|
Post Last Edit by haniz98 at 12-4-2012 18:16
--------------------------------------------------------------------------------
PERTAMA kali melihat seekor kucing memakai tengkolok dan berbaju lengkap dengan seluar, penulis dapat merasai betapa tidak selesanya si comel itu kerana tidak dapat bergerak bebas seperti kucing-kucing lain.
Namun, ternyata kucing yang bernama Putra Asmara itu tenang dan diam sahaja malah kelihatan begitu manja dengan pemiliknya, Mohd. Adha P. Rameli, 30.
Malah, ketika sesi fotografi dijalankan, Putra Asmara tidak banyak meragam. Cuma sesekali ia akan berlari turun dari sofa untuk mengejar tuannya. Barangkali ia berasa tidak selesa dengan kehadiran penulis dan jurugambar yang tidak dikenalinya.
Menurut Mohd. Adha, baju yang disarung oleh Putra Asmara ketika itu dibuat menggunakan bendera Malaysia. Bendera itu dibeli kemudian dihantar kepada tukang jahit untuk dijadikan sepasang persalinan bertemakan Hang Tuah.
"Saya memang suka reka sendiri baju yang akan dipakai kucing-kucing saya dan tidak pernah membeli baju-baju kucing yang dijual di kedai haiwan peliharaan.
"Kebanyakan baju-baju itu pula mempunyai tema seperti pahlawan, perkahwinan diraja, merdeka raya, pinky lady, blue riding hood dan baby's day out," katanya ketika ditemui di Air Keroh, Melaka baru-baru ini.
Mohd. Adha yang memiliki sebanyak 14 ekor kucing memberitahu, dia menyediakan sebuah almari khas untuk menyimpan koleksi baju dan aksesori untuk dipakai kucing-kucing peliharaannya.
INILAH Putra Asmara, kucing kesayangan Mohd. Adha yang menyarung persalinan bak Laksamana Hang Tuah.
--------------------------------------------------------------------------------
"Saya rasa seronok dapat menggayakan kucing kesayangan dengan mereka pelbagai baju kucing, bermula dengan rekaan yang ringkas seperti kemeja T sehinggalah gaun yang glamor dan dilengkapi perincian.
"Kadang-kadang, bila saya tengok baju-baju manusia yang cantik, saya akan tiru untuk dijadikan baju kucing," ujarnya.
Lebih menyeronokkan, hobi itu turut dikongsi oleh ramai kenalannya sama ada di pejabat mahupun kenalan dari kelab-kelab kucing yang disertainya.
"Dengan bantuan rakan-rakan, kami mengubah suai baju bayi menjadi baju kucing dan ditambah dengan perincian supaya nampak lebih menarik dan comel.
"Kebanyakan rekaan adalah yang ringkas dan selesa dipakai. Gaun hanya dipakai sekiranya saya menyertai pertandingan kucing beragam," katanya yang aktif menyertai pertandingan sedemikian sejak dua tahun lalu.
Menceritakan pengalaman itu, Mohd. Adha memberitahu, dia mula membela kucing sejak dua tahun lalu di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.
Menurutnya, sebahagian kucing tersebut diberi oleh rakan-rakan manakala sebahagian lagi dibiakkan sendiri.
"Saya juga memberi nama-nama menarik kepada mereka seperti Seri Nur Qaseh, Putra Arjuna dan Nina Richie.
Baju dicakar
"Saya memakaikan kucing-kucing itu baju secara suka-suka sahaja dan bukan untuk masa yang lama. Kucing akan meragam kalau dipakaikan baju, lebih-lebih lagi jika fabrik tidak selesa. Ia mungkin mencakarnya," katanya yang memperuntukkan modal kira-kira RM50 hingga RM70 untuk sehelai baju kucing.
Tambah Mohd. Adha, kucing-kucing peliharaannya adalah daripada spesies American Curl dan kucing tempatan.
"Kucing-kucing ini juga memberi tuah kepada saya kerana sudah beberapa kali membawa kemenangan dalam pertandingan kucing yang dianjurkan oleh kelab-kelab seperti Kelab Kucing Malaysia (KKM), Kelab Happy Household Pet Cat (HHP) dan Kelab Pencinta Kucing (CLC).
UMI KHAIRANI memilih kucing yang manja untuk dipakaikan baju.
--------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, pemilik Pet's Kingdom Care & Product di Pandan Indah, Kuala Lumpur, Wan Umi Khairani Wan Mohd. Fadillah, 34 memberitahu, dia turut mempunyai koleksi baju kucing malah ada di antaranya dibuat dengan kos mencecah RM300 sepasang.
"Hobi menghias kucing ini adalah hobi yang menyeronokkan dan mampu memeriahkan acara terutamanya ketika menyertai pertandingan. Kita dapat lihat kucing-kucing yang bertanding memakai pelbagai tema baju hasil kreativiti pemiliknya.
"Saya juga tidak terkecuali. Kadang-kadang perasaan teruja timbul untuk membandingkan kucing siapa lebih cantik dan bergaya," jelasnya.
