CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3863|Reply: 2

A Date with Jung Il-Woo” Senyuman dan Rahsia Kecantikan Jung Il-Woo

[Copy link]
Post time 12-10-2012 01:15 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur, 23 September 2012 –  Pusat membeli belah Berjaya Time Square, Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh lautan warna ungu. Rata-rata mereka yang hadir sedari pagi sebenarnya sedang menantikan kemunculan seorang jejaka tampan yang diterbangkan khas oleh Holika Holika, sebuah jenama produk kecantikan terkenal dari Korea yang baru saja membuka rangkaian butik kecantikannya di Kuala Lumpur.

Buat julung kalinya Jung Il-Woo telah menjejakkan kaki ke Malaysia sebagai duta Holika Holika, sekaligus mempromosikan jenama tersebut dan memenuhi undangan sesi bertemu bersama peminat. Dianggarkan seramai 3,300 peminat telah hadir, suatu angka yang di luar jangkaan oleh pihak penganjur. Peminat bukan saja datang daripada Malaysia tetapi juga Indonesia, Thailand, Taiwan, Jepun dan Dubai telah memenuhi pusat membeli belah Berjaya Time Square serta di lapangan terbang antarabangsa KLIA ketika ketibaan Jung Il Woo pada 22 September 2012 yang lalu.


Senyumandan lambaian Jung Il-Woo ketika tiba di lapangan terbang pada 22September 2012 lalu

Hello saya Jung Il-Woo, Terima kasih kerana sudi datang pada hari ini. Saya sangat rindu kamu. SAYACINTA PADAMU. Ini adalah pertama kali saya datang ke Malaysia, saya sangat teruja dan gembira dengan sambutan peminat. Saya amat berterima kasih kepada mereka. Terima kasih sekali lagi kerana sudi hadir hari ini”,

Senyuman manis yg sentiasa terukir dibibir, Jung Il-Woo berjaya membuat peminat wanitanya menjerit histeria.

Jung Il-Woo mula dikenali ramai melalui watak Putera Yang Myung di dalam The Moon That Embraces The Sun (해를품은달), sebuah drama siri yang telah diangkat sebagai 'Korea national drama' kerana telah berjaya menjadi fenomena dengan rating mencecah lebih dari  40%. Sekaligus berjaya menobatkan Jung Il-Woo sebagai penerima “Asia Actor of the Year”  di festival filem Beijing baru-baru ini. Seterusnyamemecahkan tradisi sebagai penerima artis pertama bukan Cina yang membawa pulang anugerah tersebut.

Kedatangan Jung Il-Woo ke Malaysia adalah untuk promosi dan merasmikanpembukaan butik Holika Holika pertama di pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur, Berjaya Time Square.

Di dalam sesi temubualnya beliau di tanya apa rahsia dan bagaimana beliau menjaga kulitnya. Memandangkan beliau sentiasa memakai make-up untuk penggambaraan atau sesi photoshoot.

“Saya sangat berbangga dapat menjadi duta Holika Holika dandatang ke Malaysia untuk mempromosikan produk ini di sini. Saya juga adalahpeminat Holika Holika dan selalu menggunakan produk Holika Holika di dalampenjagaan kulit saya. Paling penting adalah untuk sentiasa membersihkan wajahselepas mengenakan make-up dan selebihnya RAHSIA”

tersenyum rahsia dan beliau cubauntuk menyembunyikan ‘rahsia kecantikan’ tersebut. Walaubagaimanapun Jung Il-Woo memang sudah lama dikenali sebagai ‘Smooth Man’  kerana mempunyai kecantikan dan kemulusan kulit yang juga di cemburui oleh pelakon-pelakon wanita cantik korea.

Kerana itu selayaknya beliau telah dilantik sebagai duta untuk Holika Holika bersama dengan kumpulan idol wanita terkenal “Sistar”.  Di dalam filem komersial (CF) Holika Holika, Jung Il-Woo telah digandingkan dengan Sistar dan menyebabkan uncle fan  Sistar cemburu. Ditanya siapakah antara ahli Sistar yang paling cantik ini jawapannya:

“Saya adalah peminat Sistar, saya suka “So Cool” dan “Alone”.Semua ahli Sistar adalah sangat cantik, susah untuk memilih, saya suka semua”,

jawapan selamat tetapi tidakdinafikan bahawa ahli kumpulan idol Sistar sememangnya cantik, sexy dan memiliki karisma masing-masing sebagai duta bersama Holika Holika.

