CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 2

[Tempatan] TNB: Tangguh projek CAR..Selangor & Lembah Klang tanggung akibatnya

[Copy link]
Post time 9-8-2012 10:36 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR, 9 Ogos — Selangor dan Lembah Klang berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang serius jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) terus ditangguh.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Rozimi Remeli berkata ini kerana bebanan tenaga bagi kawasan tengah Semenanjung semakin meningkat.

“Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tindakan Negeri Selangor sebanyak 27 kali  dan berharap kerajaan negeri membuat keputusan segera bagi memastikan infrastuktur bekalan  itu disiapkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Projek CAR  yang dimulakan pada 2005, melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak, Sentul. Projek tertangguh dengan baki jarak 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, Rawang sejak empat tahun lepas, susulan bantahan penduduk di situ.

Mengulas lanjut, Rozimi berkata TNB membelanjakan RM300 juta untuk melaksanakan grid nasional itu bagi memastikan negara, terutama kawasan Lembah Klang dan Selangor, memperoleh bekalan tenaga yang cukup.

“Ketika ini, pelabur melihat sistem bekalan tenaga elektrik yang mantap menjadi antara sebab mereka melabur di negara ini dan mereka mungkin meninggalkan negara jika bekalan sering terganggu,” katanya.

Rozimi berkata pada masa yang sama TNB meneruskan usaha meningkatkan grid nasionalnya di seluruh negara.

Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan tahun ini untuk melaksanakan infrastruktur grid nasional dan daripada jumlah itu 95 peratus sudah diguna, katanya.

Rozimi berada di sini bagi menghadiri Ihya Ramadan TNB peringkat negeri Perlis yang berlangsung malam tadi di Masjid Al-Amin, Sempering dekat sini.

Pada majlis itu juga 50 anak yatim dan penduduk miskin menerima sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan RM5,000. — Bernama

__________________________________

jom discuss..saya pon baru tahu psl projek CAR nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2012 10:37 PM | Show all posts
aku tak kesah.....aku tak dok solongor nun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 11:17 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 9-8-2012 10:37 PM
aku tak kesah.....aku tak dok solongor nun

sampei hati
ai duk di Lembah Klang
payah kalu xde letrik nih


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052604 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list