CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dr.R

Abang Aku Kahwin Rahsia. [Update Page 8]

[Copy link]
Post time 12-10-2012 05:02 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 04:55 PM
Isteri muda tu memang berkerjaya, rasanya engineer juga sebab abang aku pun engineer sebelum dapat ...

aku sgt emo dgn abang ko nie..
geramnyaaa...

baik aku SR ajek..nanti aku termaki2 abang ko nie..

aku mmg menyampah dan meluat spesies mcm abang ko nie..

agak2 kalau abang ko ada function apa2/jumpa client ke apa2 utk majlis2..dia bawak sapa ek?
aku agak bini muda dia lah.

pergi tanya abang ko..APESAL DIA KAWEN DUA? APESAL DIA SANGGUP BAGI MADU KAT KAKAK IPAR KO YANG BAIK TU?
Last edited by Hana on 12-10-2012 05:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 05:03 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 04:44 PM
Lepas tu kita pula yang stress memikirkannya, orang yang menanggung masalah tu elok saja macam tia ...

Lepas tu kita pula yang stress memikirkannya, orang yang menanggung masalah tu elok saja macam tiada berlaku dan terus berlakon dalam dunianya. Aku tak tau macam mana lah hidup dalam kepura-puraan dan sentiasa menipu, kita yang melihatnya pula yang terbeban dan takut-takut untuk memikirkan apa akan terjadi selanjutnya nanti kalau lakonannya terkantoi.

situasi macam ni akan terus kita hadapi...sebab kita ni hidup berkeluarga..hidup bermasyakat..
tak kita timbulkan masalah..orang lain pulak yang timbulkan masalah..

so, depends pada kita..
BANTU YANG MAMPU KITA BANTU..
yang tak mampu kita bantu..kita doa kan yang terbaik tuk dia..
kang terlebih bantu...silap-silap..kesalahan, kita yang kena tanggung..
kalau tak bantu pun, kita tak salah..kan..
sebab dalam hal macam abang tt ni, actually tak banyak pun yang tt boleh bantu..
sebab keadaan cukup mengekang..
lagipun, dalam hal ni....abang tt sendiri yang carik penyakit..

Adakah kita ni yang terlebih fikir? jadi perlukan kita abaikan saja masalah tu macam angin lalu? aku rasa aku bukan orang semacam tu yang menangani perkara seserius tu dengan remeh




kalau ikutkan..
soal ABANG tt...boleh tt abaikan aje..
tanggungjawab dia nak terangkan dan bersoal jawab ngan isteri dia..

tapi, bila bab dia berterus terang ngan orang tua tt...
ya...tt kena get ready..
ye la..in case pape berlaku..sebab orang tua tt pun tak sihat sangat..kan..
tapi..orang tua kena tahu yang diorang ada cucu dan menantu lain..
cuma macam mana orang tua tt menerima berita itu..
sama ada diorang mengurut dada atau terduduk...
masa ni, tt kena bantu..

Last edited by pasuoren on 12-10-2012 05:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:05 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 05:02 PM
aku sgt emo dgn abang ko nie..
geramnyaaa...

tu lah...
pasu pulak yang rasa penat............
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:08 PM | Show all posts
kan aku dah kata..
pompuan akan moyan kalau cite pasal poli  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:08 PM | Show all posts
pasuoren posted on 12-10-2012 04:54 PM
meh aku sambung..

masa salam tok kadi kali kedua..kan main senyum..

isteri kedua tu dah mula tuntut haknya lah.. masa hari raya..masa cuti..
BARU TAHU AGAKNYA..
sebelum kawen tak pikir.. semua takpe. semua takpe. semua tak penting.yang penting, KAWEN DGN ORANG TERCINTA AJEK.
pastu dah kawen..mula nak tuntut hak2 sama rata. mengada2.
kalau nak hak..PERGI KAWEN DGN ORANG BUJANGLAH. APESAL TERGEDIK2 DGN LAKI ORANG?

