CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11688|Reply: 115

tanda tanya saya tentang NAFSU

[Copy link]
Post time 11-8-2012 03:53 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum semua ....saya nak berkongsi dengan sahabat2 di sini tentang persoalan saya tentang nafsu.

Ungkapan ' perang yang lebih besar adalah melawan hawa nafsu ' sering aku dengari ketika di ceramah agama , khutbah jumaat , dan di waktu kelas agama islam di sekolah. Lama sudah saya memikirkan tentang iblis , syaitan , makhluk jin , hawa nafsu , dan bulan Ramadhan yang mulia yang kita sedang lalui sekarang. Sempena 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang terdapatnya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul qadar , hadiah Allah kepada hambanya yang taat , saya hasilkan thread ini untuk bertanya sahabat2 yang arif tentang nafsu.

klu saya di sini ialah :-

1) Dari kitab karangan Ustman Bin Hasan Bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi ada menceritakan tentang akal dan nafsu. Akal mengakui Allah adalah tuhannya manakala nafsu pula berkata kepada Allah " aku adalah aku , engkau adalah engkau " . Dari peristiwa itu maka nafsu dibakar di neraka sebanyak 3 kali. Nafsu mengakui Allah itu tuhannya apabila hukuman terakhirnya tidak diberi makanan.

2) Azazil engkar dengan arahan Allah apabila disuruh sujud kepada Adam A.S. kerana dia berasa  ujud kerana kemulian jasadnya dari api ( pada pendapat aku , ketika itu nafsu Azazil telah melampaui batas ).

3) Firman Allah " Dan (ingatlah) Aku tidakmenciptakan  jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu ." Surah Azzariyat 60:56

4) Lahirnya seorang manusia maka lahirnya seorang syaitan.

5) Surah an Nas

6) Syaitan2 diikat sepanjang bulan Ramadhan ( bulan puasa )


Persoalan saya yang selalu bermain diminda ialah :-

1) Adakah nafsu yang melampau itu sendiri adalah syaitan ? Pada pemikiran saya , manusia dan jin dibekalkan dengan akal dan nafsu. Apabila manusia dan jin tidak dapat mengawal nafsu maka nafsu yang melampau sudah mengawal manusia dan jin itu.

2) Ketika umat islam berpuasa di bulan Ramadhan , ada juga berlaku perkara2 buruk yang berlaku pada segelintir umat islam sedangkan di sekolah telah diajar bulan puasa syaitan2 telah diikat. ( selalu yang saya lihat pada orang yang sengaja tidak berpuasa tanpa sebab .)

3) Perasaan yang saya alami apabila berpuasa zahir dan batin , jiwa berasa tenteram. ( seperti ada perisai dari berbuat perkara buruk )

4) Adakah Azazil (iblis) itu tewas dengan nafsunya sendiri sehingga menjadi penghasut ke jalan kesesatan ke atas manusia dan jin ?
Last edited by mencacus on 11-8-2012 03:45 AM

Last edited by mencacus on 11-8-2012 05:45 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 09:09 AM | Show all posts
Bismillah,

nafsu dan iblis tidaklah sama....

manusia mmg tujuan diciptakan utk diuji siapa yg lebih baik dlm mentaati Allah...

jadi, tanpa syaitan pun, kita mmg dah ada nafsu in the firrst place....

syaitan cuma adalah penyedap rasa....penambah perisa....

iblis diberitakan dlm Quran melakukan kesalahan adalah kerana sombong dan ego....
sesetengah org tersesat dlm keilmuan mendakwa iblis tidak mahu syirik, padahal iblis sebenarnya sombong.

dalilnya.;

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:10 AM | Show all posts
Salam..

Nafsu ni ada jenis-jenisnya, yang saya sempat recall antaranya disebut dalam Al-Quran...

1. Nafsu mutmainnah (tenang, baik) - rujuk hujung Surah Al-Fajr
2. Nafsu lawwamah (berbolak-balik antara baik dan jahat) - rujuk awal Surah Al-Qiyamah
3. Nafsu ammarah (bergelora/jahat) - Surah Yusuf, 53

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:21 AM | Show all posts
1) Adakah nafsu yang melampau itu sendiri adalah syaitan ? Pada pemikiran saya , manusia dan jin dibekalkan dengan akal dan nafsu. Apabila manusia dan jin tidak dapat mengawal nafsu maka nafsu yang melampau sudah mengawal manusia dan jin itu.

