CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dr.R

Abang Aku Kahwin Rahsia. [Update Page 8]

[Copy link]
Post time 15-10-2012 01:23 PM | Show all posts
pasuoren posted on 15-10-2012 01:06 PM
ko nih hana...macam la tak penah bercinta..
masa bercinta,
kepala otak...akal pikiran su ...

akak lupa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 02:41 PM | Show all posts
teringat kes poligamy sy dulu..hehe naseb baik sgt suami awal2 dah kata nak kawen lain. tak perlu sampai nak kumpul org, adik bradik reveal dia nak kawen.
bagitau isteri sudah...pastu, bila dah selesai dgn isteri..barulah bgtau kaum keluarga yg lain..kan damai kuikuikui at least dlm fikiran sy, sumai tak tipu sampai bertahun tahun..kesah lama hukhuk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 02:48 PM | Show all posts
to tt,
jangan paksa diri fikirkan terlalu jauh perkara ni...
tt tak perlu ada siiiikiitttt pun rasa bersalah..
nak rasa bersalah buat apa?
sebab tahu?
lepas tu tak bagi tahu?

well...jangan semakkan kepala dengan perkara yang belum berlaku..
tapi, boleh prepare dengan kemungkinan-kemungkinan akan berlaku.

sekarang ni, masalah berpunca daripada abang tt..
actually..bukan masalah apa pun..
just ahli kuarga bertambah...tuuu jeee..
cuma, kes ini akan melibatkan emosi yang terduga...dan dengan yang tak terduga aje..

perkara dah berlaku..
lagipun..dah sah...6 tahun dah pun..
selama ni pun, masa tak tahu..semua berjalan seperti biasa aje, kan?

tt pun ada banyak urusan diri sendiri yang nak diselesaikan..

dalam dugaan hidup ni,
pasu selalu ingatkan diri pasu:
"antara kita dan dia hanya dipisahkan oleh satu garisan yang kita tak nampak...bila-bila masa, kita juga mungkin akan terlintas garisan itu...."

dugaan untuk kita ni datang dalam pelbagai rupa..
kita tak mahu masalah...
tapi kalau masalah nak datang jugak?
....ermm....
kita kene hadap dengan penuh hikmah...
Last edited by pasuoren on 15-10-2012 02:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 03:33 PM | Show all posts
rahsiakan aje selagi boleh...tapi kena ingatkan abg tt yg tt tamo masuk campur hal dia...menikah reti...pastu nyusahkan org..nyampah!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:09 PM | Show all posts
spy tertanya2 nape la abg tt tu gatal sgt nk kawen 2..
kn dh menyusahkan org rmai termasuklah menyusahkan tt skali..

pd spy.. lbih baek biar rahsia ni pecah di mulut abg tt sndiri..
hakikatnya abang tt tu mmg seorg yg pengecut..!!
tt nasihat la abg tt tu supaya cerita hal sbnr sblm terlambat..

yg pelik nye mcm mne la abg tt leh kawen 2.. bkn kah kt mlaysia ni kena dptkn persetujuan dri isteri 1st dlu..
ke mmg abg tt kawen kt siam...

hrp2 masalah yg family tt hadapi skrg ni selesai dgn cara aman dan damai..
dan masalah ni dijadikan teladan pada forumer2 lelaki laen yg ade niat nk tmbah cawangan..
berfikir dlu sblom tmbah cwangan.. ingt..kalo x dpt persetujuan dri isteri pertama x pyh la gatal nk tmbh cwangan...
lupakan lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:18 PM | Show all posts
abg tt tu dh mnyusahkan rmai org termasuk la forumer2 kt cni..
turut kena pkir cara slesai mslh nihh..

abg tt tu mmg seorg yg x guna.. sorry to say tt..spy mmg benci org mcm abg tt tuhh..
apepon, gud for u tt sbb sudi share mslh kt cni dan bg pengajaran pd forumer laen..
tugas tt dh slesai..tt hnya bleh jd pendengar.. bkn pemecah rahsia..
biarlah abg tt sndiri yg cerita okay.!!

