CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DumBell

(koleksi dari pengalaman sebenar)Rezeki

  [Copy link]
Post time 1-5-2013 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknye hantu kat tmpt aok... Nasib baik la sangat mase koi pertama kali pegi jerantut, nk buang hajat kene gali lbg dulu bawah pokok. Nasib baik la tak jmp...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 12:19 PM | Show all posts
best bila baca citer orang pahang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 08:51 PM | Show all posts
ice98 posted on 1-5-2013 09:45 PM
Banyaknye hantu kat tmpt aok... Nasib baik la sangat mase koi pertama kali pegi jerantut, nk buang h ...

hahaha...
bese le dedulu...

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell posted on 2-5-2013 08:51 PM
hahaha...
bese le dedulu...

Skrg mungkin dh kurang hantu sbb takde budak dh die nak sakat. Maklumla budak sebok nk berpesbuk... Hahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 03:08 PM | Show all posts
Tuan Tanah, nak tanya petua pokok kemucut hilangkan 'pelupa' tu...
tolonglah kongsi-kongsi petua tu... nak sangat-sangat tau. kengkadang dalam dok ingat, dok ratib kat bibir, sebut perkataan lain bleh lupa yang dok ratib tadi... tolong ye... please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2013 09:52 PM | Show all posts
salam...nanti saya kasi tau petua tu...tp kt cerita saya tu,saya dah kasi detail rasanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-5-2013 01:31 PM | Show all posts
sambungan....
hari berganti-hari,bulan berganti bulan,semua kisah seram dan ngeri kian dilupakan orang kampung,bagi aku yg masih marhaien ni,hanya memikirkan permainan yg baru kerna,setiap musim ada jadual permainannya,
musim ini adalah musim bermain gasing,aku dengan lagaknya menunjukkan rekaryaksa ku dihadapan teman-teman sekelas ku di sesi petang di sekolah agama rakyat...mereka teruja dengan rekaryaksa ku..mana tidaknya,mata gasingku itu telah dipipih ketuk oleh aku agar menceper untuk membelah gasing pihak lawan..oleh kerana kegerunan mereka dengan jentera pemusnahku,aku dipinggirkan kerana mereka risau akan gasing mereka diratah buas oleh gasing ku,..tak kurang juga yg bertanyakan teknik memipiskan mata gasing itu,aku tidak lokek memberi tips dan teknik agar gasing tidak terbelah semasa penukaran dan memipis mata gasing...disebabkan aku juga diajar oleh mat,sahabat kecil ku suka duka,...harga sebiji gasing waktu itu hanya rm 0.50 sen shj...diperkirakan waktu itu,nilainya amatlah besar dan berharga...aku sanggup berpuasa di sekolah selama 3 hari untuk mempercukupkan peruntukan harga semasa di kedai runcit..semata-mata untuk memperolehi sebuah jentera pemusnah yg akan menggerunkan pihak lawan...pada masa itu juga,skill menggelek dan menghayun,juga dikenali dengan nama memangkah serta memayung,memerlukan latihan dan ketekunan untuk mencapai tahap hebat dan digeruni...
setelah aku balik dari sek.agama,aku terus ke laman rumah sebelah rumah ku yg juga tempat pelbagai permainan rakan seperjuanganku beraksi...tapi kali ini tempat itu dijadikan tempat battle of gasing...disitulah juga tempat yg yg menjadi saksi gasingku terbelah dua...huhuhu..
aku berlatih bersama rakan ku yg lain,pangkah memangkah berlaku didalam bulatan kematian...sesiapa yg lambat angkat zippp...dia adalah orang pertama yg menjadi mangsa habuan pertama,yang tidak berpusing atau berpusing terbalik juga dipenjarakan di dalam bulatan kematian...selalunya,aku lah yg menjadi mangsa pertama,...dalam keadaan keseronokan itu,kami terlupa waktu sudah menginjak senja,dan ibu pelangi tampak jelas kelihatan,kata orang tua-tua,waktu semacam itulah pintu diantara dua alam dekat sedekat sejengkal,mana-mana yg lemah semangat selalu terkena,
kami tidak mengendahkan teguran orang tua kami,bagi kami seronok itu lebih best dari teguran dan nasihat mereka...
setelah habis dimarahi oleh mak ku,baru lah kami pulang...bagi kami mak aku lah orang yg paling kami hormat dan segan selain kegarangannya mendidik aku dan adik beradik aku...mana taknya,sekali mak aku tegur,mereka semua dah kecut perut,aku pula,buat derkkk aja...hahaha...abis la belakang aku kena hangar malam ni...sesi aku waktu senja pula selepas di hangar ialah mengaji..dan aku adalah orang yg paling lambat tangkap apa yg mak aku ajarkan,naik pitam tengok tulisan arab...tergagap danerangkak-rangkak ku bacakan mukkaddam dihadapan mak ku yg tersedia menggenggam hangar baju untuk merotan jika tersilap atau malas mengaji....

