|
Sharifah Aini Berehat Selepas 3 Tahun Bekerja
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 26 JUN 2012: Setelah dikeluarkan daripada hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada akhir Mei lalu, biduanita, Datuk Sharifah Aini kini terpaksa berehat sepenuhnya sekurang-kurangnya selama dua bulan.
MalahSharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah memberitahu tempoh berehat yang agak itu merupakan cuti yang pernah diambil selepas tiga tahun bekerja tanpa henti.
"Sebelum ini saya hanya bekerja dan tidak pernah bercuti panjang.
"Bayangkan setelah tiga tahun bekerja, inilah pertama kali saya mengambil cuti panjang itu pun bercuti sakit.
"Namun saya bersyukur kerana diberi kehidupan lagi untuk terus bernyawa di bumi ini," katanya yang diitemui selepas Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012, petang semalam.
Kak Pah, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu selama lima hari.
Kemudian dia telah dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari.
Selepas ini, Kak Pah bakal berulang alik ke hospital untuk menjalani penjagaan rapi dan selama tempoh dua bulan dia tidak akan menerima apa-apa tawaran bekerja atau menjalani kerjaya seninya.
"Sekarang perlu rehat sahaja di rumah dan tidak boleh banyak berfikir, apatah lagi tertekan.
"Malah setiap dua minggu sekali, saya akan menjalani beberapa rawatan susulan serta setiap lima hari sekali pula membuat pemeriksaan doktor.
"Saya terpaksa menjalani pemeriksaan yang agak ketat dan tidak mungkin akan dapat mula bekerja sebelum benar-benar sembuh," jelasnya lagi.
Sementara itu, Kak Pah yang telah mengikuti Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012 itu memberitahu, usaha kerajaan untuk membela artis tanah air sangat dihargai.
"Alhamdulilah, kerajaan sangat perihatin terhadap masalah yang dihadapai oleh artis.
"Malah usaha kerajaan untuk mempertahankan hak artis sangat saya hargai dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga," luahnya lagi.
Dengan tema Pertahan Hak, Kotakan Janji Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012 telah disertai lebih kurang 500 orang pengkarya dan penggiat seni negara termasuklah pelakon, penyanyi dan komposer.
credit to murai |
|