CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29800|Reply: 286

Realiti Kehidupan Kini....meh bincang...

  [Copy link]
Post time 16-5-2012 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Salam Sejahtera FDian's...

aku ni dok pikir realiti rentak kehidupan kini yg sgt3x mencabar & meletihkan minda...
Bermula dari.....,

1) Tekanan mencari kerja lepas grad..
    Yg mana gaji hampir tidak cukup utk sara idop...

2) Tekanan cari jodoh...
    Maseh tak berjumpa calon laki/bini yg selayaknya...

3) Dah KAWEN..tekanan ekonomi...
    Anak kena tinggai kat bibik..pengasuh..nuseri..(sian sgt kan..???)
    Rutin idop yg tak keruan dek mengejar masa & gaji bulanan serta belanja saraan yg tak munasabah...

meh la masuk umah aku ni...
kita bincang tahap kawalan korang facing realiti idop now ni...
TQ...



Parin...ko jgn ngade nak solek umah aku...!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 10:56 AM | Show all posts
masa kecik dulu berangan nak

1)
fantasi : belajar sampai PhD
realiti : setakat master jah.. letih belajo tak habis lagik

2)
fantasi : nak jadik wartawan yang berkaliber
realiti : jadik loyer sekejap, pastu sekarang keja kat developer. lari terus perancangan dan bidang pembelajaran

3)
fantasi : nak kawen before 25 sebab sepupu pompuan semua kawen below 25
realiti : kawen umur 26.. huh, terus dichop tak laku

4)
fantasi : nak belikan parent rumah kat area pantai lido
realiti : nak beli rumah sendiri pun terberak berak.. tapi ada rezeki tercapai jugak nanti

5)
fantasi : nak beli aset, rumah, kereta segala bagai before 30
realiti : da tercapai this one im very proud of myself! huh! take that sepupu sepapat yang kate aku tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:02 AM | Show all posts
like this topic ...
tambah sikit: Realiti hidup berumahtangga ...sepak terajang berumahtangga .... cabaran mendidik anak2 ..cabaran meladeni suami/isteri etc etc ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:14 AM | Show all posts
bagi wj, perempuan kena start mencari jodoh semasa berada di universiti lagi..
yang selalu lambat bertemu jodoh tu sebab masa belajar takde boifren, konon nak fokus study. malangnya, bila dah grad dgn cemerlang, dapat kerja bagus dan syarikat bagus, mereka mula letakkan garisan tinggi pada kriteria bakal suami. itulah sebabnya dah lanjut usia sebab bila dah bekerja, kebanyakan lelaki2 berharga tinggi ni dah kahwin awal dengan golongan perempuan yg pertama tu

lelaki yang berjaya selalunya kahwin awal... jarang jumpa yg kawin lambat. kerana disebabkan diorang dah kahwin tu lah diorang berjaya
bila dah berjaya jumpa plak andartu2 demanding ni sumer... tu yg jadi bergoncang rumah tangga orang lain...
kalau nak poligami takpe la... ini tidak, ko rampas laki dia, dan buat sampai rumah tangga orang tu runtuh  :@


pastu pulak, bagi aku lebih ideal bila dah kahwin wanita tu tak keja.. sebab boleh jaga anak di rumah
so taklah anak duduk taska sampai 12 jam, 10 jam sehari.
suami pun boleh di serve dengan baik sebab tak banyak tekanan. suami akan rasa lebih dihargai

pasal alasan living cost tak cukup so kena kerja, living cost tu tinggi sebab LIFESTYLE korang tu melebih2... over berlagak macam manager
let say kaum isteri berenti duduk rumah, suami kerja dgn income 3,000. buatlah cara hidup 3,000. ini, berlagak tiap2 minggu nak makan KFC, Pizza, nak shoping kat Mid Valley, then tentu dah kena makan kat situ dgn svc charge nya.. dgn gov tax nya.. dgn parkingnya lagi.
apa salahnya weekend pergi tempat yg lebih sihat spt taman tasik Shah Alam ke, playground ke, balik kampung ke jenguk mak ayah, jenguk adik beradik ke..
living cost tinggi disebabklan sikap masing-masing.
pastu bila kerja, gaji sama banyak/lebih dari suami dahhh kena sara itu ini on behalf suami. suami dah kurang tanggungjawab dah kat situ. bila suami ada perempuan lain tahu lak mengamuk
camane laki takde perempuan lain kalau duit dia berlebih-lebih? wanita bekerja lah penyebabnya.... sebab pikul separuh dari beban lelaki tu. so lelaki tu kurang bebanan, apa lagi... den kopit lah awek mudo bergotah


yang suami pulak dah tahu living cost tinggi kenalah usaha gigih utk family. jangan pulak nak berada dalam comfort zone je. PEMALAS!

aku kalau dah kahwin insya allah malas dah nak kerja.... aku nak jaga anak dan saksikan tumbesarannya yang mana ia takkan berulang lagi utk setiap anak tu. dan malam pula tunggu masa utk dikerjakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:14 AM | Show all posts

Realiti Kehidupan Kini....meh bincang...