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 03:57 PM | Show all posts
cepat TT sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 11:02 PM | Show all posts
mase senja macam tu la, berterbangan kelawar2 ntah nk pegi mane, terbang laju tak tentu arah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 02:30 AM | Show all posts
sambungan.....

esoknya setelah aku berbirat-birat di sebat kerna bertatih lagi bila mengaji quran,aku mencapai capal ku di tangga rumah,cepat-cepat aku ke sekolah...disekolah pula,aku dimarahi guru kelas kerna memakai selipar jepun ke sekolah...
"maafkan saya cikgu,mak saya tak cukup duit untuk beli kasut..kalau ada duit lebih nanti dia belikan kasut untuk saya.."kata ku menahan sabar di dada akibat gelak tawa dari rakan sekelas..."baik,cikgu maafkan kamu hari ini,tapi kalau besok kamu pakai selipar lagi,siap kamu.."tegas cikgu masri pada ku..aku menganggukkan sahaja..dalam hati ku, aku memaafkan guruku yg tidak tahu kehidupan aku,dan esok mungkin aku akan ponteng sehari  dua untuk mencari duit membeli kasut baru...
selesai sesi sekolah rendah,aku ke sekolah agama sebelah petangnya,dalam duduk termenung nasib dan cita-cita aku di dalam kelas...tiba-tiba guru besar sek.agama memanggil ku dari pintu belakang..."asalamualaikum..haaa..ah'..mari kat ustaz..ustaz ade satu benda nak bagi tahu kamu..."kata ustaz man sambil melambai ke arah aku yg duduk dikerusi..."waalaikumsalam ustaz man...nak ape ustaz panggil saya?.."tanya ku sambil menuju kearah nya..."haaa..mari ikut ustaz,kita gi pejabat ye,"..tambah ustaz lagi..aku mengangguk dan membontot dari belakang..
setelah sampai di ruang pejabatnya aku duduk di kerusi menghadap mejanya...dia nenunduk dan meletakkan sesuatu dalam bungkusan plastik dan meletakkannya di atas mejanya..."haaa...ni,dengar kata ustaz ni...ini kasut sekolah saiz kamu kot,ustaz nak kasi kamu,jaga elok2 dan pakai untuk kejayaan.."katanya lagi pada ku sambil menepuk-nepuk bungkusan itu...dia menyorongkan kehadapanku...dan aku mencapainya...dan bila aku membuka bungkusan itu..ternyata ia sepasang kasut sekolah,walaupun ia lusuh aku menerimanya dengan deruan air mata..."terima kasih ustaz,kata ku...dia perlahan-lahan merapati ku dan memelukku...di telingaku kudengar bisikannya.."ambillah buat hadiah dari ustaz ...katanya perlahan memenangkan aku...aku tersenyum dan mengesat air mataku,dihatiku membujuk raga ku agar tidak menangis...kutahan jua...
"haaa...nah sekarang pegi sambung belajar...ada duit nak makan tak? tanya ustaz man lagi..."takpe la ustaz man..yg ni pun saya dah bersyukur...makan tu,balik karang boleh makan"..kata ku yg membuatkan dia ketawa..dan aku kembali ke bilik darjah...hari itu aku tidak bermain gasing...
setelah balik dari sek.agama,aku rahsiakan kasut baru ku dari pengetahuan mak ku,kalau aku bagi tahu,kompom kena sebat,dari kena sebat baik aku berdiam diri sahaja...gembira tak terkata dijiwaku,mana tidaknya,walaupun kasut secondhand...ia tetap kasut baru ku...
teringat kata-kata ustaz man dahulu..."doa orang dalam kesempitan makbul doanya,...aku rasa bersyukur kepada Dzatnya,kerna memakbulkan doa aku...esok,akan ku beli kapur untuk mencantik dan memutihkan kasut ku...