ko tu, pasu, jgn sesekali kawen dgn laki orang tau.
kalau jodoh jugak, ko takyah tegur2 aku. aku menyampah tau tak.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:11 PM | Show all posts
MeeSai posted on 12-10-2012 05:08 PM
kan aku dah kata..
pompuan akan moyan kalau cite pasal poli

kes tt ni, bukan masalah poli MeeSai..
tapi abang tt ni ha yang menyusahkan orang..

dah ber poligami tu..gentleman la sikit..
yang pi sorok-sorok..pastu cite ngan adik...apa hal pulak...

tapi, kat sini..pasu memang tak leh tahan emo.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 05:15 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 05:08 PM
isteri kedua tu dah mula tuntut haknya lah.. masa hari raya..masa cuti..
BARU TAHU AGAKNYA..
s ...
ko tu, pasu, jgn sesekali kawen dgn laki orang tau.

nasib baik pasu nekad tutup buku...
masalah macam ni lah yang pasu takmo....

kalau jodoh jugak, ko takyah tegur2 aku. aku menyampah tau tak.


geli lak hati aku ngan stetmen garang ko nih....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 05:19 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 05:02 PM
aku sgt emo dgn abang ko nie..
geramnyaaa...

Aku rasa mustahil abang aku dedahkan mengenai isteri muda dia, semua function besar-besar dalam negeri aku rasa dia bawa isteri tua dia. Tapi ada ke function-function dia pergi? entah lah rasanya dia pun low profile saja dan perniagaan dia bukan lah berjaya sampai untung puluh juta setahun dan sekadar perniagaan kecil-kecilan saja, bekalkan kraftangan dan sebagainya. Tapi hati aku kuat mengatakan isteri tua dia tak tau semua ni, aku boleh tengok kemesraan dia macam tak berkurang pun. Aku rasa abang aku memang berjaya menutup rahsianya sebaik mungkin, dia bukan ada kawan baik atau partner dalam perniagaan pun kecuali banyak berurusan dengan pegawai yang pasarkan produk dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 05:20 PM | Show all posts
dlm hal ni, bkn tanggungjawab TT bgtau kakak ipar dan keluarga..tu tanggung jawab abg u.. tanggung jawab u rasanya kalau terjadi ape2 kt abang u, dia nk u tlg tengok2 kan anak2 buah u yg berdua tu..mungkin itu maksud abg u..kalau dia adalah mualaf, sgt tak patut abang u buat isterinya mcm tu.. oleh sbb dia muallaf,mayb nasibnya tak terbela di sebelah keluarga kakak ipar rahsia u..

bertabah lah..at least kalau cerita ni terbongkar wpun bkn dari mulut TT, u tak kena heart attack time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:27 PM | Show all posts
uols jgn layan sgt hana tu..
bertukar pulak kang  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 05:31 PM | Show all posts
pasuoren posted on 12-10-2012 05:03 PM
situasi macam ni akan terus kita hadapi...sebab kita ni hidup berkeluarga..hidup bermasyakat.. ...

Bernas sungguh penghuraian dan idea ni, aku suka dan memang nasihat macam ni aku maukan untuk meningkatkan motivasi dan semangat aku. Sebab aku tau mesti aku akan di hentam sebab seakan cuba melindungi diri sendiri tapi hakikatnya bukan, aku tau macam mana orang menghentam aku di forum ni dan macam tu lah aku nanti dihentam nanti oleh kakak-kakak aku bertalu-talu. Aku pun masih samar-samar apa respone dari mak bapa aku, yang pasti mak aku memang sentiasa beremosi kalau melibatkan hal anak-anak ni dan bapa aku lebih terbuka sedikit tapi bila dia mudah dipengaruhi mak aku maklumlah kalau dah tengok mak aku emosi berlebih-lebih dia pun mula lah berang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 05:38 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 05:08 PM
isteri kedua tu dah mula tuntut haknya lah.. masa hari raya..masa cuti..
BARU TAHU AGAKNYA..
s ...

