CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syarih

Lailatul Qadar - Pernahkah anda berjumpa dengannya?

[Copy link]
Post time 12-8-2012 01:39 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 12-8-2012 11:48 AM
i pergi semalam...at 2: 41 pm gitu , ya rabbi ...alhamdulillah sebab jumpa ape yg nak cari
tap ...

patutlah lepas teraweh smlm ada member ajak mengeteh dpn masjid jamek, tapi bila fikir saturdy night ni mesti lagi happening, so balik rumah jer tidur awal. kalau pergi pun mybe jumaat pagi next week. sajer nak tgk .. belinya? mmm harap2 nafsu shopping dpt diikat ketat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2012 02:04 PM | Show all posts
hazel23 posted on 12-8-2012 01:39 PM
patutlah lepas teraweh smlm ada member ajak mengeteh dpn masjid jamek, tapi bila fikir saturdy nig ...

kalau jalan sekitar masjid jame kg bharu tu kat  area pasar ramadhan mmg dah start busy pukul 4 pm - 5: 30 pm ke atas dan pukul 10 pm ke atas sesak...
depan masjid jame okay je kalau nak pergi kena jalan, walking is faster ...jgn naik kereta bagai mmg sesaklaaa...so semalam pun saya jalan jer dari  jln TAR ke sogo...sebab kereta man....sampai polis traffic tu kate kat saya masa tengah tunggu jln clear : ni diaorg ni lampu isyarat pun dah tak nampak dah....

kemudian ni yg sedih saya melihat kemungkinan besar mereka remaja muslim , lingkungan belasan tahun memakai subang di telinga , si gadis itu dengan selambak minum kfc soft drinks , berpeleseran ...

adakah ini remaja  sekarang ?

sapa mak bapak ye?

i mean terkejut jugaklah ... satu jumpaan baru bagi saya kot semalam ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:55 AM | Show all posts
mungkinkah malam Qadar itu berbeza bagi setiap orang, di negeri berbeza?
"salamun hiya hatta mat'lai'l fajr". rasa mcm mustahil lak SELAMAT/AMAN (kalau itulah maksudnya) hingga terbit fajar, diseluruh dunia pada 1 tarikh.
yang pasti 10 terakhir tu la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:34 PM | Show all posts
salam

walaupun tak berjumpa lailatul qadar ..
Allah Taala ada kasi option lain ..
ya itu ..
لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
agar kamu bertakwa ..
takdapat ini .. ada lagi ..
لَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
supaya kamu bersyukur ..
d'atas kemenangan dan kegembiraan ..
maka ..berTASBIH .. berTAHMID .. berTAHLIL .. berTAKBIR lah kamu semua ..

maasalamma RAMADHAN ..
ahlanwasahlan SYAWAL ..

wassalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 12:38 PM | Show all posts
NorAddin posted on 13-8-2012 12:34 PM
salam

walaupun tak berjumpa lailatul qadar ..

apa pun kita kena beribadah lebih banyak berbanding hari-hari biasa....ganjarannya pun berlipat ganda...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:21 PM | Show all posts
Truth.8 posted on 13-8-2012 12:34 PM
kalau aku nak puasa...tak perlu kata2 manis...dpt ini lah dan itu..
sebab aku puasa kerana Tuhan. ...

ya..aku setuju sangat. Walau apapun ganjaran pasti menjadi tuntutan setiap manusia. Tapi aku dilahirkan dari keluarga yg bukan kuat agamanya dan aku diberi Allah hidayah dan kemahuan untuk beribadah dengan redha  dan ikhlas . Tiada perlu aku risau memikirkan berapa banyak ganjaran dan pahala kerana niatku hanyalah menyerahkan jiwa dan raga ku yang menjadi milik Allah swt. Tanpa ganjaran apapun  aku tetap tunaikan ibadahku seikhlas mungkin. Dan..aku juga lebih senang dilihat sebagai manusia yg bukan alim / baik cuma yang biasa2 saja..tapi aku dimalam yg hening dan sepi aku membaca Al-quran dan solat dengan hati rendah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2012 02:03 PM | Show all posts
syarih posted on 13-8-2012 12:38 PM
apa pun kita kena beribadah lebih banyak berbanding hari-hari biasa....ganjarannya pun berlipat ga ...

salam

haha .. betul betul ..
.. GRAND FINALE ..

wassalam



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 03:00 PM | Show all posts
rospinki posted on 13-8-2012 01:21 PM
ya..aku setuju sangat. Walau apapun ganjaran pasti menjadi tuntutan setiap manusia. Tapi aku dilah ...