Fantasi masa U:nak bagi mak separuh duit gaji..
Realiti:diri sendiri pun cukup makan

Fantasi:nak hidup bahagia selamanya hingga akhir hayat..grow old together..
Realiti : Hampeh..fantasi mati di tgh jalan..kena cipta fantasi baru pulak..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:14 AM | Show all posts
1) lepas grad sempat tanam anggur 2 hari je..lepas tu terus dapat kerja sampailah sekrg dah 9 tahun bekerja dan sedang berkira-kira nak resign. gaji? alhamdulillah belum sampai ketuk pintu adik beradik saudara mara minta nasi.

2)soal jodoh.umur 20 dah ada yang nak masuk meminang.parents tak izinkan sebab belum habis study.lepas grad percubaan sekali lagi utk menyunting diri ku ini.sekali lagi ditolak dengan alasan tumbuk sambal belacan pun tak reti. 2 tahun lepas tu baru dapat greenlight sebab takde alasan lagi dah nak diberi.

3)dah kawen,dah masuk ke dunia sebenar.jaga suami, jaga anak sampai diri sendiri pun tak sempat nak belek .pagi tadi berdiri depan cermin baru perasan lemak kat perut dah tebal macam tayar basikal bmx. kewangan alhamdulillah stabil...yang aku rasa nak lebih ialah masa, masa & masa...

sekrg tgh latih diri supaya lebih bertenang hadapi hidup sehari2.lakukan ikut kemampuan, lakukan yang terbaik.lillahhita'ala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2012 11:33 AM | Show all posts
Reply 4# wanitajelita

terpanggil utk aku reply posting ko....

Agreed dgn apa yg ko utarakan..
Sgt DENGKI lagi JAKI pada ibu2 yg tak keja dok umah jaga anak...
Walopun idop tak mewah anak terjaga dgn tangan sendiri....

Tapi ada cabaran jugak bila jadik ibu sepenuh masa...
Tu la kan..kekangan napsu kebendaan dan renungan ipar duai yg doble stended bila ada ahli keluarga yg tak keja..


tapi pedulik hapa kan...???? jika itu pilihan terbaik..kenapa tidak..???

err...ko dah jupa calon baru lum..????
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by siputsedut at 16-5-2012 11:37

fantasi: nak kurus pinggang kerengga lepas kawin leh pakai baju ala2 jamu mak dara ari2 kat rumah
realiti: kerengga tengok pinggang iols pon pengsan tak bangun2

camne nk kurus..konon nk maintain life sebelum kawin..g gym bagai...tp masa tu adoila..susah nye nak cari ..balik keje terkejar2 nak masak, buat kerja rumah bagai... ke iols yang bermasalah bab2 mencari masa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 11:39 AM | Show all posts
me x suka hidup dalam tekanan.
Jadi me banyak guna konsep 'redha' dan 'bersyukur dengan apa yang ada'.
Setakat ni, alhamdulillah....

me x pernah tetapkan dah besar besok nak jadi apa, alhamdulillah, ada gak kerja tetap.
x pernah tetapkan nak kahwin bila (budget x mo pun), alhamdulillah, kahwin umur 25 dan sekarang dah anak dua.
x berangan nak ada harta, alhamdulillah adalah beberapa.
x suka bandingkan diri dengan orang lain, sebab setiap orang waima yang kita nampak hebat pun pasti ada kelemahan, sebab dah nama pun manusia (kecuali junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.)
jadi me suka guna ayat "Ada Aku Kesah?"...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:42 AM | Show all posts
for sure ke kalau jadi housewife laki tak cari lain?
this is just a question not intended to be a batu ronsen ke hapa.. i mean kalau laki da suka kat awek lain, bini kat rumah servis baik macam mana sekalipun, how to halang hati mereka beralih arah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:50 AM | Show all posts
Reply 10# nuryakmal


    agreed wif u..bukan jaminan wife tak kje, somi takkan cri lain.. kdg2 org lelaki ni langkah jadi makin panjang klu wife tak kje.. yelah, bini dok umah jer..tak hirau dunia luar..layan somi n anak2 n kje umah yg mmg tak penah abis.... wahhh..pe lagi, somi pun naik toncang lah sbb takde org yg mengekor dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by Hana at 16-5-2012 11:56

jawapan aku pendek ajer sebab tgh pikir tiket AA..

1. tak rasa sgt
2. Terasa gila pressure.. gila pressure gila babas sampaikan satu tahap tu, aku MEMANG sanggup nak jumpa tukang tilik/tukang ramal - peduliklah haram dosa - nak tanya pelbagai soalan - saya akan kawen tak nanti? or, mmg takder luck langsung? or, saya sebetulnya memilih? jodoh saya yang mana satu kalau betul saya memilih?
- nasib baik tak jumpa ajek - tak jumpa tukang tilik/tukang ramal.