Boleh jadi betul juga pendapat yang ni dan boleh jadi tak, tapi dalam masa sama abang aku minta aku rahsiakan sampai bila-bila dan masa tu isteri muda dia pun mengangguk saja (tak tahulah kan kalau kat belakang cerita lain). Tapi kalau ikut pengetahuan aku lah, dalam sebulan adalah dalam seminggu abang aku akan outstation dan sekarang ni kita dah tau dia bersama ister mudanya. Aku tau sebab kalau abang aku outstation tu kononnya, isteri tua dan anak-anak akan bermalam kat rumah aku. Sepengetahuan aku, masa perjumpaan raya tu isteri mudanya tu menginap di hotel jadi bermakna dia tinggal jauh dari kampung aku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 05:46 PM | Show all posts
plasterhati posted on 12-10-2012 05:20 PM
dlm hal ni, bkn tanggungjawab TT bgtau kakak ipar dan keluarga..tu tanggung jawab abg u.. tanggung j ...

Aku menulis ni sebab boleh di jadikan rujukkan di kemudian hari, mana lah tau bila semua rahsia terdedah dan aku di hentam kiri kanan sampai tak boleh nak pertahankan diri maka aku akan print screen thread ni. Biar diorang tau yang aku pernah bangkitkan hal ni sebelum ni, sebab aku risau sangat kalau aku yang di persalahkan atas kesalah orang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:47 PM | Show all posts
aku menci abg ko...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:53 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 05:46 PM
Aku menulis ni sebab boleh di jadikan rujukkan di kemudian hari, mana lah tau bila semua rahsia te ...

molek jgk tu..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 06:23 PM | Show all posts
kalo aku jadi abg ko ... aku pun mungkin ambil tindakan yg serupa jika dalam situasi ini ...

dia dah cuba untuk berterus-terang tapi ko sendiri tau family ko takleh terima ... terutama mak ko yg sakit jantung tuh ... so, the only way is to wrap up everything under the blanket ...

tujuan dia cakap kat ko sorang ialah spya ko jadi saksi tentang waris keturunan dia jika terjadi sesuatu kepada dia ... itu sahaja ... so, ko tkyah la nak berdrama pening kepala bagai ... ko simpan jer rahsia tuh ... hopefully ko tak perlu buka rahsia tuh ... doakan abang ko selamat dan panjang umur ...

aku lagi kesian kepada kakak ipar ko yg no.2 tuh dan anak2 die ... terpaksa jadi isteri dalam sembunyi ... tak dapat nak beraya dengan keluarga mentua mcm org lain ... yang anak2 tuh mesti mengidam nak salam dengan atuk dan nenek ...   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 06:27 PM | Show all posts
aku sebak baca ape ko tulis ni..tapi sekurang2nya dia amik 2nd wife secara sah..n tak buntingkan anak dara org sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 06:31 PM | Show all posts
biasa mmg bab poligami ni berlegar2 antara saudara2 lelaki sahaja sbb laki pandai simpan rahsia..perkara ini pernah terjadi di kalangan saudara sy sendiri..mmg saudara2 lelaki yg tahu akan simpan rahsia selama yg boleh..ya, bak cerita TT, smpai anak 2nd wife dia ni da masuk ke-3 pun belum pecah lg..time anak sulung 2nd wife tu da skolah baru terbongkar semua..sy x pasti apa yg berlaku ms dah rahsia pecah tu..tp apa yg saya lihat secara kasar skrg, 1st wife boleh terima seadanya berdasarkan hubungan mereka suami isteri masih sama spt dulu (pergi umrah sama2 1 keluarga dan menjemput saudara2 utk meraikan mereka setelah pulang)..dan mungkin sbb anak2 1st wife da besar2..so da mls kot nk huru hara kan keadaan..n mb wife dia redha..ya, suami itu seorang businessman (senang bg alasan outstation etc)..
berdasarkan pengalaman yg sedikit ni, nasihat sy, TT simpan sajalah cerita ni baik2..biar abg TT yg setelkan..sy pn berpendapat abg TT nk luahkan sbb dia sendiri da x tahan simpan rahsia..at least kalau jd ada apa2, TT ada sbg penyimpan mohor2 ni..lebih baik TT x masuk campur hal rumahtangga diorang dan sy sarankan jgnla cerita kt kakak2 mu itu..once diorang tahu (drpd abg TT), biarlah diorang nk marah TT sbb bersekongkol..tp lama2 diorang akan paham sbb itulah yg sebaik2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 07:25 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 04:43 PM
kakak ipar ko tu tak keje kan?
tugas dia jaga anak2 & umahtangga kan?
patutnya jadi housewife,  ...
LOGICALLY LAH..
tapi, yang sebaliknya berlaku..PEREMPUAN MANA TAK MEROYAN WEYYY...
KALAU AKU? AKU DAH PARANG PARANGKAN LAKI AKU TU TAUU..DAH LE TAK BAGI KEJE..LAGI NAK BAGI MADU.
khennn...

