CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: takeshi_anwar

Penanggal - Ellie Suriati

[Copy link]
Post time 16-11-2013 09:11 AM | Show all posts
ARKIB : 15/11/2013

Penanggal filem kerjasama pertama Astro-Grand Brilliance

SUMBER



SEBAHAGIAN pelakon filem Penanggal yang hadir pada majlis pratonton filem terbitan bersama Astro dan Grand Brilliance itu, di Petaling Jaya semalam. - UTUSAN
PETALING JAYA 17 Nov. - Stesen penyiaran swasta Astro dan Media Prima Berhad buat pertama kalinya bergabung menerbitkan filem berjudul Penanggal yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai 28 November ini.

Penanggal yang diterbitkan dengan kerjasama syarikat produksi Astro Shaw di bawah Astro dan Grand Brilliance iaitu anak syarikat Media Prima diarahkan oleh Ellie Suriati Omar yang mana ia merupakan filem pertama arahan pengarah terbabit.

Menurut Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alauddin, kerjasama dalam penerbitan filem genre seram itu diharap bukan sahaja dapat menguntungkan kedua belah pihak tetapi juga menggalakkan lebih banyak kerjasama pada masa depan.

"Sebelum ini Astro pernah berbincang dengan bekas Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah tentang kerjasama seperti ini tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana dia telah bersara sehinggalah saya menggantikan tempatnya.

"Sungguhpun Astro dan Media Prima Berhad pesaing satu sama lain tetapi itu tidak menghalang kami bekerjasama demi kebaikan kedua belah pihak," katanya selepas pratonton filem Penanggal semalam. - UTUSAN ONLINE.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131115/hi_04/iPenanggali-filem-kerjasama-pertama-Astro-Grand-Brilliance#ixzz2klZQKzpv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 09:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer mat saleh pun teaser baguih tapi cerita hampes. Cerita melayu? Hmmm lebey baik aku tunggu 50 shades of grey...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 07:07 PM | Show all posts
tgok di tv mcm best jee
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:10 PM | Show all posts
Ikut Pesanan Ibu, Elak Diganggu Makhluk Halus

November 18, 2013


Jika sebelum ini dikhabarkan pelakon filem Highland Tower telah dirasuk semasa menjalani penggambaran, syukur perkara sebegitu tidak berlaku kepada aktres jelita, Fasha Sandha.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, sepanjang menjalani penggambaran filem terbarunya, Penanggal, dia langsung tidak berdepan dengan pelbagai kejadian misteri.

Fasha juga mengikut pesanan ibunya supaya sentiasa meminta izin sebelum melakukan apa-apa perkara terutamanya jika melibatkan aksi lakonan di dalam hutan.

“Saya hanya mengikut pesanan ibu yang selalu mengingatkan saya untuk meminta izin dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara.

“Sebelum saya memulakan penggambaran, saya minta izin terlebih dahulu dengan berkata, saya minta maaf dan minta izin, saya sedang bekerja, mohon jangan ganggu saya,” katanya memetik laporan portal Gua.

Ibu kepada Putra Rayfal Ramli ini juga mengatakan dia tidak akan membuang sampah merata-rata dan akan sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat asing.

Penanggal merupakan filem arahan pelakon berbakat besar, Ellie Suriaty yang turut dibintangi oleh Zul Ariffin dan Ummi Nazeera.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November ini.

Oleh: AUDREY LEE
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:35 PM | Show all posts
Penanggal vs Paku ? sape menang? trailer PAKU aku tgk not bad...wpon tahyul hamatzz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2013 12:58 PM | Show all posts
aku ni bukan peminat cerita seram..
but this movie looks interesting...
and YES! this film will added to my movie list~!
can't wait for it!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 03:18 PM | Show all posts
citer ni start hari ni kan??? saper da tgk??? best x???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 10:12 AM | Show all posts
tak de sape yg da tgk ke cite ni
huhuhuhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 02:44 PM | Show all posts
Bosan la citer ni..huhu plot citer tak kemas..kadang2 macam tak paham...Memang betul la ellie kata citer ni tak seram,cuma ade skali ja la ambe tepanjat....huhu...kalau la dia perkemaskan sikit jalan citer,skrip mantap,mungkin ok lagi la citer ni..ni pendapat ambe la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 03:40 PM | Show all posts
best ke idok cter ni???
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 04:25 PM | Show all posts
tunggu astro first je laa mcm ni
huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 05:52 PM | Show all posts
komen lelain yang dah pegi takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:04 PM | Show all posts
tak best pun... tp kadang2 kagum gak la dengan 1-2 shot dia...
tp most shot nampak amatur gak la... nak2 masa shot bersilat.. dh mcm shot 80's aku rasa
ada skali yang terperanjat masa fasha kat telaga tu... dah la citer tergantung apa yg trjadi kat fasha pastu..
kdg2 pikir balik apa kejadah watak ni dipertemukan.... watak fasha tu mcm tak bagi kesan kat filem pun...

aku bagi untuk overall - 1.5 bintang sudeh...

normah damanhuri dan ummi ada chance tercalon pelakon terbaik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:31 PM | Show all posts
spt biasa film melayu..harapkan trailer je gempak..sedih aku tgk tadi..
tggu PAKU plak..katamya scarier than Conjuring..katanyer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2013 01:17 AM | Show all posts
aku rasa lagu tema dia best

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 12:18 AM | Show all posts
ai dah tengok cerita ni, so-so jer,

pelakon okay, komen ai, masa scene bertunang tu rasanya
ramai so called arabs yang muka melayu.. haha, casting
main sauk je kot..

kelakar jugak la watak syed & syarifah berdialog.. huruf 'p'
sebut 'f', contoh 'tafi dia tak dafat mengalahkan feromfak-
feromfak itu'
ekekeke..

and berseni sangat, banyak metafora, and ada scene yang
terabur, contoh masa malam yang umar & sy zaharah datang
kampung tu, mula-mula dia makan ayam, pastu dia serang
anak penghulu, lepas tu nampak dia dah terendam kepala
dalam tempayan, lepas tu dia serang pulak si sy zaharah,
adoi..

credit to ummi nazeera, lakonan dia memang menjadi sangat.
jalan cerita tu dah ada, mungkin perkembangan and continuity
tu boleh dikemaskan lagi supaya cerita ni lebih meyakinkan.

overall bagi 1.75/5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:24 AM | Show all posts
ai terlepas opening scene, ai start tengok part mak ajeng mati tu,
masa dia suruh murni amik belaan dia tu.. kalau ada yang tengok
part mula-mula tu update la kat sini yer.. ai tak sanggup nak tengok
lagi laa.. huhu

muchas gracias
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:32 AM | Show all posts
watak murni memang dinamik, and memang ummi nazeera
bawak dengan berkesan (pada ai lah) sebab murni ni macam
nak dapat hidayah (masa dengar ayat qur'an dari arah
kampung) tapi belaan dia tak boleh dengar, terus dia lari
guling-guling dalam hutan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 12:41 AM | Show all posts
lampor posted on 29-11-2013 11:04 PM
tak best pun... tp kadang2 kagum gak la dengan 1-2 shot dia...
tp most shot nampak amatur gak la... ...

haah diorang bersilat macam hafal step, tak natural langsung.. hihi

cik 'P' pun tak nampak real sangat.. nampak sangat prop..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.097419 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list