saya setuju sangat dengan cara anda ...lebih baik kita low profile daripada menunjuk2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 08:30 PM | Show all posts
salam semua
pada subuh pagi tadi 13/08/2012 saya bermimpi bertemu arwah bapa saya dan arwah atok sedara saya. saya sungguh berasa puas kerana dpt memeluk arwah bapa saya dan melepas kan kata rindu padanya. sebaik sahaja saya melepaskan kata rindu pada arwah bapa saya pandangsan saya terus di paparkan seolah-olah sebuah screen tv yang menunjukan ayat 1 dan 2 daripada surah Al-Masad.

saya seolah-olah membaca lirik karaoke untuk setiap ayat itu. pada bacan pertama saya hanya membaca dlm hati, tapi bila di ulang untuk bacaan kedua saya cuba meyebutnya dengan lafazan tetapi begitu sukar nak membuka mulut saya. sabaik sahaja saya dpt membuka mulut terus saya terjaga daripada tidur. saya tersedar drp tidur dlm keadaan mengigil badan.

Adakah itu tandanya malam lailatul qadar, dan apa kah erti hanya ayat 1 dan 2 daripada suruh Al-Masad sahaja yang si tunjukan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 11:24 PM | Show all posts
lixdo posted on 13-8-2012 08:30 PM
salam semua
pada subuh pagi tadi 13/08/2012 saya bermimpi bertemu arwah bapa saya dan arwah atok se ...

mungkin juga...selepas terjaga kenalah sembahyang tahajjud dan membaca alquran...jika ia benar maka ganjarannya amatlah besar...wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 12:32 PM | Show all posts
batmana posted on 12-8-2012 06:09 AM
katanya malam tu doa makbul kn?
prnah dulu masa nk pi solat subuh, aku berdoa agar ditunjukn sesuat ...

nih aku cerita balik tazkirah subuh mengenai Lailatul-Qadr weekend lepas kat tempat aku oleh Ustaz Shamsuddin Sidek (pengendali kursus haji). Dalam kebanyakkan tazkirah dan kuliah yg aku ikuti ramai mengatakan pendapat kebanyakkan ulama mengatakan malam lailatul-qadar bermula dari bermulanya masuk waktu maghrib hingga terbitnya fajar. Kalau kita berbuka puasa membaca bismillah, nescaya bismillah itu lebih baik dari 1000 bulan. Kalau bertarawih malam itu bermakna ia lebih baik dari bertarawih dari 1000 bulan. Insya-allah setiap org islam yg melakukan sebarang amal dgn niat kerana Allah pasti akan mendapat ganjaran 1000 bln. Jadi apa yg dicari malam itu? Ramai ustaz atau penceramah hanya bercerita tentang kalau dpt malam tu akan dapat ganjaran 1000 bln tapi x ramai yg bercerita tentang peluang bertemu dgn malaikat. Peluang mendapat Lailatu-Qadar kita boleh mendapatkannya sepanjang malam tapi peluang utk bertemu dgn malaikat tu yg susah.

Setiap org akan disapa oleh malaikat sebanyak 3x dan setiap org masanya dan situasinya x sama antara satu sama lain. Cth: si A disapa oleh malaikat pkl 9mlm tgh minum air, si B pulak disapa malaikat pkl 11 mlm tgh tido, si C plak tgh masak dan begitulah seterusnya. Bg sesiapa yg alert akan kehadiran malaikat dan terus berdoa, malaikat tersebut (yg diketuai oleh Jibril) akan turut berdoa pada Allah dan insya-allah doa tersebut akan dimakbulkan. Andai 3x salam diberi dan x berjawab maka malaikat akan berlalu pergi. Itulah perkara yg paling ditunggu utk direbut oleh para alim ulama selain dari ganjaran 1000 bulan yg dicari.

Ustaz Shamsuddin ada memberi beberapa tanda2 bila seseorang tuh akan dikunjungi oleh malaikat.
1) sesetengah kulit badan akan merasa bergetar.
2) air mata mengalir secara tiba2 dan perasaan terasa sebak, sayu dan hening
3) berlaku perkara2 pelik spt pokok tunduk, air membeku
4) andai sesorang berada di tempat gelap, keadaan menjadi sedikit terang. kalau ditempat terang (lampu) akan sedikit redup.

