CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3045|Reply: 13

Apabila Tun Mahathir Menulis....

[Copy link]
Post time 25-1-2013 07:46 AM | Show all posts |Read mode
sumber: http://musramrakunman.blogspot.c ... hathir-menulis.html

Sunday, 20 January 2013                  Apabila Tun Dr Mahathir menulis


KE MANA sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar negara, saya akan ditanya bila pilihan raya akan diadakan.

Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh lima tahun hayat Parlimen.

Soalan seterusnya ialah sama ada Barisan Nasional (BN) akan menang. Jawapan saya BN akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung parliament) atau sebuah kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.

Ramai yang berkata Perikatan/BN telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh diguna pakai untuk semua keadaan.

Ini kerana alternatif kepada BN adalah sesuatu yang menakutkan. Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa dia menyertai UMNO dan bukan Pas. Sekarang saya faham. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak Pas, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, dia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO dia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian dia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.

Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka dia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.

Sekarang dia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk negara. Begitu juga dengan koleksi cacamarba pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihan raya sahaja. Selain parti “Saya mahu jadi Perdana Menteri", turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihan raya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.

Memang benar BN sudah lama berkuasa. Begitu juga Pas di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecapi di negara ini dicapai dalam tempoh pemerintahan BN. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian Pas di Kelantan.

Dinasti

Kepimpinan Pas dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding BN dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan BN tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap di tempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.

Kepimpinan Pas juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin BN.

Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.

Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza di antara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikatakan walaupun nama adalah sama, kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.

BN yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan sama dengan BN di bawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah BN yang baru. Dan perubahan akan berlaku.

Namun begitu BN tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif daripada sektor swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil di antara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.

Ia terbuka kepada inovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi kerajaan BN.

Ini bukanlah negara satu parti. BN itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan BN memerintah negara. Sesetengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan kerajaan. Yang lain seperti sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihan raya. Pas kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihan raya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan BN dan menubuh kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.

Pilihan raya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 BN kehilangan lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihan raya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99 peratus. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.

Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan BN memenangi semua Pilihan Raya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demokratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan sistem dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihan raya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan sistem dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihan raya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.

Barack Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi dia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Dia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya, tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.

Sangsi

Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan Parti Liberal Demokratik (LDP). Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan kerajaan tidak meningkatkan kemajuan Jepun.

Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.

Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Dia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.

Terdapat kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.

Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakannya tiada perubahan yang berlaku hasil daripadanya. Amat sedikit contoh menunjukkan apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Seperti dikatakan oleh orang Perancis “Plus ca change, plus c‘est la meme chose" (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).

Tidak perlu menukar kerajaan semata-mata untuk menegak sistem dwi-parti. Negara yang mempunyai sistem dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis ekonomi dan kewangan, mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.

Saya telah nyatakan sebelum ini “better the devil you know than the angel you don‘t." BN bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan BN. Bila kejayaan tidak berlaku, BN cepat menukar pemimpin yang gagal.

Pilihan raya memberi kita peluang menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.

Jangan perjudi negara ini dengan pihak yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjukkan kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.

Pilihan raya untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi sama ada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.

Akibatnya, pilihan raya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk kerajaan.

Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.

* I kind of agree with what Tun kata...

Last edited by kamikazebelacan on 25-1-2013 07:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2013 07:48 AM | Show all posts
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/po ... a-mahathir-1.122528

PRU13: Orang Melayu ada 2 pilihan, kata Mahathir
RUZY ADILA IDRIS

17 Januari 2013


Dr Mahathir berucap pada program Bicara Minda di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, petang tadi.

SHAH ALAM – Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Antara yang hadir sama pada majlis hari ini ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Program petang ini menarik kehadirin sekitar 500 orang.

Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

“Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

“Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita,” jelas beliau.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.
Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

“Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 03:12 PM | Show all posts

Ada beza bila seorang bekas doktor dan bekas PM menulis
berbanding dengan journalist2 di surat khabar cina .. harakah, keadilan atau utusan umno ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 04:09 PM | Show all posts
SiBOntot posted on 25-1-2013 03:12 PM
Ada beza bila seorang bekas doktor dan bekas PM menulis
berbanding dengan journalist2 di surat kh ...


