CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8828|Reply: 38

Kisah Pengalaman Misteri Aku & Kawan2

[Copy link]
Post time 21-11-2012 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Salam kepada semua…
Aku kali ni baru terasa nak berkongsi cerita2 misteri yangpernah aku alami sepanjang hidup aku ni.. ada gak tergerak hati nak tulis tapibelum sampai seru lagi.. hehe.. kebetulan plak ramai yang baru bukak threadbaru citer yg best2 macam citer antu milo, antu piano korea.. syok bacapengalaman ampa tu..

Ok la, aku rasa aku nak citer pengalaman aku start darikecik sampai la sekarang ni. Nak bercerita macam karangan elok2, aku tak retiso citer macam orang bercerita mulut je la. Sorry kalau gaya penceritaan aku nitak best. Hahaha… Untuk perhatian gak, setengah citer tu aku ada la tokoktambah sikit sebab kalau nak citer dari zaman kecik dulu mana la aku nak ingatdetail betul2. Tokok tambah pun sekadar dialog je la kot. Insya Allah..

MASA KECIK KANAK2 LAGI

Bayang-Bayang

Antara pengalaman yang aku ingat la.. selalunya aku akan nampakbayangan atau lintasan dalam rumah aku. Aku ni memang amat penakut masa kecikdulu. Rumah aku rumah teres dua tingkat. Bila malam, family biasa akan dokruang tamu kat atas untuk rehat tengok tv semua la. So selalunya aku yang akandisuruh untuk ke bawah amik barang2 mak aku kalau mak aku terlupa bawak naikatas.

Selalu bila aku turun, mesti sekilas lepas turun tangga tuaku akan Nampak macam bayang2 orang. Orang tu for sure hitam la. Tapi laju jekbergerak seolah2 macam nak lari sembunyi bila aku kat bawah. Macam takmo akunampak la gitu. Kecik2 memang berlari la bila turun naik tangga konon takutbenda tu kejar.. Walaupun kadang2 rasa macam benda tu ada je kat belakang.
Tapi paling aku ingat satu petang tu aku main combat kotdengan abang aku. Lari sana sini konon sembunyi sambil tembak2. Lari2 tu akusampai sembunyi nak masuk rumah balik la. Masa tu la paling aku ingat lembagahitam tu paling jelas aku nampak. Rumah teres biasa kan dari sliding door tu , jalanterus je sampai ke dapur. Kat dapur tu terletaknya fridge kecik satu pintu makaku. Atas fridge plak parent aku suka letak bakul isi buah-buahan. Aku katsliding door nampak lembaga bayang hitam tu saiz kecik sikit dari fridge tutengah nak capai buah epal hijau dalam bakul. Aku terkejut la tengok. Sebab sebelumni sekadar kilas2, bayang2 jek. Memang jelas la bayang tu hitam pastu aku rasabenda tu kalih kepala dia kot tengok aku. Aku budak2 masa tu cuma tergamamtengok je la. Lepas macam tersedar tu berlari la keluar panggil mak aku. Aku cakapada hantu kat dapur ke ada orang kat dapur.. tak ingat la aku. Tapi bila bagitahumak aku sekadar jenguk je. Nampak risau kejap je.. tapi takde apa pun mak akubuat.. hahah..

Bayang tu pulak bukan macam bayang2 kita kat bawah cahaya. Lainsikit sebab bayang tu macam berceracak dekat kepala, tangan badan. Tak reti nakjelaskan tapi aku tepek gambar untuk bagi clear sikit macamne bentuk bayang tu.Bagi aku, bayang tu macam something la. Bukan sekadar imaginasi aku seorangkanak-kanak..

Kepala bayang tu sama macam pic kat atas kiri sekali..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2012 04:02 PM | Show all posts
Makhluk Misteri.

NI still citer masa aku kecik lagi. Kawasan perumahan akududuk ni dulu memang agak jauh ke dalam la. Family aku antara terawal duduk katsitu. Masa takde bekalan air lagi dah duduk sana. Dulu kawasan tu memang hutan.Pagi2 sejuk jek. Petang tu aku main basikal dengan adik aku. Main kat jalanrumah yang agak hujung sikit la. Jalan rumah ni sebenarnya mengadap ke arahsatu lembah sungai. Seberang sungai tu pulak ada bukit penuh dengan hutan teballagi. Kat jalan rumah ni la aku dengan kawan dok tumpu kat longkang palinghujung la. Longkang ni jadi port sebab banyak ikan kecik2, tuntung, kura2…  kalau berani masuk dalam semak2 nak dekatsungai tu jumpa la ikan2 lain. Aku tak pernah sebab penakut dulu.

