CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129046|Reply: 224

Ilham anak M.nasir udah kawennnn....

    [Copy link]
Post time 9-5-2012 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by MissLibra at 4-6-2012 21:40

hehe ... saja je tajuk tu... mula2 aku nak letak "anak M. nasir tak mengaku ayah" tapi takut kena lahar hihi...
Aku tengok org buat tak tau aje kemunculan kumpulan Pitahati ni. Then aku search kat Cari pun takde lagi pasal dorang ni. Tiga org daripadanya anak2 sifu Dato M.Nasir. Yg vokalis handsome, yg drummer tak hensem hehe yg sorang lagi okey je. Dua org lagi kawan2 dorang. Lagu ni best, ada pengaruh Kembara tapi Kembara yg muncul di zaman ini hehe...



Legasi M Nasir
2012/05/02




TIGA beradik ini ini sedaya upaya mahu mengelak daripada bayangan bapa mereka iaitu pemuzik, penyanyi dan penulis lagu serta lirik disegani, Datuk M Nasir.
Mereka mahu berjaya atas usaha sendiri, enggan menggunakan, jauh sekali menumpang populariti bapa.
Ini jelas apabila diajukan soalan berkaitan bapa mereka, masing-masing hanya senyum saja.Apabila ditemu bual, mereka tidak menyebut nama ‘ayah’ atau bapa sebagai ganti nama kepada M Nasir.
Sebaliknya, menyebut Datuk M Nasir.
Ketiga-tiganya bersama dua lagi rakan bergabung menubuhkan kumpulan dinamakan Pitahati. Me-reka mahu berada dalam dunia muzik dengan pilihan sendiri, bukan meneruskan corak muzik ‘diasaskan’ M Nasir.

Namun, itu bukanlah bermakna tidak menerima hakikat pengaruh muzik bapa mereka ada dalam muzik Pitahati. Lebih daripada itu, sokongan dan restu si bapa masih diperlukan. “Tidak dinafikan kami memang meminati karya dan sentuhan Datuk M Nasir, tapi untuk mengatakan muzik kami kedengaran sama seperti muzik dia, itu kurang benar. “Mungkin ia disebabkan kita dari rantau yang sama, jadi bunyi Nusantara itu tidak dapat dielakkan. Tidak dinafikan, sokongan Datuk M Nasir itu memang ada, tapi untuk bergerak di arus perdana ini kami berusaha dan berdiri atas azam sendiri,” kata Mohd Ilham, anak sulung M Nasir.

Selain Mohd Ilham, 26, yang bertindak sebagai vokalis, dua lagi anak M Nasir dalam kumpulan Pitahati ialah Yasin, 24 (pemain dram) dan Hidayat, 20 (gitar). Dua lagi rakan mereka ialah Masrin, 26 yang bermain gitar bass dan Zahar, 31, gitar. Bernaung di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, mereka muncul dengan album mini pertama berjudul Bintang Biru Kristal Salju. Lima anak muda ini berada dikatakan dalam aliran muzik revolusi yang berpaksikan kepada avant-garde dan rock eksperimental.

Berpeluang melihat persembahan gig pertama Pitahati di Galeri Annexe, Pasar Seni, baru-baru ini, tidak dinafikan naskhah yang dibawakan lima pemuzik kreatif ini kedengaran agak berbeza daripada kumpulan sedia ada. Persembahan mereka turut disaksikan oleh M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa. Ilham, Yasin dan Hidayat adalah anak perkahwinan M Nasir dengan Allahyarham Junainah Johari. Dalam setiap mempersembahkan setiap lagu dalam album Pitahati, diperhati dengan teliti dan ada perasaan puas pada wajah M Nasir yang tentu bangga tiga anaknya mewarisi darah seninya.

Persembahan itu juga bertujuan memperkenalkan mereka kepada dunia muzik arus perdana sekali gus memperdengarkan dengan lebih luas muzik avant-garde rock eksperimental yang belum pernah wujud dalam industri hiburan tempatan. Keunikan Pitahati juga dapat dilihat dalam pende-katan persembahan yang dinamakan sempena single pertama iaitu Bintang Biru Kristal Salju. Antara lagu yang disampaikan ialah Hati-Hati Ahmad! Olivia, Dengarlah Jika Kau Ingin, Revolusioner: Jilid 1, dan Bintang Biru Kristal Salju. Lagu single, Bintang Biru Kristal Salju sedang diterima baik di arena muzik indie, malah kini dimainkan di stesen radio tempatan dan Singapura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2012 01:54 PM | Show all posts
hmmm ikut muke arwah mak ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2012 01:55 PM | Show all posts
aik aku bubuh link youtube lagu dorang kenapa tak muncul ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:07 PM | Show all posts
profesionalism lah tuh.takkan nak cakap wawa(kalo tak silapa arr...merujuk pada walid mungkin)? kami.and yes..stuju kalo nak kata 2 anak pertama tuh ikut muka mak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:10 PM | Show all posts
ler...band ni anak2 m nasir ke...aku ingatkan band dr indon...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:12 PM | Show all posts
Mereka mahu berjaya atas usaha sendiri, enggan menggunakan, jauh sekali menumpang populariti bapa.Ini jelas apabila diajukan soalan berkaitan bapa mereka, masing-masing hanya senyum saja.Apabila ditemu bual, mereka tidak menyebut nama ‘ayah’ atau bapa sebagai ganti nama kepada M Nasir. Sebaliknya, menyebut Datuk M Nasir.


kna baca phrase ni btul2 utk faham knapa dia panggil M nasir..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2012 02:13 PM | Show all posts
gambar kecik la.. x nampak pun ada kehenseman nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:25 PM | Show all posts
muker arwah mak nyer memasing..sapa jeh ikot muker m nasir??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2012 02:30 PM | Show all posts
muker arwah mak nyer memasing..sapa jeh ikot muker m nasir??
skymania Post at 9-5-2012 14:25


suara M.Nasir je dorang ikut hehe... yg vokalis dia tu sebiji suara M.nasir waktu kembara..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:33 PM | Show all posts
takpe la gambar kecik
kalau besau pun tahap "kehenseman" tak mungkin meningkat ... err pade aku la
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:33 PM | Show all posts
ye la setuju dgn part profesionalisme tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:39 PM | Show all posts
tak sangka m.nasir ade anak bujang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:39 PM | Show all posts
tengok kat galaksi tu ensem gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:40 PM | Show all posts
mana nak dengar lagu dorang nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:41 PM | Show all posts
ok la tu..time kerja kena la professional..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2012 02:42 PM | Show all posts
mana nak dengar lagu dorang nih
wnazzee Post at 9-5-2012 14:40


ni salah satu lagu dorang aku suka. Bintang Biru Kristal Salju. Ada pengaruh Kembara, dan vokal anak dia ala M Nasir


   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2012 02:43 PM | Show all posts
besar2 dah anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:46 PM | Show all posts
igtkan sorang je anak dia yg dlm kump ni.
rupenyer 3 skali haaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2012 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:47 PM | Show all posts
hensem ilham ni sekarang.. dulu gemok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062131 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list