CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Misteri manusia bernama Mohd Hattan bin Hashim

[Copy link]
Post time 13-9-2012 11:45 AM | Show all posts
untold story ka ni achong?, berani kau? bagi aku hanya Unspek saja yang berwibawa dalam hal macam ni, kau achong jangan main2 dengan hal untold ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 01:05 PM | Show all posts
sebelum forum ni keluar saya pernah terdengar dari mulut seorang hamba allah tentang kisah yang sama dgn forum ni..hamba allah ini bercerita pada rakannya kebetulan saya ada berhampiran. Hamba allah ni adalah waris kepada penggasuh anak sultan perak termasuklah sultan azlan, maka segala story memang dia tahu lebih2 lagi hubungan rapat dengan sultan perak. Apa yang di ceritakan ni memang sama dgn apa yang saya dengar....saya pn tak sangka pekara ini adalah ada kaitan.mmmm maknanya betul la story ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 01:37 PM | Show all posts
menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 02:29 PM | Show all posts
ankel seekers dah tak nak cari antu dah.....dia sibuk tengok dalam kain sultan2 plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:07 PM | Show all posts
kali ni acong kene tangkap dengan 90000 kilogram candu mentah bawah bantal. acong xbleh cakap ape lah.. dia pun xtau rupe candu mcmane
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:25 PM | Show all posts
Candu? Candu best ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2012 04:57 PM | Show all posts
blog yang TT cedok ni dari fake uncleseekers punya...
adakah pemilik blog http://rajaahmadnasir.blogspot.com/  bertanggungjawab??

aku rasa keluarga sultan perak skrng dah ok .. tak tau lah nnt if kalau tukar sultan tunggang terbalik jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:00 PM | Show all posts
nak share satu blog yg hentam pakcik ngaku sultan perak nih

http://malaysiacrisis.blogspot.c ... h-bahagian-iii.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 05:07 PM | Show all posts
system_failure posted on 13-9-2012 03:06 AM
bukan tugas orang ramai untuk mempersoalkan jurai keturunan sultan perak..
itu terpulang kpd majl ...

sayangi sultan anda.

dulu diorang cabut kuasa sultan
hari nih diorang tuduh sultan 'natang'

mari kita pakat-pakatan selamatkan sultan dari kekejaman
pertubuhan melayu bersatu menentang islam tu.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 10:16 PM | Show all posts
pancadala posted on 13-9-2012 11:45 AM
untold story ka ni achong?, berani kau? bagi aku hanya Unspek saja yang berwibawa dalam hal macam ni ...

nanti aku pinjam uneks punya meriam 500m........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 10:19 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 13-9-2012 04:07 PM
kali ni acong kene tangkap dengan 90000 kilogram candu mentah bawah bantal. acong xbleh cakap ape la ...

mampus............. 90 tan ganja............. harus mayat nanti dicincang halus.........
Last edited by Acong on 17-9-2012 01:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 08:13 PM | Show all posts
interesting !!
please update !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 01:13 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 16-9-2012 08:13 PM
interesting !!
please update !

Sunday, 9 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (3)

Datuk Seri Ramli Ngah Talib samasekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat Istana yang bernama Megat Chandin untuk bersemayam di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Bagaimanapun, Ramli Ngah Talib terpaksa mendukung restu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang membuat perancangan supaya Raja Azlan ditabal sebagai Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Negara Perak.

Antara Ku Ann dengan Raja Azlan, mereka mempunyai kaitan sebagai saudara sepupu tapi berlainan darah daging. Ku Ann berdarah raja manakala Raja Azlan pula anak orang biasa. Nama asalnya ialah Mohd. Hattan bin Hashim dan ibunya berbangsa Siam kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.

Selepas beberapa hari dilahirkan, Mohd. Hattan dibawa ke Batu Gajah pada 19 April 1928 atas bantuan sahabat karib Allayarham Alang Jaafar. Nama Mohd. Hattan telah dipinda kepada nama Raja Azlan Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah. Nama ini difikirkan sesuai oleh  Almarhumah Khatijah Ahmad kerana ada persamaan dengan nama Raja Baharom Shah anak sebenar.