Tak lama lepas tu, ada projek perumahan baru. Habis ladigondolkan bukit seberang sungai tu. Selalu petang2 aku tengok jentolak lalukat lereng dorang tarah lepas gondolkan pokok2. Satu hari, aku dengan adik akumain basikal kat situ sambil nak tengok tapak projek tu.. chewahh.. masa tu laaku nampak kat area lereng bukit aka jalan untuk jentolak tu ada something. Mula2aku nampak benda tu bergerak seolah2 terbang. Benda tu hitam pekat n besar. Akuingat burung gagak la kot. Aku Tanya adik aku, apa tu? Burung gagak kan? Adik akumasa tu kecik dalam 4-5tahun kot. Dia tak cakap sebab pelik cara benda tubergerak. Mula2 tengok macam benda hitam tu terbang tapi sayap dia macamperlahan sangat dikepak2. Kalau ikut logic burung mesti kepakkan sayap berkali2untuk bergerak kan? Kecuali burung tu ada kat tempat yang betul2 tinggi. Macam helangke.. ni dikepak sekali tapi luncurnya jauh tapi perlahan jek.. bayangkan yek..

Elok perati benda tu bergerak, alih2 benda tu macam stop. Adikaku masa tu tak tengok dok ralit main basikal. Budak2 umur dia mana la amikport sangat kan.. apa dia tahu. Bila benda tu stop baru nampak bentuk sebenar. Rupamacam gorilla besar sangat. Siap ada jalur putih sikit kat pinggang ke bawah. “gorilla”tu stop pastu tengok aku. Masih aku ingat sampai sekarang mata dia putih. Walaupunjauh tapi jelas mata putih tu sebab benda tu hitam kan. Aku plak panggil laadik aku. Cakap “ehh, monyet la.. monyet besar!!” Nampak la benda tu berbuluhitam n besar. Pastu benda tu tengok aku, dia macam hentak tangan dia kattanah. Macam tumbuk bumi la. Lepas tumbuk tanah tu benda tu kalih bergerak kearah hutan. Cara benda tu bergerak sebijik macam gorilla.

Bila pikir2 balik, dari view aku seberang lembah sungai tuagak jauh. Tapi boleh nampak jelas benda tu. So mesti la besar kan? Yang pelik,pada mulanya benda tu seolah2 burung tengah terbang. Tapi boleh stop jadibentuk gorilla pulak. Balik rumah aku Tanya parent aku, gorilla ada kat mesia ke? Hahaha… sampai sekarang tak tau makhluk apakah aku nampak masa tu.

Sekarang tempat gondol tu dah dibuat tangki air.. or rumahair ek? Yang bentuk kubah besar simpan air tu.. lembah sungai tu pulak dahtakde. Jadi longkang besar. Tebing2 sungai tu dijadikan rumah mewah. Projek sunwayabis tarah tempat tu..



Last edited by taji2906 on 21-11-2012 04:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:17 PM | Show all posts
hrmmm menarik gak tt...nak lagi....tgh syok lyn ne....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:47 PM | Show all posts
taji2906 posted on 21-11-2012 04:02 PM
Makhluk Misteri.

NI still citer masa aku kecik lagi. Kawasan perumahan akududuk ni dulu memang ag ...

pernah nampak benda ni....dulu ade kat umah vam ...mak kate jembalang...tapi nape boleh terbang real nampak dlm plastik bende berkepak ala2 batman badan dier kilat ...sebedar burung helang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 04:56 PM | Show all posts
Roh Arwah Datang Melawat???
Ni salah satu citer yang paling aku ingat. Aku pun tak taunak tafsir macamne. Kisahnya, arwah mak teh aku ni sakit barah otak. Lama dahdia sakit sampai tahun tu dia ikutkan tak boleh berfikir dah. Jadi macam budakkecik baby macam tak tau apa langsung. Cuma kadang2 je dia jadi elok sikit. Tu punkejap je.