2) Ketika umat islam berpuasa di bulan Ramadhan , ada juga berlaku perkara2 buruk yang berlaku pada segelintir umat islam sedangkan di sekolah telah diajar bulan puasa syaitan2 telah diikat. ( selalu yang saya lihat pada orang yang sengaja tidak berpuasa tanpa sebab .)

3) Perasaan yang saya alami apabila berpuasa zahir dan batin , jiwa berasa tenteram. ( seperti ada perisai dari berbuat perkara buruk )

4) Adakah Azazil (iblis) itu tewas dengan nafsunya sendiri sehingga menjadi penghasut ke jalan kesesatan ke atas manusia dan jin ?
Sekadar yang saya tahu...
1. Nafsu dan Syaitan itu dua entiti yang berbeza
2. Berlaku keburukan sebab nafsu. Hadith yang menyatakan Syaitan dirantai tu Syaitan Durjana yang Memberontak dan membuat kerosakan yang besar. Shayateen kecil2 masih berkeliaran.
3. Nafsu ammarah dilemahkan dengan puasa.
4. Dia takabbur dan KUFUR ke atas Perintah Allah

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 05:52 PM | Show all posts
oh
dah jadi dua kerja
nafsu dan MALAM PENUH KEKUATAN

nak ke???
tolak tepi sat dulu
segala keinginan.....walaupun baik
dan HANYA DIA
DIA
dan DIA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2012 06:12 AM | Show all posts
orangbesi posted on 11-8-2012 05:52 PM
oh
dah jadi dua kerja
nafsu dan MALAM PENUH KEKUATAN

orangbesi .....saya x dpt tangkap maksud dia , dia dan dia .....

terangkan kpd saya .....jangan marah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2012 06:24 AM | Show all posts
ussopp posted on 11-8-2012 09:09 AM
Bismillah,

nafsu dan iblis tidaklah sama....

terima kasih saudara ussopp dan saudara mnm77 dgn penjelasan itu .....thread yg saya catat kat atas tu hanya persoalan saya sebab nak tau adakah nafsu ammarah tu ( yang melampau ) syaitan .....

orang tua pernah marah saya jangan cakap sebarang cakap sebab selalu saya cakap ' jin syaitan , jin syaitan ' sedangkan ade manusia jugak perangai mengalahkan syaitan .....



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 05:30 PM | Show all posts
mencacus posted on 14-8-2012 06:12 AM
orangbesi .....saya x dpt tangkap maksud dia , dia dan dia .....

terangkan kpd saya .....jang ...

laaaaa
kan hang nak MALAM PENUH KEKUATAN tu
maka buangkanlah semuanya
keinginan tuuuu
yg baik atau pun yg tak baik

IKHLAS, PERCAYA, YAKIN
pada DIA leeeee
sapa lagi
ada ke DIA yg selain dr DIA.............ni AKU pulak tanya yaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 04:16 AM | Show all posts
Salam TT,

Kena bandingkan ini:
- Anjing hitam liar
- Anjing hitam terlatih (buru/mengawas)
- Anjing hitam terlatih yg didera Tuannya
Antara syaitan² ni mana yg plg syaitan?

Dan ini:
- percikan api tanpa asap
- api tanpa asap
- api dgn asap
- asap
Sekitaran mana yg plg gelap?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:17 AM | Show all posts
Dulu aku ada baca dalam satu buku kitab tua.. jika persoalan ko ialah antara nafsu, syaitan dan manusia.. ketiga-tiganya ialah satu bentuk atau ciptaan yg berlainan.. kat sini ada 3 makhluk ciptaan Allah.. nafsu, syaitan dan manusia.. nafsu ialah seperti spiritual roh yg mana ditiupkan ke dalam manusia..bersertai dgn roh manusia.. jika kita mati, kita kehiilangan roh.. namun tubuh badan kita masih wujud dan dipunyai akal yg dipanggil otak.. kita sebagai islam disuruh makan makanan yg halal (bersih) bagi membolehkan tubuh badan kita bekerja dgn baik utk berkhidmat kepada otak (akal).. semasa bulan puasa, syaitan mmg tak ada.. tetapi nafsu manusia masih ada..kerana makhluk manusia dicipta dari roh..