3. Blum rasa lagi sebab baru kawen.. anak2 ditinggalkan dgn mak mertua. no worries. saya tahu, anak2 saya dijaga sgt baik lebih baik kot dari saya jikalau saya jadi housewife sebab saya takder bakat/skill langsung jadi housewife. (MIL seorang housewife)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:59 AM | Show all posts
bagi wj, perempuan kena start mencari jodoh semasa berada di universiti lagi..
yang selalu lambat bertemu jodoh tu sebab masa belajar takde boifren, konon nak fokus study. malangnya, bila dah grad dgn cemerlang, dapat kerja bagus dan syarikat bagus, mereka mula letakkan garisan tinggi pada kriteria bakal suami. itulah sebabnya dah lanjut usia sebab bila dah bekerja, kebanyakan lelaki2 berharga tinggi ni dah kahwin awal dengan golongan perempuan yg pertama tu
wanitajelita Post at 16-5-2012 11:14


masalahnya, tak semua jenis pandai..ada orang average student..ada orang dpt result bagus tanpa belajar..ada orang mmg kena betul2 focus sebab tak pandai langsung.
aku ler tu..jenis tak pandai.. mmg kena focus. bukan ayat riak or main2..ini realiti ni...
jgn kutuk2 species mcm aku nie.. wujud tauu..

nanti tak pass belajar..orang kutuk pulak - tu la galok berlaki..tak pass universitiy..sapa yang malu? aku jugekk..

uihh..kalau dah pass..dapat keje bagus..misti la riak pulak..misti ler cari yang sekufu lak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:00 PM | Show all posts
Reply  nuryakmal


    agreed wif u..bukan jaminan wife tak kje, somi takkan cri lain.. kdg2 org ...
aku_tetap_aku Post at 15-5-2012 09:50 PM


moral of the story, sila nyekor laki tu walau ke mana dia pegi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:03 PM | Show all posts
Reply 11# aku_tetap_aku


    saye berpegang pada prinsip langit tak selalu cerah.. bagi saya personally kalau perempuan bekerja at least you have your own money, own income. kalau pape hal jadik (nauzubillah) at least you have an exit plan..from a to z. truthfully speaking me myself ada exit plan walaupun saya cukup gembira dengan kehidupan perkahwinan saye. ada stash of cash own my own if anything happened(hopefully laki aku tak baca..ekekekeke)  katala kalau bercerai, dahla tak keja, takde duit, so macam mana? nak mintak duit ex hubby ke? pastu nak carik keja balik ke? sound harsh but thats reality. even ada yang da bekerja sekaramg ni pung masih huru hara mintak nafkah kat laki (again not being a batu ronsen) its a fact.. sekarang ni pompuan kena alert la.. walaupun jadik housewife you must have plan a to z... seriously

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:04 PM | Show all posts
for sure ke kalau jadi housewife laki tak cari lain?
this is just a question not intended to be a  ...
nuryakmal Post at 15-5-2012 09:42 PM


cita atas ni
banyak aje cita di family disc ni untuk buat rujukan...
so suri rumah ke orang bekerja ke, benda yang sama boleh berlaku aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 12:08 PM | Show all posts
Reply  aku_tetap_aku


    saye berpegang pada prinsip langit tak selalu cerah.. bagi saya perso ...
nuryakmal Post at 15-5-2012 10:03 PM


dari apa me baca kat fd ni, orang bekerja pun,
bekerja bayar hutang sampai duit simpanan pun tak da,
so me rasa sekarang kena guna otak aje, bagaimana cara berpikir, bekerja ke tidak
bekerja sila pastikan ada simpanan, ada back up, kena pandai atur hidup,
sekarang tahun 2012, bukan zaman macam mak nenek kita jadi suri rumah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:13 PM | Show all posts
ni pasal stress management ni.. kandungan thread agak umum, dan ada potensi utk jadi thread borak..

dibawah pengawasan sivaji da boss.. jgn ada yg melencong dari content thread.. kalo tanya aku patut kena lock je.. dah nampak kearah nak bersembang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by tagas at 16-5-2012 12:22

Alhamdullilah aku ok2 aja..grad jer dulu tanam anggur jap dekat sethn then dpt keje as gov officer..then awek yg sama2 blaja dulu clash atas persetujuan masing2 sbb jauh..then jumpe awek baru(skang selmat da jadik wife aku)..member time skolah menengah dulu..dia grade then jadik cikgu..

Sethn jer dia mengajar trus aku dtg minang..rite now dah dikurniakan 1 cahayamata seorg puteri yg sgt comel..life kitaorg alhamdulliah suma cukup kereta dah ade,umah dah ade..end of diz month cuti skolah kitaorg nak pi cuti2 ke tokyo..

Moral of da story: lifes must be go on..follow the flow n doa byk yg terbaik dlm kehidupan coz aku dr family yg sederhana jek..sekian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:33 PM | Show all posts
aku tak sempat nak jengok2 selalu umah ni...
sbb aku ada byk lagi umah singgah yg len...

sila sila la msuk buat cam umah seniri...
kita bincang2 realiti idop memasing sbg panduan ya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.471192 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list