tt, spy nk tnye, abg tt tu mcm mna prangai dia, adakah seorg yg jenis lengkap solat?
atau seorg yg x lengkap solat 5 waktu...?

tt x pyh la semakkan pale otak tt sbb mslh abg tt..
take care tt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2012 04:57 PM | Show all posts
hahaha kesian abg tt kena kutuk kaw2 kat sini..padahal abg tt x buat apa2 salah p0n..
kalau tengok betul2 abg dia dah bagitau dah niat suci murni dia tuh nak kawin lagi 1..
tapi sebab kena halang dengan bermacam2 anasir jahat sebab tue lah dia terpaksa sembunyikan hasrat dia yang murni tuh..hahaha..

kenapa xde orang salahkan bini first dengan family abg tt ek??xke kalau diorang kasi jee kawin awal2 dlu kan sonang sikit keja
x berdosa ke first wife kalau x kasi suami poligame??
kena hidup macam permaisuri dulu baru boleh sign surat poligami ke?
pada aku molek benarlah abg tt kawin lagi 1 dari dia buat dosa makan luar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 06:45 PM | Show all posts
Hana posted on 15-10-2012 10:41 AM
sukahati lah. ada perempuan boleh terima poligami. ada perempuan tak boleh terima.
tak boleh lah  ...

Dulu ada sorang kawan aku tu mmg mcm kau lah hana, ala ala sentap anti poligami..

Last2 diuji tuhan hidup bermadu.. Merampas suami org lain..Tak tahu apa cerita dia skarang..

Mungkin tuhan mahu dia merasa sisi yang berbeza tentang sebuah poligami.. Selama ini dia tidak begitu menyenangi akan poligami..

My advice, poligami itu halal, maka kita perlu pupuk hati untuk meredhai di samping mempertahankan hak..

Kalau terpaksa bermadu, bermadu lah secara aman damai..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 06:53 PM | Show all posts
Wait kat sini kerap aku terbaca abg tt kahwin tanpa keizinan isteri pertama..

Well siapa pulak beri  kuasa pd isteri  pertama untuk mengizinkan suami berpoligami? Dia tidak berhak pon beri izin, cuma berhak dimaklumkan terlebih awal..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 08:02 PM | Show all posts
wunan88 posted on 15-10-2012 02:57 AM
hahaha kesian abg tt kena kutuk kaw2 kat sini..padahal abg tt x buat apa2 salah p0n..
kalau tengok  ...

abang TT tak buat salah kebendanya,
cita ni bermula dengan dia kahwin rahsia
tanpa bagitau sesapa walma adik beradik ke apa..
kalau dia tak kahwin rahsia, cita ni tak wujud, salah pun tak da....
forummer cari pun tak penat jejari jemari menulis peras idea apa nak
kasi sebagai cara penyelesaian..

Last edited by faraway1 on 15-10-2012 06:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:54 AM | Show all posts
addamnor posted on 15-10-2012 06:45 PM
Dulu ada sorang kawan aku tu mmg mcm kau lah hana, ala ala sentap anti poligami..

Last2 diuji ...

kalau aku yang merampas, takpe. ala2 winner gitu. ala ala best woman wins gitu.

kalau aku yang kena rampas, itu no no no. mcm loser ajek.
alang2 aku jadi 1st wife, misti ler aku simpati orang2 kategori loser. biasanya 1st wife misti ler kategori orang yang kena rampas kan..

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:33 AM | Show all posts
wunan88 posted on 15-10-2012 04:57 PM
hahaha kesian abg tt kena kutuk kaw2 kat sini..padahal abg tt x buat apa2 salah p0n..
kalau tengok  ...

Ikut dr cite tt, betul juga pendpt wunan tu. Klau abg tt bg tau lagilah meroyan 1st wife dia, silap2 bunuh diri.
Tu pasal la abg dia rahsiakan sebab dh awl2 tau family dia tk blh terima kenyataan.  Dia tk nk mengeruhkan lg keadaan.