Pembetulan dan pengubahsuaian yang menggunakan nama baginda tidak diketahui oleh Al Marhum. Ketika itu amat mudah untuk berbuat sesuatu urusan tanpa kawalan dengan perundangan yang belum terjamin. Tambahan pula Pejabat Pendaftaran masih kecil dan tidak ramai orang yang datang berurusan.



Almarhumah Khatijah tidak mempunyai ramai anak walaupun tiga kali berkahwin. AlMarhumah mempunyai seorang anak bernama Abdul Ghani (Allahyarham) hasil dari perkahwinan pertama. Suami kedua pula ialah Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah yang menghasilkan Raja Baharom Shah. Kali ketiga, Almarhumah Khatijah berkahwin dengan Datuk Tak Haji Daud yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Pengarah Pertanian Negeri Perak tetapi tidak mempunyai anak. Pada masa itu, Datuk Tak sudah pun mempunyai dua orang isteri dan ramai anak.

Mengikut salasilah keturunan Kesultanan Perak, Ku Ann merupakan waris yang paling layak untuk menduduki takhta, tetapi hak itu telah dirampas oleh Raja Azlan yang lebih mahir bermain dengan undang-undang. Ku Ann adalah waris keturunan raja, manakala Raja Azlan hanyalah anak angkat dari keturunan Siam.

Dalam salasilah keturunan asal, ianya melarang sesiapapun daripada mengubahsuai atau meminda salasilah untuk tujuan merampas hak atau mengaburkan keturunan sebenar.

Ku Ann memang ada hak warisan kerajaan negeri Perak. Pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sekarang ini telah menggubal pindaan perlembagaan yang menjadikan Ku Ann tersisih dari istana dan juga harta warisan diraja. Pindaan Perlembagaan Perak telahpun ditandatangani oleh yang Dipertuan Agong dan Menteri Besar Perak serta disokong pula oleh orang-orang kenamaan. Maka dengan itu, musnahlah segala warisan keturunan Ku Ann setelah di isytiharkan beberapa tahun lalu oleh Sultan Azlan kepada kerabat-kerabat diraja Negeri Perak.

Sultan Azlan boleh menerima Ku Ann tetapi sebagai rakyat biasa dengan syarat Ku Ann tidak boleh meminta apa-apa. Sultan Azlan juga tidak akan melayan segala permohonan yang dibuat oleh Ku Ann dan dengan itu, Ku Ann telah bersedia untuk menyaman Kerajaan dan Dewan Negara Negeri Perak kerana membuat keputusan yang dianggap tidak sah tanpa mengikut Etika Raja-Raja Melayu asal sebelum tahun 1900.

Sesudah dinobat menjadi Sultan Perak ke 34, sesuatu telah menimpa Raja Azlan dan keluarganya. Berlakulah kejadian aneh yang amat menakutkan baginda berdua suami isteri. Apabila terjaga keesokan harinya selepas bermalam buat kali pertamanya di Istana Iskandariah, Raja Azlan mendapati dirinya bukan tidur diatas katil didalam bilik, tetapi berada diatas rumput dihalaman istana setelah Jin Pendaulat Megat Chandin memindahkan baginda keluar kerana baginda bukanlah anak raja sebenar.

Begitu juga dengan Toh Puan Bainun Mohd Ali telah diletakkan dalam kamar mandi sehingga pintunya tidak dapat dibuka. Demikian yang menimpa keatas pasangan diraja yang telah diketahui umum bukan raja sebenar. Kebanyakan rakyat tahu cerita ini ketawa dan mengumpat dari mana datangnya Raja Azlan tiba-tiba dinobat sebagai sultan.

Sehari selepas kejadian aneh yang menakutkan itu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib dipanggil mengadap segera. Ramli Ngah Talib telah diarahkan untuk menyediakan sebuah rumah lain yang sesuai dijadikan Istana Rasmi. Secara kebetulan, ketika itu ada sebuah rumah banglo besar satu tingkat milik kerajaan sedang kososng selepas perpindahan Pegawai Kanan dan rumah tersebut digunakan dulu sementara kerja-kerja pengubahsuaian dibuat.

Rumah tersebut terletak di Jalan Kinta, Ipoh dan akhirnya kerja-kerja ubahsuai telah siap yang kemudiannya dinamakan "Istana Kinta" sebagai kediaman rasmi Sultan Azlan yang tidak berdaulat.

