View: 14162|Reply: 64
|
Bolehkah ibubapa bubarkan perkahwinan anak?
[Copy link]
|
|
Salam semua, ceritanya begini, aku berjumpa seorang kenalan yg kerja di sebuah hotel, wanita. Dia cerita perihal anak sedara perempuan dia ni. Anak sedaranya belajar di sebuah U di utara, mak bapa tinggal di selatan tanah air. Utk memudahkan anak ke kampus mak bapa belikan dia keta, Myvy kot. Budak ni menyewa dengan kawan di kws berdekatan kampus. Budak pompuan ni baru 2nd year, tak tanya pulak course apa.
Satu hari ada seorang perempuan menelefon mak bapa budak perempuan ni, perkenal diri sebagai si A, dia cakap anak perempuan pasangan ni dah nikah dengan suami dia. Suami dia dah tinggalkan dia dan anak-anak, rumah sewa tak berbayar, makan pakai tak bagi. Apa lagi, mak bapa ni pun teruslah drive ke utara pergi cari anak perempuan dia ni. Telefon tak berangkat. Pergi cari kat rumah sewa kawan-kawan cakap dah pindah, sana-sini mencari sbb anak dia tak masuk kelas...
Lelaki yg suami orang ni kerja supervisor di sebuah kilang perindustrian, dia org pergi cari dia tp tak berjumpa, telefon tak pernah berangkat dan setiap lokasi baru yg org bg mesti dia cepat2 pindah..dia dah tahu org tgh cari bini dia agaknya.. Si bapa ni repot polis tp tak berjalan sbb anak dah 21 tahun..kenalan saya yg kerja hotel ni cuba menelefon mamat ni, mungkin sbb nombornya kod lain dia angkat. So mak sedara budak ni cakap baik-baiklah, takut dia bawa lari jauh lagi..
Dia cakap dia kahwin di Siam, dia tak nak serahkan budak tu, dia tak benarkan budak tu pergi kelas takut budak tu dibawa lari oleh family. Family dia minta nak jumpa budak tu dan bagitahu dia org takkan bawa lari, bila jumpa boleh berbincang. Mak bapa budak tu minta lelaki tu tanggung pelajaran anak dia, bayar installment keta, rumah sewa, makan minum dan keluarga dia yg lagi satu. Mamat ni cakap dia tak mampu nak sara in full, dia dah jual keta dia dan pakai keta budak pompuan ni, installment keta dia tak mampu bayar, setakat makan minum aja.
So kesempatan tu mak bapa tu suruh dia lepaskan budak tu baik-baik sbb dia tak mampu, lagipun dia dah ada anak 2, isteri tak kerja. Macam mana cara dia org buat tak tahulah tapi yg pasti mamat tu ceraikan bini muda tu, mak bapa dia tamatkan pengajian di U tu dan tukar ke Indonesia, tak silap aku budak medic. Budak pompuan ni macam org gila, nak balik kat laki dia, mmg nampak zalim sgtlah suruh berpisah dgn laki dia...
Lepas 2 tahun di Indonesia budak ni jumpa org lain, sama student satu U, org M'sia. Budak lelaki ni tahu yg budak pompuan ni pernah kahwin sekejap dulu tapi dia nak juga, parents diapun okay so mak bapa pompuan ni terus kahwinkan...
Pernah tak korang terjumpa kes yang gini di mana ibu bapa paksa lelaki tu cerai? Cerai tu sah ke? Dia org kahwinpun belum berdaftar, kiranya perlu ke balik ke Siam untuk bercerai atau cerai mulut gitu aja sbb tak berdaftar? |
|
|
|
|
|
|
|
dengar2 cerita dari yg kerja kat jakim, cerai sah kalau ditalakkan dari mulut si suami (yg kawin kat siam/ kawin koboi)... kalau bubarkan perkahwinan, mak ayah kena lapor di jabatan (rasanya kena persetujuan si isteri kot) tapi kena denda lah sbb tak daftarkan perkawinan tu. tp aku tak pasti sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
dengar2 cerita dari yg kerja kat jakim, cerai sah kalau ditalakkan dari mulut si suami (yg kawin kat ...
