View: 1308|Reply: 1
|
Goods Services Tax (G.S.T). Apa yang anda faham dan tahu.
[Copy link]
|
|
Hari tu aku ada dengar2 dr mulut seorang veteran UMNO yg mengatakan g.s.t nie mungkin akan dilaksanakan pada tahun 2013. walau apa pun ini adalah salah satu daripada pendapat perseorangan yg pernah berkecimpung di dalam politik.
Dato' Sri Idris Jala pernah memberikan amaran sekiranya negara meneruskan perbelanjaan seperti sekarang ini negara kita akan bankrup suatu hari nanti. Aku rasa tak semua orang tahu pasal sistem percukaian dlm negara kita ini. Mungkin yang paling popular ialah LHDN. Cukai pendapatan yang dikenakan kepada individu yang dikenakan cukai setelah cukup syaratnya. Selain itu kalo tak salah aku LHDN juga mempunyai cukai koporat. Cukai ini kalo nak tahu lebih lanjut kena tanya orang2 LHDN. Sebabnya apa yg LHDN pungut ialah cukai langsung. Setiap org alert dgn cukai pendapatan ini.
Bagaimana pula dengan cukai perniagaan. Aku kurang pasti sebenarnya tentang ini. Tetapi ada org mengatakan cukai perniagaan ini dikategorikan sebagai cukai tak langsung. Kebiasaannya orang jarang mendengar istilah cukai tak langsung sehinggalah mereka membuka perniagaan sendiri. Cukai2 ini pula dikenali dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Selain itu terdapat juga cukai import dan eksport bagi mana2 barangan yg keluar masuk negara kita. Semenjak tahun 90-an banyak cukai2 import dan eksport ini beransur2 dihapuskan. Biasanya dlm budget tahunan yg selalu kita tunggu2 akan diumumkan barangan yg dihapuskan cukainya atau sebaliknya.
Jika banyak cukai dihapuskan, maka makin berkuranganlah pendapatan bagi negara kita. Mengharapkan simpanan minyak kita? Tetapi sampai bila? Berbalik kepada G.S.T, ia diperkenalkan bagi menjana pedapatan negara secara lebih efektif. Tahukan anda semua sistem percukaian yg ada sekarang ini dikenakan secara berganda. Maksudnya pengguna terpaksa membayar dua kali harga cukai jualan bagi barangan yg dibelinya tanpa disedari.
G.S.T pula adalah sebaliknya. Dari pemahaman saya G.S.T itu sendiri adalah penambahbaikan kepada sistem percukaian yg sedia ada. Pengguna tidak akan dikenakan cukai berganda dan ini adalah salah satu sebabnya kerajaan mendakwa harga barangan adalah murah dari harga sekarang ini. Itu pun jika harga kos barangan adalah sama. Sekiranya berlaku kenaikan, ini adalah kerana pengilang yang menaikkan harga.
Walau apa pun sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan G.S.T, senarai barangan dan perkhidmatan yg di kenakan cukai hendaklah disenarai pendek supaya lebih jelas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|