1st wife abg tt tu suke ke tgk kalau suaminya selalu tak balik umah, kuar tk tau ke mana, pendek kata selalu buruk sangka dgn suami, kan tambah dosa je. Kalau izinkan je suami kawin lagi 1, tau lah dia ke mana, kalau tak balik umah dh tentu lah dia balik umah isteri muda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:40 AM | Show all posts
Banyak gak nasihat2 sini yang bagus and banyak gak nasihat emo dari seorg wanita yg moyan pasal poligami.
Jujurnya kalau aku pun akan tersepit gak dengan situasi TT. Kadang-kadang bila aku pikir better TT bagi tau jew family TT biar padan mula abg beliau itu, tapi terkadang aku rasa bkn jadi tanggjawab TT untuk bagi family perkara nie. Mungkin benda nie akan jadi lebih teruk klu TT yang bagi tau. Bagi aku kepercayaan  abg TT bagi tahu kisah sebenarnya menunjukkan dia memang tak sanggup lg menipu semua ahli keluarganya dan juga perlu seseorg dari familynya tau kewujudan 2nd wife dan anak2nya.

Mungkin kita sini mudah menyalahkan dengan apa yg abg TT telah buat. tapi dari apa yang aku baca 2nd wife abg TT nie asalnya non muslim kan berasal adri borneo or aku silap. Tapi aku rasa satu kebaikan abg TT dapat menarik 2nd wifenya masuk islam and terus kekal dengan islam dengan menjaganya dengan baik selama ini. Ini salah satu benda paling bagus dalam perkahwinan kedua abg TT nie. Mungkin ada cakap xpayah kesian2 hantar kat perkim bagai tapi benda tu berlainan klu ada org yg betul2 membimbingnya walaupun bkn selalu dapat jumpa pun.

Bagi aku situasi nie mudah jew tapi dek disebabkan didikan masyarakat bahawasnya begitew berdosa besarnya bila berkahwin 2, 3 or 4 sedangkan memang dalam Islam membenarkannya sekiranya seseorang itu mampu. Siapa kita untuk menidakkan benda yang memang dah dibenarkan di dalam Islam ini. Ada hikmahnya segala larangan dan suruhan Allah nie. Kita butakan mata kita dengan hikmah yang Allah berikan pada hambanya kerana kepentingan diri masing2. Benda yang senang ini pun jadi sukar disebabkan situasi ini.

Apa yang aku nampak sekarang abg TT memang seorang yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin. tidak salahnya beliau berbini 2. tapi yang menjadi masalahnya ialah abg TT merahsiakan perkahwinannya dari pengetahuan isteri pertma dan keluarga. tapi aku boleh paham sebab apa abg TT rahsiakan seperti yg aku cakapkan tadi situasi masyarakat skrg yg telah dididik dengan perkara ini. Abg TT pun dah try mahu berterus terang tapi jadi perang dunia ke 8 so baik beliau terus mendiam diri bagi menjaga hati semua pihak isteri pertama, mak ayah and family semua.

Bagi aku TT tak perlu bagi tahu family TT pasal abg TT. Biar abg TT sendiri yang bagi tahu. TT cuma perlu kasi nasihat and penyelamat sahaja nnt. Cuma aku kasihan dengan 2nd wifenya kat sini. tapi beliau dah maklumkan sbb kawin ngan laki org tanpa pengetahuan mmh jadi cam nie. Tapi apa2 pun Semoga urusan TT dan family dipermudahkan hendakNya, Amin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 12:20 PM | Show all posts
hyun posted on 16-10-2012 11:40 AM
Banyak gak nasihat2 sini yang bagus and banyak gak nasihat emo dari seorg wanita yg moyan pasal poli ...