memang pun berbeza
pesal name ko glamer sangat ni?
Last edited by kamikazebelacan on 26-1-2013 08:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 04:54 PM | Show all posts
Tak percaya tulisan Mahathir. Dia cakap berbelit belit. He can say or write one thing today and another tomorrow. Sama juga perlakuannya. I have enough of this man. Dah malas dah nak baca apa yang dia nak luah kan. All I want to know is kenapa dia takut sangat kalau PR ambil alih pemerintahan. What is he hiding agakanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 05:20 PM | Show all posts
Ada satu orang TUA tu .............. cai panggil ulamak, tapi satu karangan besar pon tarak. Setakat tulis dalam Harakah untuk "ahli' baca bolih la .................. nak harap idea-idea bernas seperti ekonomi ka, politik antarabangsa ka, wawasan ka ............... jangan mimpi lah. Tapi ada satu buku yang Maideen pernah cakap dia ada tulis ............... buku Haid dan Nifas, apa ka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2013 05:22 PM | Show all posts
suji posted on 26-1-2013 04:54 PM
Tak percaya tulisan Mahathir. Dia cakap berbelit belit. He can say or write one thing today and anot ...

penyokong nwart mmg pobia dgn mader nih...dia cakap yg sebenar...senang faham tapi maksud sangat dalam..dia konsisten dan fikiran dia is always two three steps ahead of other people..sangat bijak dan sbb tu bila nwart coba bermain dgn dia..dgn mudah nwart terkulai di tangannya...dia sangat menyayangi amno sbb tu dia sebolehnya akan memastikan BN tidak kecundang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 06:00 PM | Show all posts
lvsg8 posted on 26-1-2013 05:22 PM
penyokong nwart mmg pobia dgn mader nih...dia cakap yg sebenar...senang faham tapi maksud sangat d ...

That is your opinion but I have mine. Dia memang seorang yang bijak but he is also a cunning man. Dont tell me yang dia sayang kan umno. Dia sayang kan anak anak dan juga family dia dari dia sayangkan umno. I once admired this man but not now. Kejadian yang berlaku pada Anwar buat orang nampak what Mahathir really is dan kejadian yg berlaku kepada Anwar bukan yang pertama terjadi. I was once penyokong tegar mahathir waktu dulu but as time went by makin jadi confuse bila dia gaduh dengan berbagai orang. Tak kira orang umno atau bukan. Dia fikir dia aje yang betul. He will say things about islam yang dia tak tahu which I think he should not. Sampai at one time aku fikir he should just retire and not say things yang tak tahu. Waktu tu Anwar still in government. Sekarang ni I will not vote for Bn even kalau Anwar were to join umno balik. It is not about Anwar aje but about the country dan juga rakyat.
Last edited by suji on 26-1-2013 06:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 08:29 PM | Show all posts
lvsg8 posted on 26-1-2013 05:22 PM
penyokong nwart mmg pobia dgn mader nih...dia cakap yg sebenar...senang faham tapi maksud sangat d ...

mmg fobia betul dgn mader nih
tak pasti kalu tersentuh perlu samak ke tidak??



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 08:39 PM | Show all posts
bangcak posted on 26-1-2013 08:29 PM
mmg fobia betul dgn mader nih
tak pasti kalu tersentuh perlu samak ke tidak??

Salah satu weaknesses mahathir adalah anak anaknya. Dia takut anak dia jatuh. Dlm diam dia bantu anak anak dia utk jadi kaya. Tak kisah lah tolong bail out atau bagi contract.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 08:40 PM | Show all posts
batu kikir posted on 26-1-2013 05:20 PM
Ada satu orang TUA tu .............. cai panggil ulamak, tapi satu karangan besar pon tarak. Setakat ...

antara ajaran org tua yg tak reti mengarang besar2 berbuku2 tu
dengan ajaran madey pasal islam

yg mana u buat amalan?





Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 08:59 PM | Show all posts
bangcak posted on 26-1-2013 08:40 PM
antara ajaran org tua yg tak reti mengarang besar2 berbuku2 tu
dengan ajaran madey pasal islam

...

Benda benda macam ni yang aku tak suka mahathir membebel. Dengan confidentnya dia berkata kata perkara yang dia tak ada pengetahuan. Waktu tu aku masih lagi sokong umno. At that time I wished mahathir should just keep his mouth shut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 04:29 PM | Show all posts
suji posted on 26-1-2013 06:00 PM
That is your opinion but I have mine. Dia memang seorang yang bijak but he is also a cunning man.  ...

dalam poltik mana ada orang baik2..its a fight between 2devils..one trying to outdo another...banyak tipu daya.. macam2 tomahan fitnah ceritabetul/tak betul di create untuk influence penyokong...some choose to believe everything..setengah tu bijak sikit..ada tapisan...pada aku senang saje...aku akan pilih the clever between the devils...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 04:37 PM | Show all posts
bangcak posted on 26-1-2013 08:29 PM
mmg fobia betul dgn mader nih
tak pasti kalu tersentuh perlu samak ke tidak??

sebab tu aku kata some people senang percaya secara total apa saja termasuk tipudaya..tomahan..fitnah politaik whatever...setengah orang pulak choose not to believe walaupun matlumat tepat ada kat pakcik googlesemoga ALLAH swt mengampuni ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.164348 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list