CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: hantukiller

Daftar Perawat Islam

[Copy link]
Post time 2-11-2012 05:06 PM | Show all posts
DumBell posted on 2-11-2012 04:54 PM
betul juga pendapat bg tu,
dan welkambak to mps...


Thanks bro...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 09:29 PM | Show all posts
Kalau dah berdaftar , sudah tentu kena ada nominal fee
sebab bayaran permit merawat ....

Kalau dah dirawat pesakitnya ... keluarkan invoice ... kalau pesakit tak bayar boleh saman di mahkamah dan tindakan selanjutnya , pesakit boleh di isytiharkan muflis ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 10:58 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 2-11-2012 09:29 PM
Kalau dah berdaftar , sudah tentu kena ada nominal fee
sebab bayaran permit merawat ....

bermakna,kalau sakit pesakit itu xelok dan merasa teraniaya(disbbkn harga bayaran yg sering dibayar jika bertemu perawat itu),pesakit pun boleh menyaman perawat itu dimahkamah la..
kalau mcm tu ramai la pura-pura sakit utk mencari untung diatas kesusahan org lain...zaman skrg ni memacam boleh jd,
mungkin teknik yg pakai rotan tu yg memula jd mangsa...

bagus juga idea dan pendapat r'cess ni....

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 01:02 PM | Show all posts
Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 yang bertemakan Ke Arah Memartabatkan dan Melestarikan Pengubatan Islam Sepanjang Hayat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 1 dan 2 Disember 2012 anjuran bersama Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’, Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berdasarkan kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan telah bersetuju untuk mengeluarkan resolusi-resolusi berikut:

RESOLUSI

1. Ruqyah Syar’iyyah daripada Al-Quran dan As-Sunnah memiliki kehebatan tersendiri yang tiada tandingan dari segi keberkesanannya dengan syarat perawat memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ambilan yang sah dan tahu membezakan antara yang haq dan yang batil.

2. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang betul, keikhlasan yang jitu, berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit, beretika apabila merawat pesakit berlainan gender, pengurusan masa yang berkualiti, pemeriksaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu’ dan kasihan belas kepada pesakit.

3. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah beriktikad bahawa kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya daripada kemampuan pengamal. Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah usaha dan ikhtiar.

4. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan pengubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil yang biasa diamalkan dalam perbomohan yang terpesong daripada Syariat Islam seperti penggunaan ‘khidmat syaitan’, tangkal azimat, jampi serapah yang tidak Syar’ie, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram  seperti darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan dan rajah-rajah pelindung sihir.

5. Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk dalam pengubatan Islam berdasarkan isyarat hadith Nabi SAW yang menggesa berubat dengan menggunakan madu dan berbekam.

6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.

7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dengan kaedah yang salah.

8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunjukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.

9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar daripada tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihir khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seolah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku.

10. Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat Al-Quran yang kononnya adalah ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khadam ghaib iaitu jin dan syaitan.

11. Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat yang sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti jarum dan rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin (merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).

12.  Perkara luarbiasa yang menakjubkan dalam rawatan yang berlaku secara berulang-ulang dan boleh diprogramkan daripada awal oleh perawat malah dia pula berbangga kerana perkara luarbiasa itu dianggap sebagai keistimewaan kepadanya maka ia bukannya Karamah atau Maunah tetapi adalah Istidraj atau Sihir. Karamah seseorang perawat dalam bidang pengubatan adalah kurniaan daripada Allah dan ianya berlaku secara mendadak serta tidak boleh diprogramkan (tidak tahu bila akan berlaku dan bagaimana akan berlaku).

13. Kaedah merawat pesakit mangsa sihir dengan menggunakan amalan sihir atau dipanggil dengan istilah An-Nushrah adalah haram hukumnya disisi Jumhur Ulama’. Justeru rawatan terhadap pesakit dengan menggunakan kaedah yang salah hendaklah dihentikan serta-merta. Pengamal pengubatan Islam hendaklah berlapang dada dan menerima pandangan yang betul demi memurnikan pengubatan Islam.

14. Ilmu kebal, ilmu boleh makan kaca, ilmu boleh menghilang ghaib, ilmu boleh terbang, ilmu boleh melihat walaupun mata tertutup, ilmu boleh menilik masa depan seseorang, ilmu boleh menuntut hutang dengan cara yang halus dan ilmu boleh berubah menjadi makhluk yang lain adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

15. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memperkasakan ilmu ini dengan merujuk kepada kitab-kitab pengubatan Islam yang muktabar yang dikarang oleh ulama-ulama yang muktabar, menterjemah kitab-kitab tersebut kepada bahasa Melayu, melakukan penyelidikan dan pengembangan (R&D) terutamanya bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, menulis buku ilmiah tentang pengubatan Islam dan berdakwah kepada masyarakat melalui pengubatan Islam.

