepuluh tahun lalu.
Jika sabit kesalahan aktor itu berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga sepuluh tahun.
Peguam kepada Salman iaitu Deepesh Mehta berkata, mahkamah telah menerima permohonan pihak pendakwa untuk mendakwa Salman kerana membunuh dan bukannya kes menyebabkan kematian kerana kecuaian yang hanya memperuntukan penjara maksimum selama dua tahun.
Dalam kejadian pada September 2002, seorang lelaki terbunbuh sementara tiga lagi cedera apabila Salman didakwa merempuh keretanya ke dalam kumpulan orang gelandangan yang tidur sekitar kaki lima di Bombay.
Perbicaraan kes tersebut akan diadakan pada 31 Mac ini selepas sekian lama tertunda di mahkamah India yang terkenal dengan kes-kes tertangguh. - AP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2013 03:24 AM | Show all posts
takpe, salman khan anggap je semua ni macam dalam filem. salman anggap diri salman sebagai hero dan berhempas pulas terjun bangunan 10 tingkat tapi tak mati , belasah orang dgn bunyi 'DUSH DUSH' semata2 nak menyelamatkan diri salman dari dipenjara dan untuk membuktikan slamnan tidak bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama kes nie...wpun dia teruk kakzue suka tgk dia belakon
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 10:42 AM | Show all posts
suke gak tgk die belakon.
klu die slh, hukumlh yg sepatutnye.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 02:19 PM | Show all posts
dia mabuk masa tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 04:38 PM | Show all posts
Bila Ali Ketam nak bagi Salmang ni Latok
Salmang x de wat filem ke pasal ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 09:24 AM | Show all posts
bapok lama nya kes....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 11:53 AM | Show all posts
kalau artis semuanya OK...TAKPE...NAK BUAT CAMANE...DAH TAKDIR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 02:16 PM | Show all posts
die ni belakon ok~~~ tp perangai.... ya ampun... sabo je la... aishwarya da siap beranak da... die ni still bujang jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:04 PM | Show all posts
dia ni kesian.. dulu Aishu bukan main cinta mati dgn dia ni! tp asik duk pukul terajang pompuan tu! last2 kena tinggal.. tau plak meroyan.. dia ni ibarat Shaarnaz India. panas baran..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 09:23 PM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 5-2-2013 10:04 PM
dia ni kesian.. dulu Aishu bukan main cinta mati dgn dia ni! tp asik duk pukul terajang pompuan tu!  ...

hahaha.. tergelak bce sttmnt shanaaz india tu.. kekeke
tu la kn die ni.. de mental prob kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 10:28 PM | Show all posts
kes dah lama kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055317 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list