syaitan pula ialah makhluk ciptaan berlainan fizikal.. iaitu tergolong dalam golongan jin.. menurut kitab lama dan alQuran.. dunia jin ialah alam ciptaan Allah sebelum ciptaan alam manusia lagi.. alam manusia bermula dari Nabi Adam.. tetapi jin sudah mendiami dunia sebelum manusia lagi.. sehingga hari ini alam jin dan alam manusia terpisah.. tetapi masih berjalan kehidupan sehari2 seperti biasa.. mengikut keadaan fizikal alam ciptaan Allah swt yg berlainan.. kedua2 alam ini akan tersampai pengakhirannya iaitu Hari Kiamat.. seperti yg dijanjikan Allah.. syaitan pula ialah jin yg telah menjadi pengikut Iblis.. Iblis ini hanya ada satu saja di dunia.. iblis ialah makhluk yg mempunyai kekuatan kerana dia ialah golongan malaikat dahulunya..anda tersilap jika mengatakan Azazil dicipta dari api.. tapi Azazil ialah malaikat yg tercipta dari cahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 06:14 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 24-8-2012 04:16 AM
Salam TT,

Kena bandingkan ini:

anjing???
kalaulah anjing tu berubah
.......menjadi tuannya????


apa ya???
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 03:12 PM | Show all posts
orangbesi posted on 24-8-2012 06:14 PM
anjing???
kalaulah anjing tu berubah
.......menjadi tuannya????

kena cari pakar anjing tuk membantu org tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 06:25 PM | Show all posts
tak semestinya
anjing bertuankan org kannnn
dan
tak semestinya
tuan itu adalah makhluk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 01:36 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 24-8-2012 04:16 AM
Salam TT,

Kena bandingkan ini:

terima kasih saudara dengan soalan ini ....

susah saya nak jawab soklan saudara pasal anjing nie sebab ia bergantung pada situasi .....

kalau pasal anjing tu , ketiga2nya sama2 berbahaya ......cuma bergantung ngan karakter anjing tu ....ade jugak anjing liar yg jinak (saya pernah jumpa)  , ade jugak anjing bertuan yg terkam org tak tentu pasal walaupun dihalang tuan anjing  itu , tapi paling kesian anjing yg didera tuan tu silap2 terkam tuan dia balik kerana dendam .... saya minta maaf kat saudara kalau saya silap faham sebab soalan nie sebanarnya tidak ada perbandingan .....kalau berkaitan dengan nafsu pun hanyalah dengan karakter anjing tersebut .... pasal api dan asap saya tidak jawab sebab saya tidak tahu samada ada kena mengena dengan nafsu atau tidak  .....

bila saya menaip nie baru saya terlintas pada ingatan saya bahawa kita ada karakter yg tersendiri ..... software2 yang Allah berikan kepada kita ( ayat kiasan) ialah tingkatkan mahmudah , tinggalkan mazmumah , teguhkan keimanan kepada Allah ( al-qur'an dan sunnah ) ....

sekarang nie saya masih belajar apa itu bersabar dan berlembut tetapi tegas ....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 01:53 AM | Show all posts
darkcloud posted on 24-8-2012 09:17 AM
Dulu aku ada baca dalam satu buku kitab tua.. jika persoalan ko ialah antara nafsu, syaitan dan manu ...

terima kasih saudara kerana memperbetulkan pemahaman saya tentang azazil dan iblis ....saya masih belajar .....umur pun dah lebih 30 tahun tapi masih tak tahu ....

apa yang orang ajar ( lisan ) atau buku ( bacaan ) berikan kepada saya sesuatu ilmu itu akan saya kongsikan dengan member2 di sini sebab saya tidak mahu hanya satu saluran ilmu tetapi banyak cabang ilmu agar saya tidak tersesat .....

saya percaya forum CARI agama islam salah satu cabang ilmu tersebut kerana membangkitkan pemikiran saya walaupun ada perbezaan pendapat di sini .....




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:24 AM | Show all posts
darkcloud posted on 24-8-2012 09:17 AM
syaitan pula ialah makhluk ciptaan berlainan fizikal.. iaitu tergolong dalam golongan jin.. menurut kitab lama dan alQuran.. dunia jin ialah alam ciptaan Allah sebelum ciptaan alam manusia lagi.. alam manusia bermula dari Nabi Adam.. tetapi jin sudah mendiami dunia sebelum manusia lagi.. sehingga hari ini alam jin dan alam manusia terpisah.. tetapi masih berjalan kehidupan sehari2 seperti biasa.. mengikut keadaan fizikal alam ciptaan Allah swt yg berlainan.. kedua2 alam ini akan tersampai pengakhirannya iaitu Hari Kiamat.. seperti yg dijanjikan Allah..

Salam...

