CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7887|Reply: 39

anak nak masuk std 1 tp............

[Copy link]
Post time 14-11-2012 04:27 PM | Show all posts |Read mode
salam.

anak aku yg sulung, nxt year nak masuk std 1.  dari 4 tahun dah anta ke taska.  kelas 4 tahun, perkembangan dia ok2 saja.  masuk 5 tahun, cikgu ckp dia antara yg cemerlang dlm perkembangan membaca dll.  masuk kelas 6 tahun, dia dah agak slow.  membaca pun dah agak perlahan.  kalu di rumah, memang aku monitor dia baca, tulis, mengira dll.

Tapi yg jd kerisauan aku, dia masih baca merangkak2 walaupun aku tau dia boleh baca, dia asik konpius huruf B dan D, mcm BA dengan DA.  dia konfius nak sebut I dengan Y.  lepas tu, dia selalu tulis no 3 dan E tu terbalik. lagi, dia tak pandai nak tulis huruf A tu dalam huruf kecil.

Adakah itu normal untuk budak2 sebaya dia?

Tapi dia sgt2 suka melukis, mewarna, merekacipta dan yg seangkatan.  dia suka subjek sains.  dia suka tgk CLEVER, backyard science.

Skrg cuti sekolah, so aku trpaksa strict dgn dia.  Monitor dia baca, menulis, mengira2.  

Kismis makan, examo makan, vitamin makan.

Nak tanya pendapat, wajarkah aku push2 dia?  Tapi sbg ibu, aku risau2 sgt takut dia akn ketinggalan.  apa perlu aku buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 08:27 PM | Show all posts
mungkin dia dah boring kot..
bagi dia masa..kesian nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 04:19 PM | Show all posts
jangan sesekali push anak. kalau dia nampak mcm parents dia 'give-up' dgn dia.. lagi la dia takde motivasi nak majukan diri. go slow.. biar dia main dengan apa kesukaan dia. cuma tambahkan element lain yg dia agak lemah. cthnya.. kasi dia kertas lukisan + kaler... biarla dia lukis apa yang dia suka... lepastu suruh dia tulis apa benda yg dia lukis tu. mcm rumah ke... kereta ke... suruh dia tulis nama dia.... kalau dia dapat tulis, kasi pujian. kalau dia tak reti... betulkan dgn cara yg lembut. jangan sesekali marah.

budak2 ni learn at their own pace... tapi kalau drpd pencapaian agak baik masa 5yrs dan menurun masa 6yrs... kena check kenapa. dia banyak tengok tv ke? cuba lah wat analisis kenapa jadi camtu.

apape pun.. biar dia enjoy cuti sekolah ni dan buat dia bersemangat nak masuk sekolah kebangsaan nanti. kalau push sgt, nanti dia kan set minda dia ckp dia mmg tak pandai. bahaya tu.. nanti dia kurang keyakinan diri. nanti nak masuk darjah 1 xpasti ada exam ke tak... mungkin ada, utk nak asingkan budak yg terlalu lemah dlm pelajaran dan elakkan budak cemerlang boring dlm kelas. takpelah kalau dia tak dapat masuk kelas pertama.. cuma kena luangkan lebih masa dgn dia utk dia kuasai pelajaran tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 10:07 PM | Show all posts
kalu nk tanya normal ke tak.. aku rasa agak tak normal... tapi maybe as parents pon, kena kreatif lah buat learning process tu.. jangan just sruh die baca buku..

bagi dia seronok dan bermain, but main games yang ada lesson..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 07:47 AM | Show all posts
tq atas nasihat dn tunjuk ajar korang..
insyaallah,,,,,,,,, aku akn cuba the best tuk anak aku,,,
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:13 AM | Show all posts
Klu sy, sy monitor jg anak..tp sy bg kebebasan utk Dia explore atau memilih apa activiti dia yg dia nk buat. Bg saya, biar la dia melalui  zaman kanak2 yg sepatutny sbg kanak2. Anak sy pun thn dpn nk msk darjah 1. So far sy tk push dia bagus dlm bbrp perkara cuma sy bagi galakan, dorongan Dan pujian. Maybe anak sy Akan ketinggalan dr segi academic tp sy hy mau dia melalui zaman kanak2 yg sepatutny. Plan bila dh masuk darjah 4/5 baru sy push dia work hard sket utk upsr dia. Buat ms ni sy x nak anak bujang sy stress belajar itu ini.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2012 10:27 AM | Show all posts
Pertamanya, saya rasa situasi ni normal, jadi pada ketiga-tiga anak saya. Saya taklah beria-ia benar nak monitor untuk membetulkan benda tulisan tunggang langgang ni. Darjah satu sampai darjah dua, memang benda ni akan terbetul sendiri melalui sukatan pelajaran yg disediakan.

Yang tak nampak normalnya, bila tengok jangkamasa dia diexpose dengan kebolehan, sama je macam budak yg tak ter-expose selama anak puan. Saya terfikir 2 possibilities, satu cikgu dia bagi harapan/remarks yang nak menyedapkan hati mak bapak, kedua, realitinya memang anak puan berkembang seperti kebanyakkan anak2 lain (which is not really bad, nampak macam normal), sebab tu puan nampak dia "slow" bila masuk 6 tahun.

