CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5167|Reply: 53

Pantai Bagan Lalang kini penuh dgn pamper, botol plastik, selipar & bangkai

[Copy link]
Post time 5-7-2012 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 5-7-2012 09:52

Cacat pemandangan
       Oleh Hayati Ibrahim




5 Julai 2012


SEPANG: Sampah-sarap termasuk lampin pakai buang, botol minuman dan selipar yang berselerakan di Pantai Bagan Lalang, di sini, bukan saja menimbulkan suasana tidak selesa kepada pengunjung, malah mencacatkan keindahan pemandangan destinasi itu.

  Lebih menjijikkan, di celah sampah-sarap itu juga terdapat bangkai tikus, sekali gus menggambarkan persekitarannya kotor dan memberikan imej negatif di kalangan pengunjung.

  Tinjauan Harian Metro mendapati, kebanyakan sampah berselerakan sejauh  200 meter di sepanjang pantai, membuatkan sesiapa saja ‘sakit mata’ apabila memandang ke arahnya.


  Pengunjung, Fatimatulzahra Samsudin, 23, berkata, dia terkejut apabila melihat keadaan di pantai itu yang amat kotor dan dipenuhi sampah, sedangkan ia menjadi  lokasi pilihan orang ramai untuk bersantai terutama di hujung minggu.

  “Saya biasa datang dengan keluarga untuk berkelah dan membeli ikan di kawasan ini. Tetapi kali ini saya amat sedih melihat keadaan pantai yang amat teruk dan dipenuhi sampah-sarap.

  “Kebanyakan sampah-sarap bukan kayu atau daun, tetapi sisa buangan orang ramai seperti selipar usang, beg plastik dan lampin pakai buang,” katanya.




  Bagi memastikan kawasan itu bersih pada masa depan, katanya pengunjung juga perlu memikul tanggungjawab bersama dengan tidak membuang sampah merata-rata.

  “Kalau pengunjung tidak bertanggungjawab, inilah kesannya. Mereka meninggalkan sampah merata-rata sehingga menyakitkan mata memandang.



  “Siapa pun kita, sebagai pengguna perlu prihatin dan peka dengan kebersihan. Jangan terlalu mengharapkan pihak berkuasa tempatan, kalau kita yang bawa sampah, sepatutnya kita  membuangkannya di tempat disediakan,” katanya.

  Seorang lagi pengunjung yang mahu dikenali sebagai Hapipah, 59, berkata, dia terkilan dengan sikap sesetengah pengunjung membuang sampah sesuka hati di tepi pantai, malah langsung tidak berasa bersalah dengan perbuatan berkenaan.

  Menurutnya, tindakan itu bukan saja mencemarkan keindahan persekitaran pantai berkenaan, malah menunjukkan contoh tidak baik terutama kepada pelancong asing.

  “Kita sepatutnya menghargai alam sekitar. Kebersihan di mana-mana pun termasuk di pantai perlu dijaga sebaik mungkin,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 09:51 AM | Show all posts
memang banyak pengunjung takde sivik.... camner dorang boleh hidup dgn tabiat dan persekitaran begitu.... hairan.... payah sangat ka nak buang sampah sendiri elok2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 09:52 AM | Show all posts
pernah dulu2 pergi sini. berkemah dgn pelajar2, dan pernah makan2 ikan bakar kat bagan lalang. tapi dah lama tak ke sini pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 09:58 AM | Show all posts
pernah lihat kawan sendiri buka tingkap kereta..campak botol minum keluar tingkap.....


kaw2 kawan tu kena kutuk dengan kami bertiga....

itu lah sivik rakyat mesia... wp kawan aku tu berjawatan tinggi....... berpelajaran.... tapi fikir guna kepala bawah (lutut)
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:03 AM | Show all posts
kini? setahu aku memang macam tu. biasalah kalau pantai ummah melayu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:05 AM | Show all posts
pernah lihat kawan sendiri buka tingkap kereta..campak botol minum keluar tingkap.....


kaw2 kaw ...
flight714 Post at 5-7-2012 09:58



    Next time hang campak pulopp kawan hang tu kuar ikut tingkap
Apa dia rasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 10:06 AM | Show all posts
Rakyat Msia x kira melayu, cina india memang pengotor