Kenyataan di atas tu dipersetujui... cuma nak tanya apa yang anda maksudkan dengan kitab lama?

syaitan pula ialah jin yg telah menjadi pengikut Iblis.. Iblis ini hanya ada satu saja di dunia.. iblis ialah makhluk yg mempunyai kekuatan kerana dia ialah golongan malaikat dahulunya..anda tersilap jika mengatakan Azazil dicipta dari api.. tapi Azazil ialah malaikat yg tercipta dari cahaya..

Berkaitan Syaitan dari golongan Jin...ok..... tapi....

Boleh berikan rujukan yang menyatakan Iblis itu asalnya dari Malaikat? Dan Iblis (Azazil) dicipta dari cahaya?

Setahu saya Iblis itu dari golongan Jin yang dicipta dari Api, cuma sebelum dia menjadi kafir, darjatnya diangkat tinggi menghampiri ke darjat Al-Malaa-ul a'la - Darjat Malaikat yang Tinggi namun Iblis itu BUKAN asalnya Malaikat.....
Last edited by mnm77 on 2-10-2012 09:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 09:40 AM | Show all posts
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ
Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya (Al-Kahfi, 50)

Dari ayat di atas, jelas Iblis itu dari golongan Jin. Persoalan yang timbul, kenapa Allah perintah Malaikat, yang mana Iblis pun termasuk diperintah sama?

Jawapan: Iblis bukannya Malaikat, dan darjatnya bukannya sedarjat Malaikat, cuma sebelum dihinakan, darjatnya diangkat tinggi menghampiri Darjat Malaikat yang Tinggi. Apabila diperintahkan kepada Malaikat, Iblis pun termasuk sekali diperintahkan.

Contoh: Kalau Raja perintah Para Menteri hormat kepada Tetamu Raja, adakah para pembesar (lebih rendah darjat menteri) tak perlu hormat kepada Tetamu Raja? Tentu sekali para pembesar pun termasuk sekali kena hormat.

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
Berfirman (Allah): "Apakah yang menghalangimu untuk sujud (kepada Adam) ketika Aku perintahkanmu?" Berkata (Iblis) "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku (Iblis) dari api sedang dia (Adam) Engkau ciptakan dari tanah" (Al-A'raf, 12)
Last edited by mnm77 on 2-10-2012 09:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:51 AM | Show all posts
2) Azazil engkar dengan arahan Allah apabila disuruh sujud kepada Adam A.S. kerana dia berasa  ujud kerana kemulian jasadnya dari api.

Jika Azazil itu yang dimaksudkan sebagai Iblis, kenyataan di atas selaras dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 2-10-2012 09:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 01:12 PM | Show all posts
hmm Azazil tu ...hmm...familiar nama satu watak ...i think it is azazil...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 02:40 PM | Show all posts
salam tt & friends .. ini pandangan alternatif yang seposen dan takleh pakai

Azazil adalah ketua malaikat, yang telah sujud kepada Allah sejak ribuan
tahun lagi sebelum adam. Ayat Al-kahfi dinyatakan ia berasal dari Jin adalah
kata-kata Allah untuk menjadikan Azazil (masih malaikat) kepada bakal
golongan Jin.

Permasalahan ini adalah sunatullah. Allah merancang untuk menempatkan
manusia di bumi. Azazil lah yang diberi tugas untuk menguji manusia,
tanpa pengetahuannya sendiri. Allah berkata " Aku mengetahui lebih
dari yang kau tahu"

Azazil dicampak ke bumi dengan roh cahayanya (malaikat) digantikan
dengan roh api. Dengan sifat marah tersebut Iblis menjadi penggoda
dan penguji yang terbaik.

Fikirkanlah, hanya dengan sekali ingkar dan tidak mahu syirik kepada
Allah, Azazil dimurkai Allah, setelah beribu tahun sujud kepada Allah.
Ingat Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Apalah kita jika
dibanding dengan Azazil yang hanya pada mulanya melakukan
satu kengkaran?

Tentang anjing... Jika dibanding dengan manusia yang manakah
boleh membawa kepada kemusnahan dunia? Anjingkah?

Seekor anjing yang taat dan menjadi pembantu kepada mansuia
serta boleh menjaga keselamatan, tetapi manusia Islam memusuhi
anjing. Fikir-fikirkanlah.. menghina ciptaan Allah, apatah lagi
menghina ciptaan yang baik berarti menghina Allah sendiri..

(my seposen yang takleh pakai)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.092588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list