Istana Iskandariah Kuala Kangsar akhirnya dibiarkan begitu saja tanpa penghuni setelah pasangan Diraja tersebut cabut lari kerana dikejutkan dengan kejadian aneh yang tidak diundang datang. Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping juga dirobohkan atas perintah Sultan Azlan untuk melenyapkan sejarah hidunya semasa kecil.

Sekarang, rakyat sudah mengetahui mengapakah Sultan Azlan dan keluarga diraja tidak pernah lagi bermalam di istana Iskandariah. Mereka akan hadir untuk upacara rasmi kerajaan dan pulang ke Istana Kinta, kerana Jin Megat Chandin Istana Iskandariah tidak akan membenarkan Sultan Azlan bermalam disana.

bersambung....

Posted by Editor at 09:00
http://uncleseekers3.blogspot.com/2012/09/misteri-sultan-azlan-shah-3.html
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 01:49 PM | Show all posts
Acong posted on 17-9-2012 01:13 AM
Sunday, 9 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (3)

Sebab tu Beting Beras Basah tak naik masa pertabalan Sultan...aduss.....kalau ikut perkiraan, Beting Beras basah akan naik seperti sebuah pulau apa bila seseorang yang berdarah raja sebenar melalui persekitarannya dan boleh pijak diatasnya. Nak tahu orang tu keturunan raja yang asal, bawak je pegi jer ke Beting Beras basah....pijak landai disana, bersiram bertih disana. Kalau anak raja, dingin la rasa, kalau tidak, panas meradam yo badan....ha ha ha ha....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 03:51 PM | Show all posts
Luckman posted on 17-9-2012 01:49 PM
Sebab tu Beting Beras Basah tak naik masa pertabalan Sultan...aduss.....kalau ikut perkiraan, Beti ...



Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.

Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.

Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, anda perlu melalui jalan raya sejauh 45 km menuju Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, anda boleh menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.

Istiadat pertabalan sultan-sultan Negeri Perak dilaksanakan di sini. Ini kerana mengikut sejarahnya, Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak pertama telah ditabalkan disini. Sejak itu, keturunannya atau sesiapa yang akan menjadi Sultan Perak diwajibkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan.

Beting Beras Basah hanya dapat dilihat sewaktu air Sungai Perak surut terutamanya pada waktu pagi dan ianya akan tenggelam sewaktu air pasang. Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana pelbagai peristiwa aneh. Menurut sumber lisan orang tua, tempat ini dijaga oleh Jin Negeri Perak yang dipunyai oleh Raja Ahmad ( putera Sultan Abdul Malik Shah ) sehingga kini.

http://asalusulorangmelayu.wordp ... beting-beras-basah/
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 04:50 PM | Show all posts
Acong posted on 17-9-2012 03:51 PM
Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah ...

Betul tu.....tempat nie memang 'keras' . Saya pernah mandi disana 2 kali dan bawa kawan. banyak perkara 'aneh'terjadi.....sorang kata panas la, bau kapur barus la, sorang lagi kene 'marah' dengan beruk..tapi saya oke jer..tenang dan damai gitu...nyaman gler....tak ada apaun yang terjadi...hu hu hu....saya ada cerita sikit pengalaman pasal nie.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 03:29 PM | Show all posts
mls aku nk bc cter2 camnihh.. haaa
ringkas2 udah lerr..
wat point2 ke..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 03:53 PM | Show all posts
katana83 posted on 13-9-2012 04:57 PM
blog yang TT cedok ni dari fake uncleseekers punya...
adakah pemilik blog http://rajaahmadnasir.bl ...

sebenarnya, ada elok sultan azlan ambil raja nazrin jadi raja muda, klau nak amik raja jaafar husband raja mahani tu, mmg pikir beratus kali klau dia jadi raja muda...

tp tu la, ramai pandang pelik, coz raja nazrin trus lompat jd raja muda, tak ikut step....




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 04:28 PM | Show all posts
byk yg khurafat nih....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 12:53 PM | Show all posts
oni313 posted on 19-9-2012 03:53 PM
sebenarnya, ada elok sultan azlan ambil raja nazrin jadi raja muda, klau nak amik raja jaafar husb ...

kalau lompat pun tapi bawa lebih kebaikan takpa la.. kalau lompat, lepas tu perangai tak semegah.. tu yang tak ok ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.378733 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list