CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2744|Reply: 1

Aku Bukan Model atau Pelakon kata MIYAVI

[Copy link]
Post time 8-8-2012 12:22 PM | Show all posts |Read mode


Pavilion, Kuala Lumpur - Satu sidang akhbar terbuka telah diadakan untuk pemain gitar rock dari Jepun iaitu Miyavi pada 23 Julai 2012 yang bertempat di The Venue, Pavilion.Kedatangan beliau ke Malaysia adalah bersempena ulangtahun Tokyo Street diPavillion Kuala Lumpur dan seterusnya mengadakan konsert sulung beliau diMalaysia.  Festival tersebut berlansung selama seminggu bermula pada 23 July – 29 July 2012. Kedatangan Miyavi ini adalah merupakan penampilan pertama  beliau di Malaysia.


Pada mulanya memang para media agak keresahan menanti ketibaan Miyavi yang tiba lewat hampir satu jam dari masa yang ditetapkan. Tapi setelah kemunculannya semua keresahan tersebut ditenggelami gelak ketawa dengan sikap ceria dan nakal Miyavi yangfasih berbahasa english mengusik para media setiap kali ada para wartawan melontarkan soalan kepada beliau . Sempat menyatakan kegembiraan beliau datang ke Malaysia dan sambutan peminat di Malaysia. Apabila ditanya mengenai pendapat beliau mengenai Tokyo Street, penerimaan masyarakat Malaysia terhadap  produk dari Jepun merupakan sesuatu yang baikdan sangat berbesar hati melihat kerjasama diantara jepun dan Malaysia denganharmoni.


Menurutnya lagi ,walaupun beliau cuma mempunyai gitar, beliau ingin membuktikan bahawa kita boleh bersatu melalui musik, bukan sahaja antara Jepun dan Malaysia malahan turut seluruh dunia. Beliau juga berharap agak para peminat dapat datang menyaksikan konsert sulung beliau di The Stage Avenue K. Konsert ini yang  ditaja sepenuhnya oleh Asahi Beer dan berlangsung pada 25 Julai 2012 pada pukul 8 malam.


Ketika sidang akhbar tersebut, media berkempatan untuk bertanyakan beberapa soalan. Apabila ditanyakan mengenai hubungannya dengan gitar, Miyavi menyifatkankan bahawa hubungannya dengan gitar amat mendalam. Beliau turut menyatakan bahawa  beliau berkoleberasi dengan ramai artis kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan  ingin sentiasa mengatasi apa yang pernah beliau hasilkan sebelum ini.


Beliau juga berkata bahawa beliau merupakan seorang pemusik, bukannya model ataupun pelakon, oleh itu beliau mengharapkan agar peminat lebih menumpukan perhatian terhadap musik dan petikan gitar beliau. Dalam pada itu juga beliau turut gembira bila mengetahui dan melihat  begitu ramai peminatnya di Malaysia dan berjanji akan terus memperbaiki diri dan meningkatkan mutu diri.





CARI.com telah berkesempatan menemubual beliau secara exclusive.

Oke jom mari kita tgk…



Q : Jika dibandingkan di antara tanggungjawab sebagai seorang bapadan CEO untuk J-Glam, yang mana satu lebih mencabar buat anda?
A : Menjadi seorang lelaki


Q :Sepanjang  kareeranda, banyak perubahan terhadap musik. Apakah factor yang mempengaruhi pilihan musik anda?
A: Semuanya bergantung kepada ilham dan situasi ketika lagu tersebut dikeluarkan.  Perubahan sepanjang kareer turut mempengaruhi  perubahan musik.


Q : Single terbaru anda , "Day 1" baru sahaja dikeluarkan, boleh anda memberi komen mengenai single ini?
A : Single ini merupakan koleberasi degan YUNSEK dan merupakan kesinambungan dari ‘SAMURAI SESSION WORLD SERIES‘. Ianya bermula dari tahun lepas, saya berkerjasama dengan KREVA dan single inimerupakan salah satu daripada projek kolabrasi dengan artis artis hebat seluruhdunia.