Terima kasih sebab sudi reply kat thread ni, aku rasa komen kau yang paling dekat dengan situasi aku sekarang ni. Semuanya ada pro dan kontranya, aku menerima setiap cadangan, teguran, komen kat sini sebab semuanya ada kebenarannya. Semuanya hanya andaian apa yang bakal berlaku kelak, perkara dah terjadi maka ada 73 jalan yang perlu dipilih dan hanya 1 jalan saja terpaksa di pilih. Maka perlu lebih berhati-hati supaya semua dapat keadilan yang setara, walaupun ianya mustahil tapi ikhtiar tu penting dan aku berharap ianya berakhir dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 02:40 PM | Show all posts
Ko rahsiakan je tt sbb ko dah brjanji dgn abang ko, jgn buat org hilang kepercayaan pd kita walaupun abg ko masuk dlm kategori curang n mengkhianati kakak ipar n family ko. Biar dia yg bagitau sendiri. Ko tanyalah dia ada tak trpk nak berterus terang kat semua pehak? Sbb ini perkara besar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 02:51 PM | Show all posts
kermarin baru jer dgr ikim fm pasal poligami..

Kesimpulannya, perkahwinan kedua abang tt ni hanya meletakkan beban terhadap isteri kedua dia. dengan merahsiakan perkahwinan secara tidak langsung membelakangkan hak isteri kedua dia. Ntah ada surat nikah ka tidak? anak2 ada surat beranak ka tidak? kesianlah..ntahlah..

Perkim boleh jer urus..sy pun muallaf juga. Tapi dengan alasan Abang tt konon2 nak tolong mualaf ni seolah olah hanya dengan dia muallaf2 ni boleh kekal dengan agama ker? sebab tu sy ckp, tak payah lah buat alasan segala kononnya nak tolong..SKIL BASI.

Memalukan. Kalau cakap cinta, cakap jer cinta, sayang..abis cerita. Ini tak, Seolah olah hanya dengan perkahwinan sahaja untuk mengekalkan saudara baru ni dalam agama islam. JAdi kalau nanti bercerai kemudian hari, agama pun ditinggal juga ker? begitu?
Jangan cakap dengan kawen jer ko boleh kekal dalam islam..salah tu. Cinta dengan manusia ni tak kekal, cinta dengan Allah yang kekal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 02:54 PM | Show all posts
hyun posted on 16-10-2012 11:40 AM
Banyak gak nasihat2 sini yang bagus and banyak gak nasihat emo dari seorg wanita yg moyan pasal poli ...

Perkim boleh jer urus..sy pun muallaf juga. Tapi dengan alasan Abang tt konon2 nak tolong mualaf ni seolah olah hanya dengan dia muallaf2 ni boleh kekal dengan agama ker? sebab tu sy ckp, tak payah lah buat alasan segala kononnya nak tolong..SKIL BASI.

Memalukan. Kalau cakap cinta, cakap jer cinta, sayang..abis cerita. Ini tak, Seolah olah hanya dengan perkahwinan sahaja untuk mengekalkan saudara baru ni dalam agama islam. Patut pun masa saya revert dulu, saya kena tanya.."ni masuk islam ni sebab mo kawin ka"? rupanya ada mindset yang mcmni..JAdi kalau nanti bercerai kemudian hari, agama pun ditinggal juga ker? begitu?
Jangan cakap dengan kawen jer ko boleh kekal dalam islam..salah tu. Cinta dengan manusia ni tak kekal, cinta dengan Allah yang kekal.

Tapi dengan dia amik memperisterikan muallaf ni pun satu benda yang mulia juga lah..tak dinafikan. Cuma Abg tt ni secara tak langsung membelakangkan hak isteri kedua dia. Jangan bebankan isteri2 boleh?
Last edited by darkness on 16-10-2012 03:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 03:16 PM | Show all posts
spy^patrick posted on 15-10-2012 04:18 PM
abg tt tu dh mnyusahkan rmai org termasuk la forumer2 kt cni..
turut kena pkir cara slesai mslh nih ...

