JAKARTA - Tenaga kerja Indonesia (TKI) yang dihantar pulang ke Indonesia oleh pihak berkuasa Malaysia melalui Pelabuhan Antarabangsa Tunon Taka, di daerah Nunukan, Kalimantan Timur, pada tahun ini dipercayai masuk kembali ke Sabah tanpa dokumen imigresen.
Pihak berkuasa Indonesia membuat andaian itu kerana para TKI yang berkenaan didapati hilang dari daerah Nunukan sehari selepas mereka dihantar pulang.
Ketua Bahagian Perlindungan dan Pemberdayaan Tenaga Kerja Indonesia di Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) daerah Nunukan, Pardamean Siahaan berkata, semua mereka yang dihantar pulang melalui daerah itu diserahkan secara sementara kepada keluarga atau pihak lain yang bersedia menjamin mereka.
Masalah yang dihadapi di situ ialah pihak berkuasa tempatan daerah Nunukan belum mempunyai pusat penempatan sementara, seperti yang ada di Tanjung Pinang, Pulau Batam, katanya dalam siaran berita di laman web Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumaat.
Pardamean berkata sepanjang tahun ini, sejumlah 3,133 TKI dihantar pulang oleh pihak berkuasa Malaysia melalui pelabuhan itu dan sebahagian besar daripada mereka itu terbabit kesalahan imigresen.
Ada juga yang terbabit dalam kes jenayah namun kesemua yang dihantar pulang itu telah menjalani hukuman mengikut undang-undang di Malaysia.
"Berdasarkan data yang dikumpul, hanya sebahagian kecil daripada warganegara Indonesia yang dihantar pulang ini yang menggunakan pasport TKI, sebahagian lagi menggunakan pasport pelawat dan pas lintas sempadan (PLB).
"Bahkan ada antara mereka tidak menggunakan dokumen sama sekali, iaitu melalui jalan tikus di Pulau Sebatik," kata Pardamean.
Mereka yang dihantar pulang itu terdiri daripada 2,334 orang lelaki, 624 orang perempuan dan 175 kanak-kanak.
Secara terperinci TKI yang dihantar pulang itu ialah seperti berikut: Januari 277 orang, Februari (205), Mac (297), April (232), Mei (297), Jun (248), Julai (314), Ogos (231), September (236), Oktober (290), November (341) dan Disember (165). - Bernama
Sumber daripada BERNAMA tidaklah seperti typical berita Yindon seperti SEMOGA, AKAN, RENCANANYA, KEDEPAN, LAMBAT LAUN, BISA, BERHARAP, DIPERKIRAKAN, MENCADANGKAN, BAKAL, MUNGKIN, MAHU
otomen_taro posted on 28-12-2012 11:45 PM
area tempat diorang masuk tu mcm mana keadaan muka bumi?
hutan ker ape
xder solution cam buh pagar ...
sepatutnye letak la askar, mungkin 5 Briged tak concentrate kat border sabah/kalimantan dan assume threat dari kepulauan mindanao oleh Abu Sayyaf..... btw ini satu lagi tempat wajib dilawati sementelah kalian di Kota Kinabalu Permata Borneo..
Last edited by perang_sivil on 28-12-2012 11:52 PM
tak pe. jgn risau biarpun kapal selam tak boleh tenggelam kita masih ada PREVE selam international ni lah aset yg kita ada utk lawan dgn pendatang asing yg mmg asing