setelah habis musim bermain gasing,kini tiba musim bermain basikal pula....
aku tiada basikal waktu itu,mujurlah ayahku makan gaji dengan bekerja di mencari besi waktu itu,dapatlah aku sebiji rangka basikal berjenama rally...seperti biasa sahabat ku mat membantuku,dia waktu itu menjadi pomen basikal yg terbaik di kampungku,kalau dilihat basikalnya,macam-macam dipomennya,sampai sprocket pun pakai sprocket 12(sprocet mati yg xboleh dipusing free kan pedal kebelakang)...aku bertungkus lumus membuat sebiji basikal,dan nat cecacing kami gantikan dengan nat tiub motor.,itu idea kami,sampai ramai yg minta diajarkan pada waktu itu...kalau pakai nat cecacing..2 minggu dah kena tukar cacing baru,kalau tidak pancit lah tayar...sedar tak sedar,aku dan mat berjaya siapkan basikal aku 3 hari,dan kerja kami itu telah dinukilkan oleh akak aku diatas lembaran kertas lukisan..aku dan mat melihat lukisan itu,ketawa kami bila melihat lukisan itu...ada sinar kegembiraan di dalam lukisan itu kata mat pada aku....aku tersenyum dan menepuk bahunya tanda setuju,
kini tibalah masanya aku mencuba basikal baruku,malaupun berkarat dan lusuh,ia sudah ku perbaiki,aku memulakan kayuhan pertama ku,"klennntanggg,klentanngg,klentanggg,..."bunyi besi spedal mengenai penyarung rantai..."ahhh,tak pe la mat,menda ni xboleh nak ekjust..dah bengkok sikit..."kata ku.."ok la ah'..esok kita jumpa la,kita round satu kampung.."kata mat sambil memutarkan tangannya diatas kepalanya  untuk memberi isyarat pusing..."ok mat,esok petang.."kata ku...hari dah menginjak senja ni,pelangi petang pun dah nampak,ok la mat,asalamualaikum".."waalaikumsalam..kata mat sambil berlari menuju kearah rumahnya..
belum sempat aku masuk ke rumah..."ah' tolong belikan mak garam,kentang,sardin sama ikan bilis?,..kata mak ku..."baik la mak.."kata ku..dalam hati aku nak cuba ketahanan basikalku berjalan jauh..."cepat sikit,kang malam orang tak jual garam...jangan lupa ye,engko tu lebih dua barang je lupa,..ingat tau.." kata mak ku lagi.."yeeee..makkkk.."kata ku bergurau...
aku memulakan perjalanan basikalku ke kedai mok yoh..perjalana aku terpaksa menaik bukit sedikit,sesampai dikedai aku di kedai,aku terlupa satu barang,dan garam mak cik mok yoh tidak mengizinkan aku membelinya,kerna itu petua orang dulu-dulu,tak boleh jual garam malam-malam..aku dengan cerdiknya pergi mengambil sendiri garam itu,sardin dan kentang..selesai urusan jual beli,aku balik semula ke rumah..dan ternyata ikan bilis aku lupa nak beli,aku ke kedai itu semula...
setelah itu dalam perjalanan pulang menuruni bukit..macam biasa kanak-kanak lain buatkan iaitu meletakkan kaki di body basikal dan membiarkan sahaja basikal bergerak sendiri menuruni bukit...tiba tiba aku rasakan basikal aku sendiri seperti memperlahankan pergerakan..aku cuba mengayuhnya tetapi terasa berat seperti menaiki bukit,aku mengayak tubuhku kekiri dan kekanan mengerahkan tenaga ku mengayuh basikal,
dan tak semena-mena aku terlihat segerombolan orang berpakaian seba putih ada juga berjalur hijau dan hitam dan berkelubung putih sedang mengangkat peti jenazah berjalan menaiki jalan berbukit itu..aku memandang mereka,dan salah seorang dari mereka mengangkat tangan dan memberi salam,aku membalas salamnya...sesampai aku tak sampai 2 saat aku memberhentikan basikalku kerna memikirkan sesuatu.."eh ade yang tak kena ni...bukan ke tanah kubur tu jalannya menurun bukit ni..apa pasal mereka menaik pulak ni?.."bisik hati ku...dan aku memandang kearah belakang,aku lihat jalan itu KOSONG!!! tiada orang...apa lagi...memcicit aku mengayuh basikal baru ku...sampai sahaja aku di laman rumah ku,aku terus melompat dari basikal dan terus menerjah masuk ke dalam rumah...ku ceritakan pada mak ku kisah itu,tetapi sikit je mak aku jawab.."alah..orang tu nak kasi tahu la tu,ada orang meninggal kat dunia dia"...kata mak ku pada ku,,,"oooo..kata ku..aku berjalan menuju ke ruang tamu,dalam masa berjalan itu aku membaca Al-fatihah buat arwah yg aku tak tahu siapa yg meninggal itu....