16. Penagih dadah boleh dirawat melalui pengubatan Islam dengan menggunakan kaedah Takholli (menghilangkan keserabutan di fikiran penagih), kaedah Tahalli (pengisian dengan aktiviti menyihatkan seperti riadah, makanan dan minuman yang halal, solat fardhu dan sunat, pengajian ilmu fardhu ain, membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar dan bersolawat serta qiyamullail) dan kaedah Tajalli (mengekalkan ketenangan fikiran dan rasa kebesaran Allah dalam jiwa bekas penagih).

17. Islam tidak memisahkan herba daripada ilmu pengubatan Islam sekiranya herba tersebut terbukti memiliki khasiat yang boleh memberi manfaat kepada manusia samada melalui pembuktian saintifik atau pengalaman turun-temurun sebelum ini dengan syarat ianya halal dan selamat digunakan serta beriktikad bahawa Allah yang menyembuhkannya.

18. Mengharmonikan pengubatan tradisional Melayu dan pengubatan Islam supaya ia menjadi warisan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

19. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan hendaklah membuka ruang seluas-luasnya kepada Pengubatan Islam untuk mengadakan program Rawatan Islam di universiti dan kolej dan menyediakan pengubatan Islam di semua hospital kerajaan dan swasta kepada pesakit beragama Islam.

20. Perlunya ada sebuah badan yang mengawal disiplin dan etika perawat untuk meningkatkan mutu pengubatan Islam.

21. Seluruh persatuan pengubatan Islam di Malaysia hendaklah bernaung di bawah GAPPIMA untuk memartabatkan dan melestarikan pengubatan Islam sepanjang hayat.

22. Penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan yang telah mengiktiraf pengubatan Islam dengan wujudnya Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari yang telah memasukkan rawatan Islam sebahagian daripadanya pada tahun 2012.

Resolusi ini disediakan Oleh: Mohd Fauzi Mustaffa, Presiden GAPPIMA pada 2-Disember-2012

Adakah anda semua setuju dengan resolusi? Quote kenyataan di atas samada no 1 atau 15 atau 20 dan diberi ulasan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 02:45 PM | Show all posts
te_peng posted on 15-12-2012 01:02 PM
Adakah anda semua setuju dengan resolusi? Quote kenyataan di atas samada no 1 atau 15 atau 20 dan  ...
10. Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat Al-Quran yang kononnya adalah ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khadam ghaib iaitu jin dan syaitan.
maknanya takleh buat scanning ke? bukan majoriti perawat islam akan scan kat badan pesakit atau tempat/rumah pesakit untuk tau apa yg jadi kat situ?

Menilik ayat al-quran yang sesuai? Macam yang bapa mentua asyraf buat tu ke? dia leh tau ayat mana nak baca..next time datang leh bagi ayat lain lak..macam tunjuk dalam astro tu..ada sesiapa tau macam mana pak mentua asyraf tau ayat mana yg sesuai?

Sebenarnya, semua perawat kena declare mana diorang tau ayat mana yg sesuai semasa melakukan rawatan...katakan kalau rujuk/guna kitab oleh para ulama dahulu, adakah ulama dahulu tau khasiat ayat tu terus melalui kisah riwayat nabi atau berdasarkan kaedah cuba jaya yang mereka buat sendiri???
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 03:02 PM | Show all posts
maknanya takleh buat scanning ke? bukan majoriti perawat islam akan scan kat badan pesakit atau tempat/rumah pesakit untuk tau apa yg jadi kat situ?

Menilik ayat al-quran yang sesuai? Macam yang bapa mentua asyraf buat tu ke? dia leh tau ayat mana nak baca..next time datang leh bagi ayat lain lak..macam tunjuk dalam astro tu..ada sesiapa tau macam mana pak mentua asyraf tau ayat mana yg sesuai?
Setuju dan ramai lagi sependapat sama. Kene bentang dan cek semua dulu baru bagi keputusan. Kene muzakarah tanya orang yang dituduh.... tapi gitulah nak luah mati aweks nak telan merana kebanyakkan bomoh berstatus perawat Islam egonya tinggi. Bila mrk kata syirik.... syirik pas sudahlaah.

Apa takrif tilik sebenarnya? Bagaimana kalau mohon isyarat hati beri petunjuk? Jadi banyak persoalan. Naik atas pentas trus ban syirik, bedah batin sihir haram fuyooo.... Ketuk kayu nona je kaedah efektif keluarkan jin.