Antara pengalaman yg dikongsi oleh ustaz:
- 30 tahun dulu di sabak bernam semasa beliau mengetuai markas abim di situ, ada seorang guru menjala ikan sekitar jam 3 pagi, semasa menjala beliau terasa tangkapannya terlalu berat, tgk2 dlm jala tuh air dan ikan menjadi ais. kerana takut dia lari balik dan cerita tu kecoh pd esoknya. setelah diselidik itulah tanda2 malaikat berjumpa dgnnya maka menyesal sgt2 cikgu tuh peluang bukan senang nk dpt, kalau dia berdoa nak jadi kaya masa tuh, mungkin tangkapan tuh boleh bertukat menjadi emas.....

- Ustaz adalah keturunan Banjar dari Kalimantan, bapa kepada datuk dia merupakan ulama terkenal di Kalimantan. semasa mlm lailatul-qadr dan terasa kehadiran malaikat disinya, dia berdoa pada Allah utk menjadi seorang yg berilmu. Tak lama selapas tu Allah beri pada dia satu ilmu baru yg dipanggil Ilmu Laduni. Satu ilmu yg Allah campakkan terus ke dalam hati seseorang tanpa perlu proses pembelajaran.

- di kampung itu juga ada seorang ketika mlm lailatul-qadr dia terlihat pokok tunduk, kerana ketakutan dia tersilap berdoa minta upeh.... bila balik rumah dia lihat penuh keliling rumah dgn upeh pinang. Aku x berap ingat ustaz cakap apa perkataan tu dlm bahasa banjar pronounce dia dkt2 ngan ..peh kat belakang yg bermaksud ada duit.

- nih pengalaman jiran aku 30 thn lepas, dah arwah dah ibu pd kawan mak aku nih. dlm pkl 4 pg ketika tgh solat dia berasa dahaga, pastu dia nak dapur nak minum. masa didapur dia dgr org bagi salam. masa dia tgk kat tingkap tuh, dia nampak lembaga xde kepala, terus pengsan....

Ustaz Shamsuddin ada pesan dimlm ganjil kita jgn tidur, buatlah zikir, tasbih, baca quran atau solat2 sunat takut kita termiss peluang bertemu dgn malaikat. Jgn risau pasal solat Tahajud(kene tido dulu) sebab byk solat2 sunat lain yg boleh dibuat. Mungkin skg kita boleh pikir utk ambik cuti sebelum raya berbanding ambik cuti selepas raya spt lazimnya.







Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 10:39 PM | Show all posts
Mlm ni malam ganjil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 09:04 AM | Show all posts
nashrudean posted on 14-8-2012 10:39 PM
Mlm ni malam ganjil ke?

semalam 26, mlm ni 27.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 09:11 AM | Show all posts
hazel23 posted on 15-8-2012 09:04 AM
semalam 26, mlm ni 27.

semoga berjaya pada semua..insyaAllah

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 03:49 PM | Show all posts
Kadang2 sedey tgk bila mlm ganjil - sampai 2 saf qiaimullai, masuk mlm genap...1 saf pun tak penuh...

Dan kadang2 kelakar bila cuaca jerebu dipagi hari, terus speculate smlm adalah malam istimewa...

Diakhir ramadhan ini semoga kita semua mendapat ganjaran, dibuka pintu rahmat dan restu, diampuni dan diangkat darjat ketakwAan.. Aminnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 04:19 PM | Show all posts
so mlm ni malam terakhir ganjil lah kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2012 04:19 PM | Show all posts
usah di kira hari berapakah kita berpuasa...yang penting kita kuatkan dan gandakan ibadah di 10 malam terakhir...soal ganjaran Allah yang akan bagi...kita hanya mampu berusaha...dan pastikan apa yang kita lakukan adalah ikhlas..kerana Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 07:08 PM | Show all posts
Selamat berusaha sahabat2 sekalian........ada lagi sikit ramadhan , moga2 kita dapat penuhi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 10:18 PM | Show all posts
mlm ni mlm ke 27..terasa tenang mlm ni....cuaca pon agak sejuk x panas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 11:11 PM | Show all posts
Kl hujan lebat ptg tadi, agaknya sbb tu cuaca lebih tenang mlm ni.

Tinggal 3 hari lagi peluang utk kita memperlipatgandakan amalan dan ibadat kita.

... Selepas itu.....

Anyway, Imam tadi baca doa lepas isya asyik mention pasal mlm ni  27, dan asyik ajak jemaah dtg qiaimullai.. 7 mlm tak de pulak beria-ia imam cakap mcm tu..

Tapi terbaca kat utusan msia hari ni pasal lailatulqadar, nak tanya, ada ker solat sunat lailatulqadar? First time dgr ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.179587 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list