CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11740|Reply: 68

Norman Hakim Teruja Bakal Dapat Anak Lelaki

[Copy link]
Post time 7-12-2012 12:05 AM | Show all posts |Read mode


Memey dan Norman bakal menimang cahaya mata lelaki pada Februari depan.





PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza yang sedang hamil tujuh bulan memberitahu suaminya, Norman Hakim adalah insan paling teruja apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak lelaki.
Memey, 24, berkata, ini kerana suaminya memang sudah lama berhasrat untuk menimang seorang lagi anak lelaki selepas mendapat anak sulungnya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8.



"Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Selain Mohamed Danish Hakim, Norman turut mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Norman dan Memey berkahwin pada 24 September tahun lalu.



Dalam pada itu, Memey yang dijangka bersalin pada Februari depan memberitahu dia akan melahirkan bayi tersebut di Hospital Kohilal, Taman Melawati, dekat sini yang turut menjadi lokasi kelahiran anak-anak tirinya sebelum ini.
"Suami sudah terbiasa dengan hospital itu kerana kesemua anak-anaknya bersama Abby dilahirkan di hospital tersebut dan saya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti," katanya.
Tambah Memey, dia juga akan menjalani proses pantang di Kuala Lumpur dan ibunya dari Felda Tenggaroh, Johor akan menjaganya sepanjang tempoh itu.



Sementara itu, Memey berkata, dia dan Norman telah memilih beberapa nama yang dikira sesuai untuk anak mereka itu nanti namun masih belum membuat keputusan tentang nama yang akan dipilih.
Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan seperti membeli kelengkapan dan baju yang sesuai untuk menyambut orang baru dalam hidup mereka.
"Mungkin selepas melihat wajahnya akan mendapat jawapan nama apakah yang sesuai tetapi buat masa ini ada beberapa nama telah dipilih," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 12:18 AM | Show all posts
Teruja lah sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:29 AM | Show all posts
teruja la sngt duhai normiang..
jgn lupa  tambah keterujaan menaiktaraf  nafkah anak2mu sama ustazah abby yeee..

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:39 AM | Show all posts
Kesian norman...sampai bila2 pon org tak dpt terima kesilapan dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:48 AM | Show all posts
owh...bgoslah anak da nk msok 3 pon still teruja
yelah ank ngn memey pulak kan
mudah2an selamat melahirkan ye memey

norman pulak jgn di lupa anak2 ngn abby
kang kene lahar di twtter oleh ostazah itew
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 01:00 AM | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2012 03:06 AM | Show all posts
@hasniey  ank norman nak masuk 4 la uols
ermm.teruja la  sgt  khen..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:09 AM | Show all posts
jepp posted on 7-12-2012 03:06 AM
@hasniey  ank norman nak masuk 4 la uols
ermm.teruja la  sgt  khen..

eh slh bce

dah nk 4 rupenye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 07:49 AM | Show all posts
bakpe nmpak pelik muka memey
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:05 AM | Show all posts
tahniah....
nafkah anak jgn lupe bg la yek abe normang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:21 AM | Show all posts
setazah vs normiang ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:27 AM | Show all posts
ikut suka hampa la norman n memey oii
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:53 AM | Show all posts
kau jangan nak teruja2 sangat sampai abby rasa angin
kang dia bantai ko kat tweet kang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:00 AM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:01 AM | Show all posts
tp memey ni ada bagus jugek. dia mcm terima baik anak2 abby
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:02 AM | Show all posts
teruja kebende la lu braderr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 09:17 AM | Show all posts
semoga selamat lahirkan anak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:19 AM | Show all posts
tahniah yerk Norman & memey..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 10:02 AM | Show all posts
normiang ke memek yg teruja nih sampai bcerita ngn wartawan segala?











Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 10:09 AM | Show all posts
kukulangau posted on 7-12-2012 08:53 AM
kau jangan nak teruja2 sangat sampai abby rasa angin
kang dia bantai ko kat tweet kang


Takpa. Abby sekarang dah berhijrah bertambah baik.
Mungkin dia pun teruja sama.
Bolehlah sesama dalam bilik bersalin masa memek meneran.
Ajo-ajo meme apa yang patot.
Tapi aku rasa, memek ni memang sesuai dengan Normiang.
Dia cintakan Normiang seada-adanya. Her expectation tak tinggi.
Dan bila kita cinta seseorang, tentulah kita hormat dia.
Takdalah asik berperang sampai kopak-kopak pintu......... Last edited by NAT_11 on 7-12-2012 10:10 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.148173 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list