Soalan-
tt, spy nk tnye, abg tt tu mcm mna prangai dia, adakah seorg yg jenis lengkap solat?
atau seorg yg x lengkap solat 5 waktu...?
Terus terang aku tak berapa rapat dengan abang sulung aku mungkin disebabkan jarak usia, jadi tak berapa kenal sangat hati budi tapi perangai luaran tu adalah serba sedikit yang aku tau. Dia ni dulu aktif dengan persatuan politik (dirahsiakan) semasa bekerja, kemudian di sebabkan berhenti bekerja dia kurangkan berpolitik sebab dia banyak berurusan dengan orang kerajaan (takut di sabotaj mungkin?). Dulu dia memang yang berfikiran sempit sedikit, dia tak benarkan isteri tuanya bekerja dan anak-anak pun bersekolah kat tadika yang menjurus ke sekolah pondok dan sekarang ni 2 orang anaknya bersekolah pondok.

Kadang tu ada perselisihan pendapat dengan orang tua aku, maklumlah orang tua ni kan semangat politiknya tinggi sebab katanya terhutang budi dengan kerajaan, merdeka dan sebagainya tapi dia jenis mengalah jadi perselisihan tu sekejap saja. Ok tak mau melalut sebab tak ada kaitan, tapi aku nak sampaikan dia memang dia jenis jaga solat dan sebagainya di mata luaran. Hatta sekarang ni walaupun dia banyak berurusan dengan orang kerajaan, dia pegang jawatan penting juga politik dia sokong tu kat daerah aku. Jadi aku simpulkan dia jenis lengkap solat, tapi itu pandangan aku saja sebab aku tak pernah nampak kat mata aku sendiri. Dia kalau datang rumah aku tak pernah tidur sini maklumlah rumah dekat, tapi kalau dari asar sampai ke isyak memang nampak lah dia solat.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:15 PM | Show all posts
darkness posted on 16-10-2012 02:54 PM
Perkim boleh jer urus..sy pun muallaf juga. Tapi dengan alasan Abang tt konon2 nak tolong mualaf n ...

saya tau semua itu. tahniah anda seorang mualaf yg terus kekal dengan Islam. Bagi sy Islam yang dibuka dihidayah terhadapnNya lebih mulia daripada islam keturunan. Saya tak menafikan apa yang dikatakan tapi sedia maklum ramai yg rujuk keperkim tidak lama disana dugaan diluar mcm2. cuma bimbingan keluarga angkat atau sesorg individu yg rapat memudahkan urusan tersebut.

sy tetap berpendapat bahawa isu poligami ini bukannya membebankan tetapi didikan terdahulu mengatakan ianya membebankan. memang poligami ini melibatkan hati dan perasaan tetapi berbalik seperti yg puan/cik katakan cinta dengan manusia tidak kekal dan cinta kepada Allah sahaja selamanya. Ganjaran Allah disana yang kita kejarkan???

Dalam kes ini bagi saya abg TT tetap layak berpoligami kerana kemampuan beliau itu. Cuma menjadi salah ianya terus dirahsiakan daripada isteri pertama dan keluarga. Memang sgt kasihan kepada isteri kedua. bila raya suami terchenta tidak bersama dan hanya duduk dihotel berhampiran. Mungkin tiada keadilan disitu utk isteri kedua. Namun beliau sendiri tahu apa yg perlu beliau lalui semasa menerima abg TT sebagai suami dan menjadi isteri halimunan kepada keluarganya.

Nasihat sy kepada TT memang kena bincang dengan abg TT untuk bagi tahu kepada family perkara sebenarnya walaupun ribut bakal melanda. Tapi bkn TT yang perlu bagi tahu.

sekian my 2sen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:17 PM | Show all posts
dr.R posted on 16-10-2012 03:16 PM
Soalan-
Terus terang aku tak berapa rapat dengan abang sulung aku mungkin disebabkan jarak usia,  ...

hahahaha tahu sangat parti politik mana hehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.274143 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list