Sebelum ni anak saya pun ada masalah sama, confiused antara b dan d, alphabet or numbers tulis terbalik.

Walaupun dia dah 6yo, saya tak risau sangat, sebab nanti masuk darjah satu, benda2 tu akan terbetul dengan sendiri. Ni pengalaman anak2 sebelumnya la.

Anak saya berjaya repair masalah2 ni dengan sendirinya. Satu, saya beli buku cerita huruf besar dalam bm tu. Pendek je cerita jadi dia pun taklah jemu nak baca. Masuk buku kedua, dah resolved masalah tu.

Satu lagi, di rumah mmg disediakan white board untuk anak2 menconteng. Abang2 dia memang agak nakal dah selalu tulis ayat2 yang mengutuk si adik. Lama2 adik pun pick up sendiri dan boleh buat ayat sendiri. Kalau salah eja or salah tulis (alphabet terbalik) sure kena gelak dengan abang2. Maka dia pun ambik inisiatif sendiri untuk betulkan tulisan dan ejaan sebab tak suka kena ejek. Last edited by baulu on 16-11-2012 10:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:48 AM | Show all posts
dia ada dyslexia kot.

tak masalah besar pon, cuma mengganggu pembelajaran dari kaca mata guru2 & ibu bapa di kalangan orang2 biasa jek. ramai dyslexic yg membesar normal, malah lebih bijak dan berjaya dari budak2 normal lain.

aku pun sampai skrg masih tokleh beza huruf jawi dhod & zho. ntah kenapa selalu sgt keliru, agak mengganggu jugak la bila membaca. & ada perkataan dlm bahasa inggeris aku tokleh eja dengan betul tanpa spell checker, conth : definately, eh kan salah, patut definitely.

kekeliruan tu jek, jgn terlalu fokus pada benda tu, tu yg budak rasa rendah diri & tak minat belajar sedangkan ada byk lagi skill yang dia hebat, contoh melukis, bergaul, mengira, keupayaan ekspresi diri, cergas, bijak bua keputusan, mempunyai pemikiran sendiri, baik hati dgn kawan2 & adik-beradik, etc.

http://en.wikipedia.org/wiki/Dyslexia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2012 11:11 AM | Show all posts
dewimalam78 posted on 16-11-2012 09:13 AM
Klu sy, sy monitor jg anak..tp sy bg kebebasan utk Dia explore atau memilih apa activiti dia yg dia  ...

tq3 atas nasihat ..
insyaallah,,, aku cuba pratikkn
cume mgkin dia anak sulung, lepas tu tgk sume kazen dia cemerlang, jd mebi aku yg terlebih riso...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 11:22 AM | Show all posts
tnya gak pendapat mereka yg pakar kat opis ni, dorg suggest mintak anak aku tu try baca dr Z ke A, dari 10 ke 1,
tp dia bagus jugak bab mengira ni, lg 1, dia lefthanded,,,,

mungkin dia ada kelebihan di sana, kekurangan di sini, dan aku akn sentiasa menyokong dia,
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:26 AM | Show all posts
ariellin posted on 16-11-2012 11:11 AM
tq3 atas nasihat ..
insyaallah,,, aku cuba pratikkn
cume mgkin dia anak sulung, lepas tu tgk su ...

mcm forumer kat atas tu kate ... mungkin anak tt ade dyslexia. penah test? sbb antara tanda2nya ialah baca huruf tbalik2 tu  ... tt boleh rujuk sini http://www.dyslexiamalaysia.org.my/Diagnosing+a+Dyslexic+child_25_1.htm. bkn ape, juz 2 b sure.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 11:32 AM | Show all posts
missus_meow posted on 16-11-2012 10:26 AM
mcm forumer kat atas tu kate ... mungkin anak tt ade dyslexia. penah test? sbb antara tanda2nya ia ...

aku try search mana2 web yg berkaitan,
neway tq
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 03:57 PM | Show all posts
Betultu..Kalau baca terbalik2tu, ada kemungkinan dyslexia. Cuba bawa anak jumpa pakar supaya Puan boleh tahu apa masalah sebenar anak Puan.Cuma jangan risau sangat kalau dia slow mula2.Anak saya masuk tadika setahun je n mmg masa darjah 1 lambat sikit banding ngan org lain tp result darjah dua baru2 ni dia dapat 84% overall,Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 11:15 AM | Show all posts
aku saja test dia, mintak bacakan dari 10 ke 1, dari Z ke A tanpa mana2 bantuan buku, alhamdulillah, boleh pulak, tapi mintak bacakan A ke Z dgn tgk buku, dah tak leh beza B dgn D, I dgn Y, W dgn U,,