Tapi hari tu Hj Lokman dan Asyraf Muslim pun mai... mereka gentelmen tak melenting relax je dengar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2012 08:49 PM | Show all posts
te_peng posted on 15-12-2012 03:02 PM
Setuju dan ramai lagi sependapat sama. Kene bentang dan cek semua dulu baru bagi keputusan. Kene mu ...
Tapi hari tu Hj Lokman dan Asyraf Muslim pun mai... mereka gentelmen tak melenting relax je dengar.
mereka faham hati manusia kebanyakannya ada byk ego.. "aku je betul, korang lain semua salah..hua hua hua"...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:53 PM | Show all posts
elok depa buat bengkel di setiap negeri dan jemput semua yang merawat untuk sama2 bagi pendapat..kalau depa dah set the rules dan kemudian nak semua orang ikut cakap dia, susah le...kalau tak melibatkan undang2 takpe gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 11:29 AM | Show all posts
nice input te_peng...tp mesti ramai perawat2 islam tersohor tak setujunye..

yg setuju hanya anak didik darul syifa je laa kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 12:09 PM | Show all posts
te_peng posted on 15-12-2012 01:02 PM
Adakah anda semua setuju dengan resolusi? Quote kenyataan di atas samada no 1 atau 15 atau 20 dan  ...

AKU SETUJULAH APAPUN RESOLUSI TU SEMUA, SEBAB AKU TAK TERMASUK DALAM TU... HEHEHE


SEBAB AKU TAK LAYAK.....



PERMOHONAN AKU DITOLAK SECARA LEMBUT DAN MINTA AKU BERDAFTAR DENGAN DARULSYIFA DULU...


SO AKU RASA AKU NAK RESIGNLAH......, NAK JADI NELAYAN LAH PULAK... HEHEHE
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:38 PM | Show all posts

RE: Daftar Perawat Islam

te_peng posted on 15-12-2012 03:02 PM
Setuju dan ramai lagi sependapat sama. Kene bentang dan cek semua dulu baru bagi keputusan. Kene mu Tapi hari tu Hj Lokman dan Asyraf Muslim pun mai... mereka gentelmen tak melenting relax je dengar....




asyraf muslim terpaksa be a gentlemen la bro sbb dlm GAPPIMA dia juruaudit cum Biro Perhubungan Awam
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 08:07 PM | Show all posts
safamm posted on 17-12-2012 12:38 PM
asyraf muslim terpaksa be a gentlemen la bro sbb dlm GAPPIMA dia juruaudit cum Biro Perhubun ...

abe serap kena ubah gaya pengubatan lah yaa?? huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 08:08 PM | Show all posts
hantukiller posted on 17-12-2012 12:09 PM
AKU SETUJULAH APAPUN RESOLUSI TU SEMUA, SEBAB AKU TAK TERMASUK DALAM TU... HEHEHE

wak kena buat rawatan kat laut antarabangsa...tiada undang2 akan dapat dikenakan ke atas wak..huhu..kalau wak tambak laut buat pulau, jgn lupa ajak kami snorkeling ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:11 PM | Show all posts
abas8888 posted on 17-12-2012 08:07 PM
abe serap kena ubah gaya pengubatan lah yaa?? huhu..

Satu hal cara Syifa Hidayah nih perawat dia suka bgtau berapa jin ada... Dalam tubuh makcik ada 7 jin. Pada sayalah lebih baik tak bagitau cukup kata ada gangguan begitu jer senang cite. Dan geng darul memang dok belage angin dengan cara sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:18 PM | Show all posts
safamm posted on 17-12-2012 12:38 PM
asyraf muslim terpaksa be a gentlemen la bro sbb dlm GAPPIMA dia juruaudit cum Biro Perhubun ...

Oh begitu, tapi dah semacam perhimpunan darus syifa jer dan meng-idelogikan Gapima dan perubatan alternatif di kalangan melayu islam "mesti menganut" ideologi Darus Syifa. Bila nak meng-1 ideologi nilah yang buat ramai tak belage angin.

Bila orang lain dialog dengan jin dicop sihir, haram tapi yang atas pentas tu ada sorang bila berubat takleh nak selesai, mari jin tawar pertolongan maka disetujuinya termasuk jin ngaku khadam Nabi lagi beb. oppsss ...Mereka takper boleh beb kerana ada buah helah menurut syarak. Mereka ada korang ada?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 02:59 PM | Show all posts
te_peng posted on 18-12-2012 01:11 PM
Satu hal cara Syifa Hidayah nih perawat dia suka bgtau berapa jin ada... Dalam tubuh makcik ada 7  ...

klu tak bagitau.... susah nak charge bro....

charge mengikut bilangan jin dlm badan...

tp betul ka hanya 3-4 ekor je??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 03:26 PM | Show all posts
safamm posted on 18-12-2012 02:59 PM
klu tak bagitau.... susah nak charge bro....

charge mengikut bilangan jin dlm badan...

ikut apa yg berjaya dikesan..yang tak berjaya dikesan, takyah cerita..pesakit bukan nampak pun..hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061627 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list