MinyakAngin Post at 16-5-2012 16:17
budak pompuan tu pun dah kahwin, dlm rekod jabatan agama islam mungkin tak ada tulis dia pernah kahwinlah agaknya... aku rasa dia org paksa mamat tu jatuhkan talak aja, tak ada daftarpun... |
|
|
|
|
|
|
|
persoalan kat sini adakah nikah tersebut sah kerana si anak bernikah menggunakan wali hakim sedangkan wali yang sah masih hidup. mengikut syafie, tidak sah dan perlu farak (pisahkan kedua maplay)
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Barang siapa antara perempuan yang berkahwin dengan tidak diizinkan oleh walinya, maka perkahwinannya itu batal'. |
|
|
|
|
|
|
|
ni nk senang cerita la kononnye ni..
dh tau anak tu dh kawin segala ngan laki org dulu tu, patutnya mak pak dia nasihat la elok2 suruh daftar dulu perkahwinan ke..pastu br la proceed cerai..
nk jimat punya pasal kot ni..
sib baik la dak ppuan tu tak ngandung masa ngan laki 1st tu..ke camne? mmg takde anak ek TT? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nuryakmal at 16-5-2012 16:42
Satu kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, Kes Hashim Bin Mohamad lwn Syed Yusof Bin Syed Mohamad dan Suryani Bt hashim
yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk memfaraqkan perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di
Thailand. Hakim bicara dalam kes tersebut telah memutuskan beberapa
perkara iaitu:
1. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai
akad nikah bagi perkahwinan yang fasid kerana wali yang digunakan
dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang
diistikhlafkan sebagai wali hakim.
2. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang
terhadap akad nikah pasangan tersebut.
3. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai
persetubuhan syubhat
Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so in answering the question, bapa boleh memfaraqkan (memisahkan) perkahwinan anak.... talak rajie will apply here i.e. 3 kali suci.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kes pelakon raisudin dgn bini muda dia tu la.... kan bapak pompuan tu file kata nikah tuh tak sah... ntah apa kesimpulannya aku tak ikuti la... |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi perundangan carly x tau ler nk komen... tp carly nk komen pasal suami pompuan tue... keji sgt, dh tahu x mampu, tp nk bw gak lari anak org, sampai anak bini pun terabai... yg pompuan tu pun sama, apa lah buduhnya, kalu yer pun nk kawin dgn lelaki tue, tunggu ler abis belajar dulu... . tu je lah... komen dari carly.... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah kaka blings
arwah atuk pernah minta ex hubby my makcik lepaskn anaknya cr elok..
sbb my makcik lari nikah ke siam sana..
ex pakcik (sampai skrg aku x kenal mukanya)..ms tu dh kawen..ada anak 3..keje sbg bomba yg mmg ada mslh attitude.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 17-5-2012 13:37
Salam semua, ceritanya begini, aku berjumpa seorang kenalan yg kerja di sebuah hotel, wanita. Dia ce ...
cmf_blingblings Post at 16-5-2012 16:04
Bagi menjawab persoalan :
1
FARAQ DALAM PERKAHWINAN
1.0 PENGERTIAN:
Faraq berasal daripada perkataan faraqa dan masdarnya ialah tafriq yang
bermaksud perkahwinan yang dipisahkan/dibubarkan. Pada sudut istilah faraq
yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud pemisahan atau
pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya. Namun di
dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq
digunakan bagi merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan
melalui talak.
2.0 ASAS AMBILAN HUKUM
Faraq banyak disebut dalam kitab fiqh selalunya ia dikaitkan dengan kesan
daripada perkahwinan yang tidak sah. Faraq dibezakan dari talak raj’ie yang
biasa melihat kepada pembubaran perkahwinan melalui talak adalah disebabkan
oleh kerana tidak ada persefahaman dan sebagainya sedangkan faraq
disebabkan oleh rukun perkahwinan itu sendiri yang tidak sah. Dalam hal faraq
hanya mahkamah yang boleh menentukan kesahihan suatu perkahwinan.