seriusnya pompuan bkerja nie sedikit sebanyak leh de stress dgn kerja dia..kalo yg tak bekerja mcm mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 07:40 PM | Show all posts
encik TT, rasanya abang TT tu dah mula nak kenalkan isteri kedua dia kepada keluarga... tapi.. dia buat step by step.. dan dia mulakan dengan memberitahu TT dulu. Dia suruh rahsiakan mungkin sebab dia tanak perancangannya terganggu sebelum sempat dia buat persediaan. Kalau dia sungguh2 nak rahsiakan, dia takkan bagitau TT sama sekali. so mungkin dia dah ada plan dia sendiri. bagi aku, akan sampai satu masanya jugak nanti di mana dia kena jugak bagitau keluarga yang lain. Kita kena ingat, isteri kedua dia pun wanita biasa, nak2 lagi katanya bekerjaya kan? so maksudnya educated la jugak. Somehow nanti dia akan realize jugak keperluan, dan hak hidup berkeluarga. Anak2 dia kena tau jugak siapa keturunannya, siapa datuk neneknya dan siapa pakcik makciknya... yg paling penting, kena tau dan kenal bahawa anak2 dari isteri kedua ni ada adik beradik kandung yang lain jugak dari isteri pertama....

Atau mungkin jugak mcm porumer lain cakap, yang abg tt bagitau tt sebab nak tt buat something in case dia dah meninggal nanti.

tapi, untuk lebih clear, supaya TT tak sakit2 kepala pikirkan adakah tt subahat ke apa ke, ada baiknya TT tanya sendiri dengan abang, kenapa abang bagitau kat TT? kenapa pilih TT? apa tujuan bagitau tu? Dan tanyakan apa perancangan dia selepas ni. Adakah dia ada niat untuk memberitahu keluarga yang lain atau mcm mana...

kalau abang berkeras takkan bagitau keluarga yang lain sampai mati, so time tu TT cubalah nasihatkan sebaiknya. Especially bab harta pusaka, dan hubungan adik beradik kandung antara anak2 dia dgn isteri pertama dan kedua, dsbnya lah. suruh, dan bagi masa pd abang untuk buat plan dia sendiri untuk setelkan benda ni ikut kemampuannya yang terbaik....

dan make sure jugak tt clear cut dengan abang yang tt tak mahu dianggap bersubahat in case nanti benda ni terbongkar dengan cara yang tak sepatutnya. bagitau terang2 yang tt tak mahu terlibat dengan masalah dia. So dia kena fikirkan apa kesan perbuatan dia ni pada orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.137286 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list