tammat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 03:42 AM | Show all posts
jilid iii

bertemu orang tak diundang.....

semua itu jadi kenangan manis ku masa kecil-kecil dahulu,sekarang ini aku sudah menginjak remaja,aku juga mencuba nasib bekerja di kota raya kuala lumpur untuk menimba pengalaman,kata abah ku,semua yg berhijrah ke kota,kalau kosong didada,alamatnya ibarat lalang dengan rumput lah,katanya..menyakitkan mata,dan pasti diracun atau ditebas..ujarnya lagi,aku tersenyum bila teringat kata-kata abah ku itu,
dan aku mengambil cuti 3 hari bersambung hujung minggu menjadikan cuti aku 4 hari,setelah berpenat lelah selama berbulan-bulan ,aku berjaya membeli sebuah motorsikal secondhandberjenama yamaha rxz...berharga rm 700.00..memang rezeki aku tika itu,penjual menginginkan wang,dan aku tawar-menawar dengannya,akhirnya dia setuju dengan harga aku,tapi karburator diambilnya...
pagi itu aku mencuci motor ku..kerna pada tengah hari aku akan berangkat ke kampung halaman,sudah lama tak tengok mak,apa jadi kat mereka ye..aku tersenyum melayan hati ku dan meneruskan kerja menggosok motor,
sedang aku mengemas pakaian,terasa dalam kalbu ku menyuruhku balik menggunakan laluan gombak bentong,laluan lama menuju ke pahang...aku mengikut kata hati ku yg berkobar-kobar ingin merasa penangan selekoh-selekoh tajam disana...
walhal aku sendiri tak tahu jalan tu,dan tak pernah menggunakan laluan itu...aku cuba sedaya upaya kudrat ku mencari jalan itu,dan akhirnya aku jumpa juga jalan gombak bentong itu,,terasa gembira dihati kecil ku...
sedang aku leka dengan nyanyian untuk menghiburkan hatiku ini,tiba-tiba tayar belakang motor aku bocor,melelong kekiri dan kekanan kena aku cuba mengawalnya akibat kelajuan dan tayar bocor...kali ini motor pula makan tuan,aku pula menolaknya..sesampai aku di kg.batu 10 gombak, aku mencari-cari kedai motor yg berhampiran,mujur ada...aku meminta abg.pomen untuk membaiki dan menukar tiub motor ku...setelah itu aku ke kedai makan yang berhampiran,almaklumlah...baru dapat gaji la katakan,
sedang aku menikmati minuman petang,kuperhatikan di hadapan sebelah sisi kananku ada seorang pak cik tua yg sedang duduk di meja dan termenung sendirian,sekejap dia seperti ingin menangis,sekejap riak wajahnya seakan kesalkan sesuatu...
"asalamualaikum pak cik.." ucap ku tanda perkenalan.."waalaikumsalam...nak..kata pak cik itu.."apa yg ditermenungkannya itu pak cik,macam berat je,,saya lihat udah macam orang memikul balak lagaknya..'kataku berseloroh sambil serkap jarang pada pak cik itu..."huh...xde apa nak,pak cik cume terkejut dengan perangai anak-anak pak cik.."kata pak cik itu sambil mumpersilakan aku ke mejanya untuk bercerita lanjut..."nampaknya,jebak aku mengena"..bisik hati ku..."anak pak cik..tak kenang jasa,pak cik pesan yg jalan kawasan kebun tu biar la orang kampung guna buat jalan pintas ke jalan besar..ini tidak,dipanggilnya bulldozer suruh pecahkan jalan tar tu...habis orang kampung terpaksa guna jalan yg jauh,ape lah nasib,pak cik mintak makan,nasi basi yg ditinggalkan..kata pak cik itu dalam esak tangis nya.."sabar lah pak cik,kata ku,sambil mengurut dadanya..."tak di kurniakan zuriat untuk kita kalau bukan itu dugaan dunia untuk kita pak cik.."kata ku lagi,...
"itu memang benar nak,..tapi apa yg kita dapat masa mati?..hanya tiga sahaja yg dapat ganjaran pahala...
amalan yg bermanfaat,harta yg bermanfaat,doa anak-anak soleh, nak...pak cik cuma amalan sahaja..yg lagi dua di rusakkan oleh anak-anak pak cik...kemana lagi pak cik nak mengadu nak?..kata pak cik itu lagi pada aku sambil menangis,
aku pula tumpang bersedih..sungguh kejam anak-anak pak cik tu...kata ku dalam hati....
"nak..ni pak cik nak pesan..jaga lah ibu,ayah mu,kerna doa mu pembuka syurga buat mereka...itulah sebaik-baik pahala untuk mereka..."kata pak cik itu..dia bangun dan meninggalkan aku keseorangan memikirkan pesanannya...
aku bermuhasabah diri dengan nasihat pak cik tadi...setelah beristifar panjang,aku ke kedai pomen itu yg terletak tidak jauh dari kedai makan yg aku singgah tadi...