Justeru perintah faraq juga hanya boleh dikeluarkan oleh mahkamah apabila
terbukti sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Apa yang dimaksudkan dengan
akad nikah yang tidak sah ialah nikah yang tiada/hilang salah satu syarat atau
tiada kebanyakan daripada syarat sah nikah.
3.0 HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN
Sebelum dibincang lanjut mengenai faraq perlu difahami terlebih dahulu hukumhukum bagi suatu perkahwinan yang terbit daripada akad nikah yang lazim
dan tak lazim. Secara umumnya hukum bagi perkahwinan boleh dikategorikan
kepada dua iaitu samada perkahwinan yang sah atau tidak sah. Walaupun
begitu terdapat sesetengah ulamak seperi Ulamak Hanafi yang membezakan di
antara perkahwinan yang bathil dan yang fasid. Namun di dalam kertas ini
hanya membincangkan secara umum sahaja iaitu perkahwinan yang sah dan
tidak sah.
3.1 Perkahwinan yang sah
Perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang memenuhi segala rukun
dan syarat perkahwinan. Bagi perkahwinan yang sah ia mempunyai 2
kesan bagi semua perkara yang berkaitan dengan suami isteri seperti mas
kahwin (mahar), nafkah untuk isteri, nasb terhadap anak yang dilahirkan
juga mempunyai kesan terhadap pengharaman persemendaan
(pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan).
3.2 Perkahwinan yang tidak sah/fasid (perkahwinan yang bathil pada
pandangan Abu hanifah)
3.2.1 Bagi perkahwinan fasid ini Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf
dan Imam Muhammad mengatakan bahawa perkahwinan yang bathil
tidak mempunyai kesan undang-undang sebagaimana yang berlaku ke
atas perkahwinan yang sah. Oleh itu tidak halal bagi suami melakukan
persetubuhan dengan perempuan yang dikahwininya. Dari segi yang lain
pula perempuan yang dikahwini tidak berhak mendapat nafkah dan
mahar juga tidak diwajibkan bereddah. Selain itu isteri tersebut juga tidak
terlibat dengan pegharaman musoharah (pengharaman berkahwin
disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki dari
kalangan keluarga suami. Sekiranya persetubuhan telah berlaku, qadi
hendaklah memfaraqkan mereka secara paksa. Perpisahan yang berlaku
bagi perkahwinan yang bathil tidak dikenakan eddah menurut Imam Abu
Hanifah.
3.2.2 Bagi Ulamak Maliki perkahwinan yang perlu difaraqkan adalah
tidak kira perkahwinan itu bathil atau fasid kerana Ulamak Maliki tidak
membezakan di antara perkahwinan yang fasid dengan yang batil.
Ulamak Maliki menyatakan beberapa hukum yang terbit daripada
perkahwinan yang fasid atau bathil antaranya ialah:
1. Haram dan diwajibkan faraq dengan serta merta. Tujuan faraq di
sini adalah untuk menghalang daripada berlanjutannya maksiat
yang mereka lakukan. Kedudukan faraq sebelum persetubuhan di
sini adalah berbeza dengan talak biasa sebelum persetubuhan yang
mana faraq sebelum berlaku persetubuhan adalah terlepas daripada
bayaran mahar.
2. Diwajibkan membayar mahar dengan berlakunya persetubuhan
3. Sekiranya akad itu dipertikaikan atau disepakati tentang fasadnya
maka anak yang dilahir hasil daripada aqad tersebut tetap
dinasabkan kepada bapanya. Persebuhan yang berlaku antara 3
mereka berdua tidak dianggap zina dengan syarat pihak suami
tidak menyedari bahawa persetubuhan itu adalah haram.