Q: Anda telah berkerjasama dengan ramai artis terkemuka, bolehkan anda nyatakan diantara koleberasi sebelum ini, yang manakah meninggalkan kesan yang mendalam buat anda?
A: Akiko Wada, penyanyi  yangtelah lama berkecimbung di dunia musik. Beliau sekarang lebih tertumpu kepada aktiviti sebagai celebrity tv namun beliau merupakan penyanyi veteran yanghebat. Dapat bekerjasama dengan Akiko Wada merupakan peluang yang istimewa memandangkan ia melibatkan gabungan antara rock dan penyanyi veteran dan ianya merupakan sesuatu yang belum pernah  dilakukan sebelum ini.


Q: S.K.I.N, kumpulan yang merupakan kolobrasi antara anda, Yoshiki, Gackt dan  Sugizo. Adakah pada masa akan datang S.K.I.Nakan kembali semula bergabung?
A: S.K.I.N merupakan satu pengalaman yang hebat dan ia merupakan pengalaman yang bermakna kerana dapat bekerjasama dengan ahli musik yang hebat tetapi pada masa yang sama saya sentiasa mencuba yang baru dan mencabar serta membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh orang lain untuk mendapatkan kepuasan. Saya mahukan cabaran tetapiS.K.I.N tidak mampu untuk memberikan cabaran untuk musik saya.


Q: Adakah anda akan datang kembali ke Malaysia pada masa hadapan?
A: Ya sudah tentu.tapi pada masa yang sama sokongan dari media danpenaja adalah amat penting. Saya tau mengenai kewujudan peminat dari Malaysia dan mereka mengharapkan untuk saya datang ke sini. Dengan sokongan daripada media dan penganjur, sudah semestinya saya dapat datang dan berjumpa degna peminat di sini.







Disebabkan CARI.com merupakan media terakhir menemubual beliau jadimasa adalah agak suntuk, kerana beliau harus bersedia pula untuk membuat persembahan ‘mini’ pada malam tersebut bertempat di Ground Floor Paviliondimana ‘Festival Tokyo Stree’ tersebut dilancarkan.


Perayaan tersebut yang terus melancarkan produk Jepun iaitu GOODGOODs JAPAN telah  diresmikan oleh Duta Jepun ke Malaysia iaitu HE Shigeru Nakamura, ditemani oleh Naib PengerusiPavillion Datin Cindy Lim dan Pengarah Urusan Japan External Trade Organization(JETRO) En. Joji Ikeshita.


Pelancaran tersebut telah diserikan dengan persembahan memukau kumpulan drum Waidako Syo dan MIYAVI yang menyampaikan 2 buah lagu beliau iaitu‘Say My Name” dan “Strong”


Dan harapan semoga kedatangan MIYAVI ke Malaysia akan membuka ruang kepada artis Jepun lain berkunjung ke Malaysia untuk bertemu peminat. Danseperti kata-kata MIYAVI  sokongan peminatsaja tidak mencukupi, apa yang penting sokongan media dan penganjur adalah sangat-sangat diperlukan.


Ucapan ribuan terima kasih CARI.com kepada penganjur iaitu ACREATIONS yang sudi mengundang kami.

Artikel oleh : linome
Editor oleh : isabel

Photo oleh : isabel


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 12:31 PM | Show all posts
abg miyavi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hoiih...ensem mamat nie...terbyg2 fancam arrival die...giler friendly..jalan sempoi..tade bodigad bagai...
dh la fanservice baaaaeeeeek punye...fans ckp i love you, die reply back dgn chuu~~siap ade bunyi lagi!!!!!

suke la bc interviiew nie...hehehe..sbb soalan yg saya nk tanye ade...kekekeke

Comments

tabik spring utk linome yg terketar2 interview abg ko org ni...kekekee... opss..larikkkkk..hehee  Post time 8-8-2012 12:43 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058411 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list