Menurut Umi Khairani, biarpun seronok menghias kucing, dia tidak akan memaksa kucing untuk memakai baju. Hal tersebut perlu diberi perhatian tuan empunya kucing khususnya ketika si comel kesayangan mereka itu sedang meragam atau tidak ada mood.
Tidak seperti anjing
"Kucing sebenarnya tidak suka memakai baju, tidak seperti anjing. Jadi, kalau dia tidak mahu dipakaikan baju, jangan paksa kerana ia akan menjadi ganas dan mencakar sesiapa sahaja.
"Saya juga pernah dicakar kucing peliharaan sehingga berdarah kerana memakaikannya gaun labuh. Gaun itu juga dicakar ibarat protes kerana tidak selesa kerana tidak dapat bergerak bebas," katanya yang mempunyai sembilan ekor kucing peliharaannya sendiri.
Justeru katanya, sekiranya mahu membuat baju kucing, pilihlah fabrik yang selesa dan tidak labuh. Sebaik-baiknya, baju tersebut tidak menyekat pergerakannya.
"Sekiranya hendak pakaikan baju yang glamor dan sarat dengan hiasan untuk menyertai sesuatu pertandingan, hendaklah memilih kucing yang manja serta tidak banyak meragam.
"Saya juga pernah memasuki pertandingan tetapi terpaksa menarik diri kerana kucing saya tiba-tiba mengganas, mungkin disebabkan penat dan rimas dengan kehadiran ramai orang yang mengerumuninya," katanya yang melayani kucing-kucingnya ibarat keluarga sendiri.
Umi Khairani yang sudah memelihara kucing selama 20 tahun memberitahu, hobi menghias kucing telah dimulakannya sedekad yang lalu. Dia juga sering menyertai pertandingan kucing.
KELAB Kucing Malaysia (KKM) kerap menganjurkan pertandingan kucing di seluruh Semenanjung dan mengumpulkan ramai pemilik kucing yang mempunyai minat sama iaitu menghias kucing peliharaan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------
"Saya pernah menyediakan baju-baju kucing dalam pelbagai tema antaranya seperti perkahwinan diraja Kate dan William dan tema Korea yang lebih santai, selesa serta comel seperti dres pendek dan topi," ujarnya.
Seperti Mohd. Adha, Umi Khairani tidak membeli baju-baju kucing berkenaan sebaliknya menempah khas mengikut ukuran badan kucing-kucing peliharaannya.
"Sama seperti membuat baju manusia, saya akan membeli kain dan perincian yang ingin saya gunakan serta memikirkan rekaan sebelum dihantar kepada tukang jahit untuk menyiapkannya.
"Sekiranya tidak mahu membazir, saya juga akan ubah suai baju-baju atau dres bayi sedia ada mengikut cita rasa saya sendiri," katanya.
Pemilik kucing-kucing yang diberikan nama antaranya William, Max, Andrew, Andree, Kate, dan Ashook itu turut bertukar-tukar idea dengan para pemilik kucing lain yang dikenalinya melalui kelab-kelab kucing. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak ai menang... 1st time masuk pulak tuh dan meragam teruk sebab xselesa banyak kuseng... alhamdulillah menang jugak ..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adiah kemenangan
jimat duit 3bulan lebih nyer stok.. maklumlah seko jer anak bulus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak ai menang... 1st time masuk pulak tuh dan meragam teruk sebab xselesa banyak kuseng... alhamdul ...
luvly_snow8608 Post at 28-5-2012 08:50
Tahniah!!!! apa rasa ek masuk competition? camne mama2 sume cater this probs? |
|
|
|
|
|
|
|
kiutnye kucing die...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by haniz98 at 15-6-2012 08:58
Reply 552# spookykids
fuhhhh.... nyaris tak pengsann nengok semua gambar kucing kucing yg semuanya cantik cantik.. dan pandai possing....
nangessssssss.....nangessssssss.....
minta izin nak save n play as screen saver kat pc.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam nk g mid valey..tapi tatau nk g ngan sapa |
|
|
|
|
|
|
|
tak brapa minat ngan kucing muka2 n badan yang pelik2 nih..kucin mesia terbaik..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Known up & coming shows in ID Asia from July till Sept 2012, About 9-10 shows with 56 rings & above in less then 3 months.
21st July Bangkok Thailand - 4 AB rings
28-29th July HK - 6 AB rings
4-5th Aug Guangzhou China - 6 AB rings
18-19th Aug Shanghai China - 4 AB rings
1-2nd Sept Guangzhou China - 10 AB rings
8-9th Sept KL Malaysia - 8 AB rings
15th Sept Indonesia - 4 AB rings
22nd Sept Indonesia - 4 AB rings
29-30th Sept Chengmai Thailand - 10 AB rings |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
September cat show is coming soon !!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Le Viva International Feline Show ‘2012
CFA International cat show in Malaysia, Witness the BEST Cat in Asia !!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|