CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2228|Reply: 8

Pengharaman duit zakat kepada yg tidak layak ...

[Copy link]
Post time 26-7-2012 10:38 AM | Show all posts |Read mode
SEDIA MAKLLUM GOLONGAN PENERIMA ZAKAT ADALAH SEPERTI DI BAWAH...

1. Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

2. Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

3. Amil
Orang yang dilantik / diamanahkan oleh pemerintah untuk pengutipan dan penyelenggaraan hal-hal zakat.

4. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam juga diberi bantuan supaya mereka teguh dan kekal mencintai Islam.

5. Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin membebaskan atau memerdekakan dirinya.

6. Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat.Golongan ini tertakluk kepada beberapa syarat iaitu orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya, hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak dimana hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.


7. Fisabilillah
Fisabililah ialah kumpulan Asnaf yang sedang melakukan atau memperjuangkan perkara yang menjurus kepada keperluan untuk menegakkan syiar Islam.

8. Ibni Sabil
Orang Islam iaitu musafir yang berada didalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat pengembaraan itu tidak bertentangan dengan syarak dan pengembara itu mengembara dari negeri tempat tinggalnya.




PERSOALAN NYER BOLEH KAH KITA MENGHARAMKAN DUIT ZAKAT KITA JIKA DUIT ZAKAT ITU 'MISUSE' MAKNANYA DISALAHGUNAKAN UNTUK PIHAK2 YANG TAK SEPATUTNYER DAPAT???Contohnyer duit zakat tu tidak diberi kepada fakir miskin tapi digunakan oleh golongan atasan untuk kepentingan diri...
Last edited by mbhcsf on 3-8-2012 12:27 AM \n\n

Comments

salam, saya edit tajuk untuk tujuan penyelarasan huruf - besar kecil  Post time 3-8-2012 12:27 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 11:01 AM | Show all posts
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Hukum menyalahgunakan dana kutipan zakat adalah haram. Mempitnah org menyalahgunakan dana kutipan zakat juga haram.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 11:00 PM | Show all posts
terima kasih..info yg berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 11:23 PM | Show all posts

Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak... Makin ramai dapat USD1000 seminggu!!Daftar je sini: http://sumberberkat.STIFORPMovie.com/ JOIN je terus dapat USD4 sebab limpahan tanpa syarat

Hi,i want to share how i make money online.

Click the link below and check out the video explanation. This video inspire me alot in starting this online money making.

http://sumberberkat.STIFORPMovie.com/?SOURCE=FB
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 04:34 PM | Show all posts
kalau anak yatim pulak mcm mn..
org yg rumahny terbakar mcm mn...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 06:41 AM | Show all posts
sofybie posted on 3-8-2012 04:34 PM
kalau anak yatim pulak mcm mn..
org yg rumahny terbakar mcm mn...


salam

kalau anak yatim itu tergolong pada fakir miskin .. boleh ! layak ..
kalau anak yatim pulak mcm mn..

orang yang rumah nya terbakar .. tidak termasok d'dalam 8 asnaf ..
sebaik baik nya d'anjurkan supaya infaq sedekah pada menolong .. sebagai manusia sifat akhsan ..
org yg rumahny terbakar mcm mn..

wassalam

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2012 12:41 PM | Show all posts
NorAddin posted on 5-8-2012 06:41 AM
salam

kalau anak yatim itu tergolong pada fakir miskin .. boleh ! layak ..

kalau pelajar yang belajar kat luar negara tu boleh bagi ke diorang duit zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 12:49 PM | Show all posts
shania88 posted on 8-8-2012 12:41 PM
kalau pelajar yang belajar kat luar negara tu boleh bagi ke diorang duit zakat?

salam

boleh ..
tapi kebanykan kasi yang belajar tentang islam ..
yang lain very rare ..

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 01:09 PM | Show all posts
PERSOALAN NYER BOLEH KAH KITA MENGHARAMKAN DUIT ZAKAT KITA JIKA DUIT ZAKAT ITU 'MISUSE' MAKNANYA DISALAHGUNAKAN UNTUK PIHAK2 YANG TAK SEPATUTNYER DAPAT???Contohnyer duit zakat tu tidak diberi kepada fakir miskin tapi digunakan oleh golongan atasan untuk kepentingan diri...
pandangan saya, boleh jer. Terpulang pada diri sendiri..cuma masalah yang timbul apabila wang zakat awak itu sudah dicampurkan kepada wang zakat yang lain.
Disini muncul persoalan, dengan siapa pihak terbabit salurkan wang zakat tersebut? Kalau kompom diberi pada golongan tak layak menerima..Allah sendiri yang haramkan pada dorang. Kalau wang zakat itu disalurkan pada golongan yang
layak pula mcmna? Dan si pemberi zakat ni haramkan lagi..berdosa yang layak terima ni.
Apa2 pun, kita serahkan urusan ini kepada Allah swt..kalau betul diberi pada yang tidak layak, maka berdosa la pihak berwajib dan berdosa juga kepada si penerima( yang xlyk)..
Tugas kita sebagai pemberi zakat sudah selesai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059097 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list