Malam tu malam raya kat kampung mak aku di Melaka. Masa tuaku baru 11-12 tahun kot. Yang aku tau nak main je la. Tak salah aku, raya tumungkin raya terakhir bagi arwah mak teh aku sebab penyakit dia last stage. So berkumpulla semua ahli keluarga kat kampung. Selalunya arwah ni dok terlantar kat satukatil kat area dapur. Dapur ni besar luas so kalau dorang berkumpul masak kenampak la arwah ni.

Malam raya tu terjadi la citer misteri ni. Tiba2 kecohbising2 kat dapur. Mak aku panggil aku suh datang kat dapur. Siap panggil lagisepupu sepapat aku semua. Bila p dapur je tengok2 arwah mak teh aku tengahduduk kat atas katil. Sebelum ni, nak duduk bangun semua orang kena papah. Dok wheelchairje. Lagipun dia dah macam baby tak boleh buat apa dengan sendiri. Terkejut latengok elok dia duduk kat katil sambil senyum tengok sorang2. Family lain2semua dok keliling dia la. Rupanya dia dah jadi orang lain…

Sambil dia dok situ dia cakap dia tumpang badan arwah nikejap. Nak tengok anak cucu keturunan dia. Bila Tanya sapa, dia cakap dia tunenek korang semua. Maknanya taraf moyang aku la. Dia cakap lembut loghat Melaka.Melaka kan biasa cakap terjerit2.. ni sopan la. Dia cakap sambil senyum aje.Makcik2 aku Tanya la macam2 sapa nama itu ini, nama keturunan kitaorang la,elok je dia jawap. Pastu percaya la dia tu moyang aku yang menumpang jap katbadan mak teh aku. Bila Tanya mana suami dia, elok je dia jawap tu hah katluar. Dia tunggu kat pokok manggu tu hah.. agak seram la dia cakap sambil doktunjuk kat luar. Kebetulan katil tu dekat je depan pintu keluar. Pokok manggadepan sikit je. Tengok kat luar gelap pekat takde sapa..

Moyang aku tu cakap malam raya dia dapat keluar tengok anakcucu. Dia ada cakap gak si polan pun datang tengok2 anak cucu masing2.. sipolan tu aku tak ingat la nama tapi orang kampung tu gak la. Pastu dia adanasihat kat cucu cicit la.. jangan degil, melawan macam2 la.. aku tak berapaingat. Tapi paling aku ingat dia pandang tajam kat sepupu aku paling tua. 2beradik la. Dia cakap, hah yang ni jahat ni.. jahat ni.. kena jaga elok2. Ni perangaitak elok ni.. pastu alih kat kakak aku, dia ni baik, dah besar nanti pandai..kat aku pun dia kata baik gak. Hehehe

Bukan nak bukak pekung di dada tapi amik pengajaran saja..kebetulan sepupu tua aku dua beradik tu memang sekarang ni banyak buat onar katorang lain. Kakak aku pulak baik2 n keje pun berjasa selalu kat orang. Aku pulak???Aku tak tau nak nilai sendiri.. hahaha.. pelik gak la sebab tekaan rohmenumpang tu agak tepat..

Tapi banyak lagi dia cakap cuma mak aku je suh aku p mainjauh2.. sebab aku budak lagi kot dia takmo aku dengar banyak citer orang tua..cuma aku ingat dia kata selalu datang tengok anak cucu keturunan dia.  Tu je la dulu aku nak kongsi.. nak karang elok2 tak reti.. ada masa aku postlagi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 07:13 AM | Show all posts
wahh...menarik ah cerita ko. Nnti update lah lg ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2012 10:14 AM | Show all posts
menarik citer yang arwah datang melawat tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:52 PM | Show all posts
menarik2....sambung lagi @taji2906
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2012 01:34 PM | Show all posts
TT, ni ka bayang bayang yg gagau buah epal tu????
mcm sehelai kain hitam yg melayang kan...btui kata Vam, mungkin jem******


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 02:28 PM | Show all posts
taji2906 posted on 21-11-2012 04:56 PM
Roh Arwah Datang Melawat???Ni salah satu citer yang paling aku ingat. Aku pun tak taunak tafsir maca ...

dulu pun ada orang cakap kalau nak tengok roh balik...
contohnya orang tu meninggal siang...nak tau dia balik ke tak
malamnya..tabur tepung atau bedak depan pintu..
esok pagi2 tengok ada kesan tak....