tak pe lah, nasihat & pandangan yg korang beri sgt2 lah dihargai,,,TQ sgt2

Doakan anak aku moga terus berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:47 AM | Show all posts
Nampaknya ramai parents tak berapa strict pasal kemahiran litar si anak anak sebelum tahun satu....
Patutlah guru2 linus n pemulihan pening pala Skrg ni.... Ayuh la parents, beri kerjasama sikit... Kurikulum Skrg guna kssr, bukan mcm dulu.... Nak masuk tahun 4 dan 5 agak terlambat untuk drill kemahiran mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:57 AM | Show all posts
Nak bagi contoh permainan yg tt boleh cuba
Secara blue, sahibba..minta dia bina perkataan..dari situ leh test vocab dia..
Test spelling......ini, cuba eja meja, eja rumah, eja sayang, eja masyarakat,..contoh...
Nampak signboard, papan iklan, tajuk majalah,headline...minta dia baca atau eja..dia akan seronok..
Lepas tu....ambil bahan masjid seperti straw, gula gula, buah buahkan...
Beritahu dia, ini kiraan ada berapa buah oren ni..
Ini, mak ambil  dua buah oren tinggal berapa..
Ini..mak ada sepuluh sen dan lima puluh sen..berapa semua mak ada..

Main main jual beli barang makanan di kantin..kan dia nak masuk tahun satu...

Bacakan cerita dengan menunjukkan jari pada ayat supaya dia kenal ejaan perkataan itu...

Kalau dia ada kakak, minta dia kumbang bina perkataan sebanyak mana yg boleh dari perkataan TANGGUNGJAWAB misalnya...
Buat teka silang kata...

Lagi satu tips tiap kali uji buat ejaan atau spelling test sentiasa gunakan bahasa baku.. Walaupun anak blue, tapi sebutan baku akan membantu mereka mengeja dgn betul.....lagi satu tekankan menyebut perkataan dengan memisahkan suku kata..

Contoh..ini eja ma.  Ta....ma ta...mata....ok?

BAKU, ok?

Ni tips daripada saya, berdasarkan pengalaman.....wallahu a,lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 06:17 AM | Show all posts
senduduk posted on 20-11-2012 12:47 AM
Nampaknya ramai parents tak berapa strict pasal kemahiran litar si anak anak sebelum tahun satu....
...

betul sangat tu.

Pada Mac, kita as parents, kena ambil berat masa mereka di tadika. So that masuk std 1, dah lancar membaca dan menulis. Budak2 ni, bila masuk sekolah darjah 1, dan dia senang paham (sebab foundation tadika kuat) automatic dia akan enjoy school life, enjoy belajar, ada self confidnce. Parents pun tak pening kepala. Parents hanya perlu beri galakkan, ikut aja flow pembelajaran sekolah tu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:47 AM | Show all posts
Saya rasa tengok kemampuan parents jugak dan anak ke berapa.

Kadang-kadang anak sulung, parents overprotective. Semua nak di-spoon-feed.

Dalam kes TT ni, rasanya tak semua aspek anak dia lemah. Hanya confused between alphabets sebab kurang practice. Not even close to dyslexia.

Apa yang jadi, saya suspect, TT hanya mengharap sekolah mengajar, balik rumah anak main ikut suka. Memandangkan anak sulung, TT la kena lead by example, create activities macam some forumers recommend.

Jadikan ahli keluarga orang yang suka membaca dan cabaran. Bila beli magazine, beli sama untuk anak. Bila anak mintak mainan, ajak pi kedai buku, biar dia nampak kepelbagaian bahan bacaan yang menarik-menarik tu. Beli white board dan beli colourful markers. Mula-mula dia akan belagak jadi cikgu dengan kita, lepas tu dia akan explore melukis, buat perkataan sendiri bila kita challenge dia. Lama-lama okla tu.

Bila pi shopping, biar dia pilih apa dia nak, ambil peluang ber-mathematic dengan dia. Kalau dia nak cokelat, tanya berapa dia nak, nego dengan dia berapa boleh/tak boleh, berapa ringgit dia boleh belanja, bagi dia nampak harga (bagitau mahal macam mana, murah macam mana dan apa yang acceptable). Suruh dia baca apa atas benda yang dia nak beli. Anak saya yang 6 tahun bila nak beli, first sekali dia cek ialah halal logo. Next dia akan tengok ingredient, kot-kot ada yang familiar dan mana yang dia tak familiar dia akan tanya. Semua skill ni kalau kita expose dari awal, insya allah anak tu akan cepat kemampuan beranalisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:27 PM | Show all posts
tq kat sume yg bg pencerahan, yg boleh menrefresh dn menjana otak saya tuk berpikir dn terus menjadi pendinding dn perisai kepada anak saya. insya allah, segala tunjuk ajar dan ilmu yg korang berikan akn sy jadikan panduan.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 05:00 PM | Show all posts
akak pernah tgk citer hindustan tak..kalau akak jenis yg minat lah...try tgk citer tajuk TERE ZAMEEN PAr....cerita tu ade kisah mcm mana yg akak cerita....try tgk mcm mana kisah nya....ambik positif..nie bukan kisah cintacintun yang merepek ...just bg pendapat

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.774498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list