Sebaliknya jika suami menyedari tentang haramnya persetubuhan
tersebutmaka perbuatannya dianggap zina dan dikenakan
hukuman had. Anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan
itu juga tidak dinasabkan kepada suami tersebut.
4. Bagi aqad fasid yang dipertikaikan ia masih memberi kesan
undang-undang yang berkaitan dengan hak warisan antara suami
isteri. Sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia
sebelum difaraqkan maka pasangan yang masih hidup berhak
mewarisi harta pasangannya tanpa mengambilkira persetubuhan
telah berlaku ataupun belum. Walau bagaimanapun bagi
perkahwinan yang telah disepakati fasidnya hak warisan tidak
wujud sama sekali.
5. Sabit pengharaman persemendaan bila berlaku persetubuhan atau
muqaddimah persetubuhan tanpa mengira perkahwinan itu
disepakati fasid atau dipertikaikan.
6. Perempuan yang difaraqkan dan telah disetubuhi oleh suaminya
diwajibkan bereddah sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki lain
tetapi tidak jika dengan lelaki yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua, ceritanya begini, aku berjumpa seorang kenalan yg kerja di sebuah hotel, wanita. Dia ce ...
cmf_blingblings Post at 16-5-2012 16:04
4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Melalui peruntukan seksyen 10 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga
Islam Negeri terengganu 1985 memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan
adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu mengikut hukum
syarak untuk menjadikannya sah.
Sekiranya sesuatu pernikahan itu ternyata fasid atau batal seperti tersilap
wali, tidak menepati rukun nikah atau sebagainya maka sesuatu perkahwinan
itu boleh dimohon untuk dibubarkan dan pasangan suami isteri tersebut
difaraqkan.
Permohonan untuk memfaraqkan sesuatu perkahwinan yang tidak sah
boleh dibuat oleh pasangan tersebut iaitu sama ada isteri atau suami, ibu bapa
atau penjaga atau juga pejabat agama yang menyedari kesilapan atau kekhilafan
yang berlaku. Beberapa perkara yang perlu disertakan semasa permohonan
faraq sesuatu perkahwinan di Mahkamah Syariah ialah: 4
1. Permohonan
2. Afidavit sokongan
3. Salinan kad pengenalan
4. Sijil nikah
5. Surat pengesahan perkahwinan
5.0 KES-KES FARAQ
Kebiasaannya pembubaran perkahwinan secara faraq yang berlaku di
Malaysia adalah disebabkan oleh keraguan pada wali atau saksi.
Kebanyakan kes faraq nikah juga adalah disebabkan oleh perkahwinan
tanpa kebenaran wali/perkahwinan luar negara atau lebih tepat lagi
perkahwinan sindiket.
5.1 Contoh kes pertama
Satu kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, Kes Hashim Bin
Mohamad lwn Syed Yusof Bin Syed Mohamad dan Suryani Bt hashim
yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk
memfaraqkan perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di
Thailand. Hakim bicara dalam kes tersebut telah memutuskan beberapa
perkara iaitu:
1. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai
akad nikah bagi perkahwinan yang fasid kerana wali yang digunakan
dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang
diistikhlafkan sebagai wali hakim.
2. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang
terhadap akad nikah pasangan tersebut.
3. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai
persetubuhan syubhat
Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan
kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan.
5.2 Contoh kes kedua
Kes yang berlaku di Johor baru-baru ini adalah satu kes yang jarangjarang berlaku di Malaysia. Dalam kes tersebut sepasang suami isteri,
Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah telah
diarahkan berpisah setelah pejabat agama mengesahkan pernikahn
mereka tidak sah. Perkahwinan kedua-duanya tidak sah kerana 5
pernikahan yang didlangsungkan menggunakan wali hakim sedangkan
adik lelaki Zanariah, Mohd Shafiq yang ketika itu berusia 19 tahun layak
menjadi wali. Permohonan faraq nikah pasangan tersebut yang dibuat
oleh jabatan agama seterusnya diterima oleh mahkamah apabila
mahkamah memutuskan pasangan berpisah secara faraq dan boleh
bernikah semula pada bila-bila masa.