tapi sampai sekarang aku tak caya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 03:34 PM | Show all posts
bang... dia buat rambut spike tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 08:17 AM | Show all posts
Dark_Vampire posted on 21-11-2012 04:47 PM
pernah nampak benda ni....dulu ade kat umah vam ...mak kate jembalang...tapi nape boleh terbang re ...

mungkin la kot jembalang...
sebab kawasan tu hutan belantara... sekali dah tarah, abis keluar la segala isi hutan tu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 08:19 AM | Show all posts
mamaezah posted on 22-11-2012 01:34 PM
TT, ni ka bayang bayang yg gagau buah epal tu????
mcm sehelai kain hitam yg melayang kan...btui kat ...

lebih kurang la macam apa yg diingat...
bayang tu nipis jek macam bayang..
tapi berceracak kepala, tangan.. tang kaki tak berapa jelas...
(puas dok ingat balik ni)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 08:21 AM | Show all posts
KAULAT posted on 22-11-2012 02:28 PM
dulu pun ada orang cakap kalau nak tengok roh balik...
contohnya orang tu meninggal siang...nak t ...

yang tu tak tau la aku kena letak bedak untuk tinggalkan kesan tapak kaki..
kalau dah roh tu mungkin la tak berjasad kan?
dalam pengalaman aku tu, roh tu tumpang masuk kat badan arwah makcik aku..
aku pun bukan la pandai nak explain, cuma citer je pengalaman yang betul2 jadi depan mata aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 08:24 AM | Show all posts
hest posted on 22-11-2012 03:34 PM
bang... dia buat rambut spike tak?

masa tu late 80's..
tak tau la kot ada dah fesyen rambut spike ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 08:32 AM | Show all posts
taji2906 posted on 26-11-2012 08:24 AM
masa tu late 80's..
tak tau la kot ada dah fesyen rambut spike ni..

ekekeek.. hest gurau je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2012 11:01 AM | Show all posts
taji2906 posted on 26-11-2012 08:17 AM
mungkin la kot jembalang...
sebab kawasan tu hutan belantara... sekali dah tarah, abis keluar la ...

meremang  mama baca statement awak itewwww
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:25 AM | Show all posts
nak citerr lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 12:47 PM | Show all posts
Ok.. nak sambung balik cerita pengalaman aku ni...
Minggu ni busy dengan majlis orang kawin daa.. paham2 je la...

Keluarga Aku Nak Dituju2.

Ok.. cerita ni terjadi masa aku sekolah rendah.. masih budak2 lagi dalam umur 9-10 tahun masa tu. Semuanya bermula dari apa yang terjadi kat aku. Kiranya, ilmu yang nak dituju tu terkena pada aku.. Pada satu petang tu, aku biasa dok rumah sorang2 lepas balik dari sekolah. Sebabnya, aku sorang je sekolah belah pagi.. Lain2 sekolah balik petang. Kisahnya, aku tengah nak bukak pintu grill dapur. Elok je aku bukak grill tu, ternampak seekor ulah tedung hitam menjalar kat bawah grill tu. Ular tu panjangnya sama je dengan panjang pintu grill biasa tu. Tapi ular tu hitam pekat melekat berkilat.. Masa aku ternampak ular tu, terkejut la aku.. Kuss semangat. Ular tu menjalar masuk ke dapur basah rumah aku.. Aku plak secara automatik rasa lemah je lutut, tapi boleh tahan lagi pergi lari ke rumah jiran aku. Jiran aku tu , arwah Mak Tai p la tengok jap sambil bawak penyapu.. Ular tu dah hilang ntah ke mana la kan.. Lepas tu dia suh aku tumapang sekejap kat rumah dia sambil call mak aku. Bila rasa ok, aku balik rumah tapi dok kat atas je la. Takut gak ular tu tiba2 je ada.