"asalamualaikum,haaa,abg.pomen..dah siap ke?tanya ku..."sudah,,semuanya 18.50 campur upah 5.00..ummmm..semuanya 23.50..."kata abg.pomen itu pada ku.."ok bang ini dia sambil aku menghulurkan duit aku berterima kasih padanya.."oh ya..abang ada kenal tak seorang pak cik ni yg kawasan kebun dia ni dulu jadi laluan utama penduduk kg.batu 10 ni,tapi anak-anak dia hancurkan jalan tu?..abang kenal tak? kata ku sambil menggalas beg sandang ku..."pak cik tu?..hmmm..oh,dia dah meninggal 2 tahun lepas,sakit tua...kenapa? adik ni anak sedara dia ke?...kata abg.pomen itu.."hah..dah meninggal?,,eh tadi baru saya bersembang dengan dia dekat kedai tu"..aku menunjukkan abang tu kedai yg aku maksudkan.."saya bukan sedara dia...saya nak balik pahang ni..kata ku cemas..."...."hummm..adik, mari ikut abang kejap,kita gi masjid depan tu..kata abag.pomen,hari pun dah menginjak ke senja ni,jom cepat..katanya sambil menutup kedai dengan tergesa-gesa...
sesampai kami di perkarangan masjid,abg.majid(pomen)..yg telah aku interview namanya..memanggil-manggil pak  imam di dalam masjid itu,dan pak imam muncul di muka pintu masjid,aku lihat pak imam terhangguk-hangguk mendengar bisikan dari abg.majid...dalam hati ku.."apa yg dibisikkan mereka haaa...sambil aku duduk bersila di lantai simen masjid itu...
"asalamualaikum anak muda...saya imam di sini,panggil haji suib pun boleh..."katanya sambil menghulurkan tangannya tanda perkenalan...aku tak sempat berdiri dan terpaku seperti mencangkung untuk menyambut salamnya pak imam hj suib itu.."waalaikumsalam pak imam..kata ku dan kembali duduk...
'cuba nak ceritakan dari mula jumpa pak cik tu..."kata pak imam suib...aku menceritakan dari A sampai Z cerita itu...
pada abg.majid dan pak imam...kelihatannya mereka tersengguk hangguk mendengar ceritaku dengan khusyuk lagaknya,
"begini nak.."..arwah tu namanya pak cik saat...dan kisahnya itu macam anak ceritakan pada pak aji dan majid yg melihatnya...baru minggu lepas kami membuat kenduri arwah padanya gotong royong sekampung kerna kecoh kuburnya berasap...dan anak-anaknya tidak memperdulikan kejadian itu,sampai seminggu kubur itu berasap siang dan malam nampak asapnya,oleh itu kami sekampung membuat kenduri arwah dan memohon pertolongan ALLAH SWT..mana-mana yg berkecil hati atas perbuatan anaknya itu,kami maafkann dengan ikhlas...dan bila pak aji mendengar pula dari mulut kamu itu..berat rasa pak aji mendengarkannya,malam ni juga kami nak buat kenduri arwah lagi untuk simati..agar ruhnya tenang disana..anak dialu-alukan lah ye...kata pak aji itu...sambil menepuk-nepuk bahuku...aku terkejut mendengar penjelasan pak imam hjsuib itu...malam itu aku bersama beberapa jemaah kariah masjid membuat tahlil untuk arwah pak cik saat yg ku temu petang itu..terbayang wajahnya di mindaku...
dan setelah siap bacaan tahlil itu,aku menyambung perjalananku kekampung halamanku tengah-tenah malam melalui jalan lama gombak-bentong...dalam hati ku,aku berdoa""ya ALLAH...kau lindungilah aku ,jauhkanlah aku dari musibah-musibah dan kejahatan musuh yg terang dan musuh yang tersembunyi..sesungguhnya ENGKAU yg Maha Pengasih,Maha Penyayang...dan ku akhiri doaku dengan selawat keatas nabi junjungan serta sahabat dan keluarganya....
aku sampai di rumahku pukul dua pagi,dan sebelum aku menutup mata untuk tidur keletihan,aku menangis kerna perbuatan anak-anak arwah itu...aku teringat akan mak dan abah ku...tidak mungkin aku akan berbuat sebegitu...akan berdosa besarlah aku dilaknat ALLAH nanti..subahanallah,,,moga anak-anak arwah pak cik saat  sedar akan kesilapan dan ketamakan harta dunia ini yg sementara ini...
dalam hati ku,aku bertekad untuk membahagiakan mak dan abah ku semana yg aku termampu..ya ALLAH kau makbulkanlah doa ku ini agar aku mampu membahagiakan keluarga aku...amin...menitis air mata aku bila terkenangkan jasa mak dan abah ku hingga aku besar sebegini rupa...apa yg aku hamparkan untuk mereka?..apa yg aku bagi kan untuk mereka?...apa yg aku tahu,,mereka tidak meminta sesenpun dari aku,ya ALLAH ampunkanlah aku ya ALLAH...sesungguhnya aku insan yg daif,tidak tahu isi hati mereka,...
dan aku tertidur lena pagi itu....