6. KEDUDUKAN EDDAH ISTERI YANG DIFARAQ
Kes faraq adalah berbeza dengan penceraian secara talak rajie. Bagi talak rajie,
perempuan yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis eddah iaitu tiga
kali suci sebelum dibenarkan berkahwin dengan orang lain. Dalam perkahwinan
yang dibubarkan secara faraq pula, pasangan boleh melalui proses pernikahan
semula tanpa perlu menunggu tiga kali suci. Bagaimanapun jika pengantin
perempuan memilih untuk mengahwini orang lain, mereka perlu menunggu
hingga habis eddahnya. Tempoh yang diambil untuk berkahwin semula pula
bergantung kepada proses perkahwinan yang dilakukan.
7. PENUTUP
Perlu diingatkan bahawa hal-hal yang berkaitan dengan rukun nikah adalah
sesuatu yang tidak harus dipandang remeh dan ia juga bukanlah suatu perkara
yang boleh dimain-mainkan. Selain itu sah atau tidak sesuatu perkahwinan juga
memberi kesan kepada zuriat yang bakal dilahirkan. Justeru faraq adalah satu
jalan penyelesaian yang ditentukan syarak bagi perkahwinan yang meragukan
agar maksiat yang berlaku hasil perkahwinan yang meragukan tidak terus
berlanjutan.
Rujukan:
Abdul Karim Zaidan. 2000. Al Mufassol Fi Ahkam Al Mar’ah Wa Baitul Muslim.
Muassasah risalah: Beirut.
Utusan Malaysia. Selasa. 21 Februari 2006
Wahbah Al-Zuhaily. 2001. Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid 7. Terjemahan
Ahmad Shahbari Salamon. Dewan B |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah.. cerita yg sgt hot... skrg ape dah jadi gdn budak U tu.. masih di indonesia kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 17-5-2012 13:51
Salam semua, ceritanya begini, aku berjumpa seorang kenalan yg kerja di sebuah hotel, wanita. Dia ce ...
cmf_blingblings Post at 16-5-2012 16:04
Kesian betul, kenapa perlu diabaikan 1st wife walaupun nak berpoligami...Dalam kes ni memang takde berlaku penggunaan ilmu sihir pengasih atau ubat guna2 kepada pihak gadis tu ke? Memang gadis tu jatuh cinta secara semula jadi kat lelaki tu? Sebab ada kes adik sepupu saya kena ubat guna2, jadi isteri no 2 juga, muda lagi budaknya. Last2 memang parents budak tu paksa supaya farakkan perkahwinan.
Abang sepupu saya tu siap nak kumpul geng, nak pergi pukul dan parangkan lelaki tu ( berketrampilan seorang ustaz ). Nasib baik tak berlaku kes keganasan dalam insiden ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la buat benda x pikir panjang...last2 menyusahkan org lain plak....boleh plak jumpa lelaki lain... jatuh cinta ngan lelaki lain... |
|
|
|
|
|
|
|
persoalan kat sini adakah nikah tersebut sah kerana si anak bernikah menggunakan wali hakim sedangkan wali yang sah masih hidup. mengikut syafie, tidak sah dan perlu farak (pisahkan kedua maplay)
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Barang siapa antara perempuan yang berkahwin dengan tidak diizinkan oleh walinya, maka perkahwinannya itu batal'.
nuryakmal Post at 16-5-2012 16:35
good question!!
aku dah berkali2 tanya benda yang sama jugak~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kurmasafia at 17-5-2012 14:31
pandainya mod kemal komen..............shuker |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# pasuoren
x pe lah... lgpun x de hakim yg nk beli jawapan tue... |
|
|
|
|
|
|
|
pandainya mod kemal komen..............shuker
kurmasafia Post at 17-5-2012 14:29
dah dia aliran kelawyeran... |
|
|
|
|
|
|
| |
|