Parent aku balik, check la apa yang patut tapi takde dah ular tu.. Dianggap kes terpencil je la. Nak dihairankan sangat pasal ular tu takde la sangat sebab kawasan perumahan aku tu dekat dengan hutan. Monyet, kera, musang pulut besar anjing pun biasa nampak dah.. Kalau pagi2 dulu mesti ada suara siamang ke apa ntah, monyet yang suka bunyi sahut2 tu. Tapi yang menjadi masalah, adalah aku. Lepas dari terserempak ular tu, aku rasa macam nak demam tak demam. rasa panas kat tengkuk, gelisah tak tentu arah. Parent aku bagi la panadol sirap je sebab ingat demam biasa. Paling kuat pun, demam terkejut. Tapi makin lama makin lain aku rasa, rimas tu lain macam. Dah la rasa panas, rimas macam kat tengkuk tu ada benda dok pegang.

Kemuncaknya, satu petang tu macam biasa aku dok sorang2 kat rumah sambil buat homework sekolah kat ruang tamu atas. Sedang aku rimas panas nak demam tu aku nampak lantai pakir yang kayu tu, tiba2 bergerak2 sendiri. Lantai pakir kan lekat kat lantai kecuali dah rosak boleh tercabut satu2 tu.. Tau kan lantai pakir? Haa... aku nampak kayu pakir tu mula2 bergerak macam ada benda dari bawah pakir tu nak keluar.. Aku tergamam je la tengok.. Terkejut tak kata apa.. Ada dua tapak pakir tu yang bergerak2.. Dah terkeluar pakir tu, kayu pakir tu gerak macam menari pusing2.. Senang bagi contoh macam orang Red Indian menari pusing2 kat unggun api tu.. Macam tu la aku nampak pakir tu dok bergerak pusing2... Apa lagi, aku pun lari ke bawah call mak aku. Aku cakap lantai tu bergerak n berjoget sendiri.. Lepas tu apa jadi aku tak berapa ingat.. Tapi aku rasa aku tidur kat bawah kot sambil tunggu mak aku balik.

Lepas tu, parent aku pun cuba la berubat cara tradisional.. Sebabnya, dipercayai ular yang aku nampak tu bukan ular sembarangan. Makcik aku pulak memang berkebolehan dalam bab tradisional ni sikit2. Dia pun cuba la cara dia. Cara dia tu, 3 senja kena semua orang dalam family tak boleh keluar. Lepas tu dia akan tabur something satu rumah ni. Something tu ialah yang aku ingat la... Garam kasar, bertih/ biji jagung (ke sama benda ni) , belerang digaul dalam tempurung kelapa. Sambil tu makcik aku dah baca la doa2 amalan dia yang patut. Ditabur dalam seluruh rumah.. kecuali bilik air kot. Dalam tempoh 3 hari tu jenuh gak la kaki asik terpijak garam kasar tu.. sakit gak wooo... Benda2 yang ditabur tu pulak tak boleh dibuang dalam 3 hari tu. Aku pulak dalam tempoh tu cuma rasa demam biasa2 jek.. Dah kurang sikit la sebab makcik aku ada ubatkan sikit2...

Cukup 3 hari, barulah nak tengok hasilnya.. Makcik aku sorang je boleh buat masa nak tengok hasil ni.. Cara nak tengok hasil tu, dengan menyapu semua benda yang dah ditabur itu hari.. Tu je.. Aku ikut la makcik aku masa dok menyapu rumah tu. Sapu dari dapur dulu sebab nampak ular kat situ.. Still takde apa yang pelik pun.. Sapu punya sapu, sampai la kat depan rumah. Kat depan ni masa sapu area bawah tangga nak naik ke atas tu, baru jumpa benda pelik. Benda pelik tu merupakan rambut yang digumpal2 sampai menjadi bentuk tulang. Tulang tu macam tulang dalam kartun yang biasanya anjing dok gonggong tu. Sama bentuknya tapi ianya rambut kaler nak kelabu2 sikit digumpal2 padat. Saiz kecik aje dalam besar ibu jari budak umur 7-8tahun. Sapu tempat2 lain takde apa yang pelik lagi dah..

Lepas tu, cuma orang2 tua je la dok bincang. Aku tak boleh la nak join.. So tak tau la apa makcik aku citer masa tu. Tapi lama2 tau gak sebab mak aku terlepas cakap sebab lama tahan marah n geram kot.. Orang yang nak tuju2 tu bukannya jauh tapi jiran sebelah rumah je. Bukan arwah Mak Tai.. tapi jiran melayu sebelah kanan kami... Nati aku citer lagi.. Rehat jap..

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 11:03 AM | Show all posts
Lama TT rehat.... Bila nak sambung? Ekekeke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082014 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list