pagi-pagi lagi aku bangun,dan mak ku menyiapkan makanan kegemaran aku...cekodok goreng...aku makan dengan girang sekali kerna dapat makan air tangan mak aku...dalam hati aku,aku akan menggembirakan mereka hingga akhir hayat aku...amin...

tamat.....
Last edited by DumBell on 10-5-2013 12:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 08:26 AM | Show all posts
DumBell posted on 10-5-2013 03:42 AM
jilid iii

bertemu orang tak diundang.....

saya juga begitu...Amin.!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 08:48 AM | Show all posts
sedihhh lahh TT.....
ada citer lain lagi takkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 11:45 AM | Show all posts
al fatihah buat arwah juga,
moga jadi pengajaran buat kita...
kg.batu 10 tu terletak hampir dengan mirmaland yg dahulunya menjadi taman tema air yg terkenal di semenanjung malaysia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 12:25 PM | Show all posts
mohdfauzi posted on 10-5-2013 08:26 AM
saya juga begitu...Amin.!!

sama-samalah kita...
sejahat-jahat ibu...sejahat jahat ayah...
lagi jahat diri kita jika tidak ada sedikit kasih-sayang dihati buat mereka...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 12:33 PM | Show all posts
salam semua,ini saya kongsi petua kemuncup untuk ubat pelupa...

siapa kenal pokok kemuncup?

memula selawat ke atas nabi junjungan serta sahabat dan keluarganya
1.ambil segenggam kemuncup di padang atau di laman rumah yg ditumbuhi kemuncup...sentap dengan sekali genggaman..
kalau terkeluar akarnya lagi bagus...
2.bersihkannya dari kotoran tanah dan rumput kering...
3.rebuskannya dengan air..2 kali air rebusan..1 kali pun takpa...
4.setelah selesai merebus letakkan air rebusan dalam mangkuk..jangan la letak kemuncup sekali..airnya sahaja..untuk suamkannya
5.ditambah madu 3 sudu./taknak bubuh pun tidak mengapa...
5.minum air rebusan itu...
6...jangan lupa baca bismillah dan berdoa agar penyakit lupa itu hilang
7.itu sahaja...
8.selamat mencuba...insyaallah... Last edited by DumBell on 12-5-2013 03:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2013 12:38 PM | Show all posts
pokok lalang kemuncup



credit too pakcik gugell
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 04:44 PM | Show all posts
manja377 posted on 10-5-2013 08:48 AM
sedihhh lahh TT.....
ada citer lain lagi takkk

huhu..tak la,mane ade sedih,
itu semua asam garam hidup,
semoga jadi pengajaran hidup kita semua untuk meniti laluan didunia ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 04:46 PM | Show all posts
mira8 posted on 2-5-2013 12:19 PM
best bila baca citer orang pahang....

aok org pahang jugak ke?
huhuhu...sesaje koi bergurau...
koi sokmo cenggini...

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 06:00 PM | Show all posts
wah macam baca buku ramli awang murshid plak aku rasa,... uhuhuhhuh... kekadang apa yang diceritakan oleh TT terkena la sikit2 kat aku masa kecik2 dulu.. dan bila aku ingat2 balik.. dah tua dah rupanya aku ni.. uhuuuhuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.111527 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list