Ramai peminat mengetahui bahawa Jung Il-Woo pernah menyanyikan lagu untuk runut bunyi (OST) drama 49 Days (49일) yang mana dia berlakon sebagai Scheduler/Song Yi-Soo dan juga Flower Boys Ramyun Shop (꽃미남 라면가게)  drama. Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan album sendiri?

“Menyanyi adalah antara kerjaya yang saya suka, tetapicukuplah sekadar hanya untuk runut bunyi OST drama sahaja. Buat masa sekarangsaya tidak ada niat untuk mengeluarkan album sendiri”

Jung Il-Woo juga meyakinkan peminatnya bahawa mereka akan menyaksikan dirinya kembali ke layar skrin untuk drama terbaru yang akan bakal ditayangkan pada tahun 2013. Pastinya ramai peminat teruja dan gembira dengan khabar berita ini. Yang rata-rata amat merindui Jung Il-Woo dilayar skrin selepas berakhirnya The Moon That Embraces The Sun  pada March 2012 yang lalu. Semoga karier beliau akan terus berjaya dan berkembang lagi.

Majlis di teruskan dengan sesi "high five", bergambar dan "autograph" bersama pemenang bertuah Holika Holika. Sepanjang sesi bersama peminat Jung Il-Woo tidak berhenti tersenyum terhadap setiap panggilan dan jeritan peminat yang memanggilnya dengan watak-watak yang pernah di lakonkan seperti Yang Myung Gun (Putera Yang Myung,The Moon That Embraces The Sun), Cha Chi-Soo(Flower Boys Ramyun Shop), Scheduler/Song Yi Soo (49Days). Sebagai balasnya Jung Il-Woo secara spontan memperlihatkan tarian horsedance dari "Gangnam Style" dan ini telah membuatkan peminat bersorak dan menjerit kegembiraan. Kecomelan Jung Il-Woo tidak berhenti di situ sahaja, beliau sempat di lihat oleh beberapa peminat turut menyayi bersama lagu-lagu yang di mainkan seperti Lovey Dovey  dari T-ARA. Namun yang menyentuh hati peminat ialah apabila beliau tidak keberatan langsung untuk menulis setiap nama di atas poster yang di tandatanginya. Beliau akan bertanya sendiri dan mengeja setiap satunya. Ianya membuatkan peminat bertambah sayang dengan keikhlasan dan kebaikan layanan Jung Il-Woo terhadap mereka.

Sebelum bersurai peminat telah menyediakan kejutan untuk Jung Il-Woo dengan menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam tiga bahasa Korea, English dan Melayu untuk hari lahirnya yang jatuh pada 9hb September lalu. Dengan rasa terharu beliau tidak putus-putus menunjukkan tanda terima kasih dan tunduk kepada peminat-peminatnya.

“Saya amat gembira hariini. SAYA CINTA PADAMU”

Kami juga cinta kamu dan semoga Jung Il-Woo akan kembali lagi ke Malaysia. Lakonan anda sememangnya telah berjaya memukau dan meruntun hati kami semua. Semoga Jung Il-Woo akan terus berjaya dan semoga kita berjumpa lagi. Selesai sesi bersama peminat, Jung Il-Woo dan pihak penganjur telah bergegas ke tingkat dua untuk merasmikan butik Holika Holika tersebut.

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur Holika Holika kerana telah memberi peluang kepada CARI Malaysia untuk mengenali Mr. Smooth Jung Il-Woo dan mengenali produk Holika Holika yang sememangnya terkenal di Korea. Kepada mereka di luar sana, jangan lupa untuk singgah sebentar di tingkat dua, Berjaya Time Square atau anda boleh saja melayari facebook rasmi mereka untuk mendapatkan dan mencuba sendiri produk Holika Holika. Penulis sendiri telah mencuba “Jung Il-Woo limited edition travel special kit” dan amat berpuas hati. Produk tersebut sangat sesuai digunakan oleh rakyat Asia seperti Malaysia yangmempunyai cuaca yang agak panas dan lembab.  Kepada yang belum mencuba, sila dapatkan kit anda sebelum stok habis terjual.


“Jung Il-Woo limitededition travel special kit” yang harus dimiliki


Artikel oleh : sara
Editor oleh : isabel
Gambar oleh : Holika Holika dan CARI Malaysia


Last edited by isabel on 12-10-2012 01:15 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2012 01:17 PM | Show all posts
photo disediakan oleh Holika Holika :


tanda terima kasih tidak terhingga Jung Il Woo kepada peminatnya


Jung Il-Woo menulis setiap nama peminat diatas poster


berlatarbelakangkan fans
Last edited by isabel on 15-10-2012 12:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 03:41 PM | Show all posts
He looks charming!! how lucky u r!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.075777 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list