CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2442|Reply: 20

[Tempatan] Hati-Hati Di Jalanraya..

[Copy link]
Post time 24-10-2012 02:47 PM | Show all posts |Read mode


ENDAU: “Kami sekeluarga bercadang pulang awal menyambut Aidiladha bersama keluarga di Kota Bharu dan bertolak dari rumah sebelum subuh bagi mengelak kesesakan, malangnya kami terbabit dalam kemalangan hingga meragut nyawa suami,” kata Nor Suriati Yusuff, 42, isteri kepada anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Mersing-Endau di sini, pagi semalam.
  Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Koperal Lajat Padilat, 52, yang memandu kereta Proton Persona dari Johor Bahru maut apabila kereta dipandunya memasuki laluan bertentangan lalu bertembung kereta Toyota Vios dinaiki tiga guru dari Endau.

  Difahamkan, tiga guru berkenaan dalam perjalanan ke Felda Endau di sini untuk mengambil seorang rakan mereka sebelum menghadiri kursus di Batu Pahat.
  Dalam kejadian itu, Nor Suriati dan dua anaknya, Mohd Afik, 10, dan Farah, 13, cedera akibat pertembungan dua kereta berkenaan di kawasan berbukit berhampiran Felda Endau.

  Pemandu kereta Toyota Vios, Koh Chong Sia, 50, dan penumpang depan, Zaidi Tahar, 37, cedera ringan, manakala penumpang belakang, Amizah Baharom, 29, cedera parah di kepala.

  Menceritakan kejadian itu, Nor Suriati berkata, selepas dua jam perjalanan mereka berhenti berehat di satu simpang berhampiran lokasi kemalangan selama beberapa minit, sebelum meneruskan perjalanan.


  “Ketika itu,  semuanya seperti biasa dan suami meneruskan perjalanan, manakala saya dan anak tertidur di dalam kereta.

  “Saya tidak ingat apa-apa dan tersedar  apabila kereta kami terbabit dalam kemalangan.

  “Ketika itu, saya terasa sakit di kepala akibat terhantuk cermin kereta,” katanya.

  Sementara itu, Mohd Afik ketika ditemui di Klinik Kesihatan Endau masih trauma dengan kemalangan itu dan tidak dapat mengingati kejadian.

  Ketika itu, dia dan ibunya belum mengetahui mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.

  Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, kecuali Zaidi yang meminta dibawa ke Hospital Kuantan, Pahang untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua anak Lajat hanya dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Endau.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2012 02:50 PM | Show all posts
GUA MUSANG: “Sejurus terdengar dentuman kuat, tubuh saya menggigil apabila melihat seorang wanita berlumuran darah dan tubuhnya hampir putus dua di bahagian pinggang akibat diseret kereta.”
  Demikian kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Hussin, 45, saksi kemalangan ngeri di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, semalam.

  Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak, Halijah Satar, 26, dari Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

  Rakannya, Masitah Ramli, 30, membonceng motosikal ditunggang Halijah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai.



  Dalam kejadian itu, motosikal dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah Proton Satria yang gagal memotong sebuah lori, menyebabkan Halijah terseret di bawah kereta itu dalam jarak beberapa meter.


kat front page metro ada gambar eksiden...
sadis gak la...  so hati-hati balik raya ni...


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:10 PM | Show all posts
ngeri aku dengar kes2 eksiden ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:15 PM | Show all posts
yup.. hati2 di jalan raya..semoga selamat sampai dan selamat pulang.. salam Aidiladha....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:31 PM | Show all posts
mungkin mengantuk...apa pn ajal maut ditgn tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:31 PM | Show all posts
rasa2 nya hari nih memang akan start jem dah highway.... berhati2 di jalan raya... ingat orang2 yang disayangi dan menyayangi.... semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing2.....

                          ~Selamat Hari Raya Aidiladha~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 03:34 PM | Show all posts
~anya~ posted on 24-10-2012 03:31 PM
rasa2 nya hari nih memang akan start jem dah highway.... berhati2 di jalan raya... ingat orang2 yang ...

anya tak balik kampung ke,
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:40 PM | Show all posts
ketum posted on 24-10-2012 03:34 PM
anya tak balik kampung ke,

anya tak balik lah ketum..... kat kl je anya this time around...
ketum balik bila ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 03:45 PM | Show all posts
~anya~ posted on 24-10-2012 03:40 PM
anya tak balik lah ketum..... kat kl je anya this time around...
ketum balik bila ye?

saya memang tinggal kat kampung pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:50 PM | Show all posts
kasihan.. takziah buat mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:10 PM | Show all posts
berhati2 bila memandu ingat org yg tersayang............aku pon besok petang baru nak balik kg nasib baik dekat dlm 4 jam perjalanan jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:17 PM | Show all posts
hati2lah memandu....
jgn pikir diri sendiri jer, tp pikir gak nyawa org lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:21 PM | Show all posts
ingatkan eksiden sbb silau flash AES ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 04:22 PM | Show all posts
semoga selamat sampai n balik ke destinasi masing2....
biar perlahan dari kena saman...
AES banyak la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:25 PM | Show all posts
takziah kat ibu beranak tiga tersebut.. tu la arwah disebabkan kelalaian org lain... 5.30 pagi pergi mana.. agaknya keje kilang shift pagi kut ye.. 26 thn baru dah anak tiga.... sedihnya.. ibu tunggal barangkali...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:26 PM | Show all posts
bawak la slow slow.. tak payah nak tunjuk hebat kat jalan raya.. kalau hebat sgt jom gi SIC...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 04:50 PM | Show all posts
tadi pagi terjumpa 2 eksiden dan 2 kali bertembung kenderaan dari depan memotong di tempat x sepatutnya, sehingga i terpaksa stop kereta
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:11 PM | Show all posts
Hati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi. Salam Aidiladha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:15 PM | Show all posts
kereta tu dh selamat.penat jurutera buat..tapi
kelajuan tu yg mmbunuh.

harap proton buat kete maks speed 50km/jam aja.. org malaysia ni hanya layak naik kete tahap kelajuan maksimum ini..  
tak perlu susah  buat  AES.. psl masing2 bwak slow cm kure2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:30 PM | Show all posts
Idiladaha disambut dengan korban seperti unta, lembu atau kambing, bukan korbankan nyawa sendiri atau nyawa orang lain dengan memandu cuai dan tidak berhemah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.085006 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list