CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3366|Reply: 6

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah disihir!!!

[Copy link]
Post time 20-12-2012 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Kalau dah ada sila katup yer mod... Kisahnya aku tak tau pun kisah nabi pernah disihir sehinggalah aku dgr satu rancangan radio pd suatu petang... Ekekek... So aku nak kongsi jer cerita yg aku google dgn korang... Feel free to discuss atau nak add cerita dr versi lain

.:KISAH RASULULLAH DISIHIR!!( sumber darussyifa):.
Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku.Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labidbin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisikepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?


Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labidbin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab-nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir).Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawab-nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.

Maka ditanya lagi, dengan apa-kah kita akan merawatkan Muham-mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa-sanya, Allah SWT telah menyem-buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba-rang-barang sihir tersebut, dikeluar-kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.


Peristiwa ini tidak boleh disa-makan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.

Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang me-ngetahui, Aishah pun tidak menge-tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.

Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahubahawa baginda telah matbub (disi-hirkan).

Jika Nabi sendiri tidak menge-tahui baginda disihirkan, bagaima-na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba si pengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamu telah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka-mu telah disihir fulan bin si fulan.’

Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, ini-lah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sede-mikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya. Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Last edited by midori_katana on 20-12-2012 04:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 05:03 PM | Show all posts
Masa aku dgr kat radio tu... Nabi disihir menggunakan rambut dr sikat baginda
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 04:34 PM | Show all posts
sebab tu lah orang dulu2 melarang buang rambut merata2 lepas gunting rambut
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 07:01 PM | Show all posts
al-Muawwizat = 3 Qul... sebab tu la kene pecaye sihir tu ade dan boleh terjadi... tapi ramai je yang tak caye... aku pun tak paham kenape...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:25 PM | Show all posts
aku cayer n aku penah kene
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:45 PM | Show all posts
sham-xv1986 posted on 27-12-2012 07:01 PM
al-Muawwizat = 3 Qul... sebab tu la kene pecaye sihir tu ade dan boleh terjadi... tapi ramai je yang ...

betul...jadi kat saya...suami disihir, family tak percaya sbb cakap suami yang buat perangai....
mmglah it takes two to tango..suami ada saham penyebabnya jugak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2013 04:00 PM | Show all posts
aku pun pernah kene porak peranda hidup..alhamdulillah sekarang dah beransur pulih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.578290 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list