Negara pprt kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:09 AM | Show all posts
Baru ni kat pesta flora nampak sorang budak lelaki umo 5 tahun buka seluar & kencing brdiri dalam longkang
Kat tengah2 tpt org ramai tengah makan

Ingatkan anak cina mana yg wat gitu
sbb selalunya depa yg suka wat perangai cenggitu
Trmasuk yg dah tua bangka

Sekali tengok mak dia pompuan melayu yg siap pakai tudung
Gaya cam eksekutif mana ntah, bukan ala2 pprt
Selamba je suruh anak dia wat cenggitu
BANGS*T punya mak
Rasa cam nak pi bagi tapak kaki kat muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 10:18 AM | Show all posts
kalo x wat pangai x bertamadun mmg x sah..ni kalo dah kotor x leh berpiknik baru nyesal..time tu baru terhegeh2 nak berkempen jaga kebersihan bagai
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:21 AM | Show all posts
aku paling menyampah org pengotor...
Biar hidup miskin tp jgn pengotor...
tapi yg selalu aku jumpa... dh lh miskin  tp pengotor yg amat sangat....

bagan lalang ni sejak 20 tahun hingga sekarang aku suka gi... at least setiap bln sekali...bukan berkelah tp makan ikan bakar sblh malam.. sekarang dh terlalu ramai yg dh tahu ... menunggu lama nk mkn...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:27 AM | Show all posts
aku pernah menegur seorang lelaki dewasa yg buang tin minuman melalui tingkap kereta...
dek kerana benci etika tk beradab ni..aku terus ckp..." alah bang mcm ni ke?" Dia jwb..."awak apahal?" siap muka mcm nk ajak lawan.......   kalau aku ade lesen penampar,  dh lama dahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:31 AM | Show all posts
sampah-sampah tu bukan automatik ada kat situ. kenapa nak salahkan pantai kotor kalau pengunjung sendiri tak ada kesedaran sivik.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:32 AM | Show all posts
aku pernah menegur seorang lelaki dewasa yg buang tin minuman melalui tingkap kereta...
dek kerana  ...
hatafya Post at 5-7-2012 10:27



   samseng bodoh mcm tuh banyak di malaysia.... buat salah pastu bila orang tegur trus jadi samseng..... mampos lagi elok
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:33 AM | Show all posts
yesss...
mmg btul pun...
baru p sana 2 hari lepas...
sampah berderet dr ujung pantai blah2 nelayan tu smp ke dkt2 gold coast...
mcm2 jenis sampah ada...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:40 AM | Show all posts
kena didik dari kecil...so, pd sesiapa yg ada anak2 tu...
kena la nasihatkn..."jgn buang sampah merata2"...

yg tua bangka nie susah dh ngajar...
bila di tgur mesti melenting x tentu pasal:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:42 AM | Show all posts
samseng bodoh mcm tuh banyak di malaysia.... buat salah pastu bila orang tegur trus jadi sa ...
cmf_rambutan Post at 5-7-2012 10:32



    Kalau dah perangai buang sampah tu maknanya perangai pon macam sampah jugak
Kalau perangai elok x de nya dia nak buang sampah merata2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 10:43 AM | Show all posts
aku pernah menegur seorang lelaki dewasa yg buang tin minuman melalui tingkap kereta...
dek kerana  ...
hatafya Post at 5-7-2012 10:27



    Hanya org yg perangai cam sampah yg suka buang sampah merata ni
x perlu heran
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:44 AM | Show all posts
aku pernah menegur seorang lelaki dewasa yg buang tin minuman melalui tingkap kereta...
dek kerana  ...
hatafya Post at 5-7-2012 10:27



  kalo aku jd ko..aku akan kutip sampah tu dan buang ke tong sampah..biar mamat bengong tu malu sendiri..org dewasa ni kena ajar camtu jek..kalo guna mulut mmg x jalan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:48 AM | Show all posts
pernah lihat kawan sendiri buka tingkap kereta..campak botol minum keluar tingkap.....


kaw2 kaw ...
flight714 Post at 5-7-2012 09:58



   kuat makan rasuah kot? sebab itu bingai sikit otak kawan kamu itu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:51 AM | Show all posts
sesetengah rakyat malaysia minda kelas ketiga lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 1.815048 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list