CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 0

[Dunia] Sharp tawar saham RM3.53 bilion utk kembali pulih

[Copy link]
Post time 6-1-2013 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Firma elektronik Jepun yang sedang bergelut masalah, Sharp bercadang melaksanakan tawaran saham awam bernilai kira-kira 100 bilion yen (RM3.53 bilion) dalam suku pertama tahun ini.

Menerusi tawaran itu, firma itu berharap menggunakan dana berkenaan bagi mengukuhkan perniagaan paparan kristal cecair (LCD) yang masih ada serta meningkatkan nilai kreditnya, lapor akhbar Yomiuri Shimbun.

Sharp sudah memulakan rundingan dengan beberapa bank penyedia kredit utama dan mahu memasukkan skim peningkatan modal dalam pelan perniagaan jangka pendeknya yang dijangka diumumkan seawal bulan depan, kata akhbar harian utama itu tanpa menamakan sumbernya.


Syarikat itu yang dibelenggu masalah kewangan, bulan lalu berkata ia telah memuktamadkan urus niaga suntikan modal bernilai 9.9 bilion yen (RM350 juta) bersama pengeluar cip berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Qualcomm dalam usaha memperbaiki akaunnya yang pincang.

Rundingan bersama Qualcomm itu akan menyaksikan kedua-duanya secara bersama menghasilkan panel LCD cekap tenaga untuk telefon pintar yang menggunakan teknologi firma teknologi itu.

Syarikat AS itu akan kemudian akan menguasai 2.64 peratus saham Sharp.

Sektor elektronik Jepun yang tempang dijejaskan oleh beberapa siri masalah termasuk nilai yen tinggi, permintaan perlahan daripada pasaran eksport utama, persaingan sengit luar negara serta kesilapan strategi yang menyebabkan kewangannya pincang.
Sharp berdepan beberapa siri penurunan penarafan kredit dan memberi amaran ia menjangka kerugian hingga AS$5.6 bilion (RM17.1 bilion) dalam tahun kewangan berakhir Mac 2013.

Pengeluar barangan elektronik jenama Aquos itu berpusat di Osaka, sebelum ini mengumumkan ribuan pemberhentian pekerja sambil mengurangkan gaji kakitangannya, bermula daripada pekerja di kilang hinggalah kepada Ahli Lembaga Pengarah serta terpaksa menjual hartanah untuk mengukuhkan akaunnya.

Sharp tahun lalu berkata ia telah mencapai urus niaga suntikan modal bernilai AS$800 juta (RM2.44 bilion) bersama syarikat Taiwan, Hon Hai Precision, yang mengeluarkan peranti Apple di China.

Bagaimanapun, urus niaga niaga itu terhenti kerana harga saham Sharp menjunam. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.377124 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list