|
Anak ummiy berumur 13 tahun, sekarang bersekolah di asrama. Dia memang dulu sering didera mental dan fizikal oleh bekas suami saya, dia dihalau keluar dari rumah pada tahun lepas, nasib baik saya ada di rumah ketika dia datang ke rumah waktu maghrib.
Saya tahu ianya mengambil masa untuk pulihkan dia kembali...semuanya berjalan lancar, dia seronok dan suka dengan sekolah barunya... malah dia terpaksa berjauhan dari saya untuk kebaikan dan keselamatan dia.
Cuma baru-baru ini, dia mula menunjukkan sifat-sifat termenung, dan juga sering sakit perut, suka berfikir terlalu lama walaupun untuk makan...dia tak nak keluar rumah apabila pulang ke rumah, saya mengambilnya setiap beberapa minggu mengikut peraturan sekolah asrama tersebut. Saya lihat baru-baru ini dia kurus sangat...
Kadang-kadang saya buntu bagaimana untuk ubatkan trauma dia...
masa cuti sekolah yang lepas, dia bercuti bersama keluarga adik saya... di situlah bermula segala masalah ini...adik saya dan isterinya memujuk dia supaya menalipon bapanya (bekas suami saya)... saya tidak tahu-menahu akan kejadian tersebut sehinggalah dia balik dari asrama dan sering bertanya sekiranya bekas suami saya ada mencari dia atau tidak, dan dia menyuarakan bahawa dia rasa tidak tenteram....dia juga sakit perut (gastrik) sehingga dimasukkan ke hospital semasa di sekolah...Penyelia agak risau dan saya pada mulanya mensyakki yang dia mula diet, biasalah umur macam tu memang suka nak diet-diet, rupa-rupanya dia telah mula ketakutan .. takut bahawa bapanya akan datang ke sekolah dan mengambil dia kembali...
saya cuba menalipon adik dan isterinya dan juga sms untuk mendapat tahu kedudukan perkara ini namun panggilan saya tidak dijawab, sms pun tak dibalas... saya mengutarakan maslah ini pada ibu saya, yang pada mulanya saya sangka menyebelahi saya, saya cuma nak tahu keadaan sebenar, supaya saya dapat mengatasi masalah ini, adakah benar adik dan isterinya menyruh anak saya menalipon ataupun anak saya berbohong? sekurang-kurangnya saya tau macam mana nak mengatasi masalah ini...bukannya saya tak percaya pada anak saya tetapi saya tidak mahu percaya sehingga saya mendapatkan fakta yang betul...
saya akhirnya dapat bercakap dengan adik saya yang menyuruh saya muhasabah diri, jangan menuding jari... saya mula rasa marah kerana saya cuma ingin bertanya bukannya menuduh sesiapa, dan dia mula berkhutbah di talipon dan saya pasti sekarang ini memang benar dia dan isterinya yang memujuk anak saya untuk menalipon bapanya...
keadaan ini menjadi masalah kepada keluarga saya sekarang ini... anak saya dah trauma kembali...apa yang patut saya buat supaya anak saya kembali seperti biasa... |
|
|
|
|
|
|
|
family tak tau ke anak TT trauma ngan bapak dia? adik tak tau ke apa xasben TT buat ? mende macam ni tak leh cakap tru phone...kene jumpa depan2....bawak skali anak, tanya adik dan isteri bebetul...pastu mintak anak citer apa bapak dia dah buat jadik adik TT dan isteri paham ketakutan anak ......
sbb anak skolah asrama bukan sesapa leh bawak dia keluar (dengan kehendak dia jugak la)...ckp ngan penyelia,cekgu,pakguard...hanya TT je bleh bawak dia balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah adik ummiy tu?
cuba ckp dgn cikgu yang boleh membantu anak tu
gangguan emosi dlm umur mcm ni blh mudaratkan anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
family tak tau ke anak TT trauma ngan bapak dia? adik tak tau ke apa xasben TT buat ? mende macam ni ...
juita Post at 30-4-2012 09:10
saya dah cerita dah.... dari kes mahkamah anak saya lagi.... dah 7 tahun berebut anak kat mahkamah... last-last bila dia dpt hak, dia pukul dan abaikan ...sehinggalah anak saya dihalau keluar rumah.... bukannya dia tak tahu...
sebab dia tak pernah alami, ataupun masa dengar tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan...
saya kecewa sangat sebab masa adik dan adik ipar saya susah, saya cuba sedaya upada untuk tolong, tapi mereka dah menyusahkan saya... |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah cerita dah.... dari kes mahkamah anak saya lagi.... dah 7 tahun berebut anak kat ...
ummiy Post at 30-4-2012 09:37
kalau mcm tu ummiy lah kena main peranan penting untuk yakinkan dan jelaskan semua kat anak ummiy
bgtahu dia yang ummiy sentiasa ada untuk dia...
ttg hak jagaan tu masih valid ke?
atau maybe ummiy blh buat sst memandangkan dia dera anak ummiy tu...buat report ke apa ke...
supaya anak ummiy tu rasa selamat |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah adik ummiy tu?
cuba ckp dgn cikgu yang boleh membantu anak tu
gangguan emosi dlm umur ...
beldandy Post at 30-4-2012 09:21
mungkin dia ingat dia terlalu pandai untuk selesaikan masalah saya, dia belum ada anak remaja, dia tak tahu umur macam ni yang susah dan belum kenal identiti diri lagi...
saya dah utarakan pada penyelia asrama...cuma sekarang ni bila masa untuk balik ke rumah , dia takut, sering mengelak ..dan nak jalan-jalan dulu sebelum sampai rumah, kat rumahpun tak nak keluar,
minggu lepas kasut sekolah tak nak basuh, katanya takpe nanti basuh kat asrama, saya tahu dia tak nak keluar dari pintu rumah.. takut bapanya lalu di hadapan rumah... dari kecil semasa di sekolah, bapa dia suka datang sekolah ambil dia kat sekolah tanpa pengetahuan saya, dan bila driver bas cari dia, then call saya kata tak jumpa... pernah satu incident apabila dia nak keluar dari kereta, bapa dia terus angkat dia dan lari...
banyak incident lain yang menakutkan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia ingat dia terlalu pandai untuk selesaikan masalah saya, dia belum ada anak rem ...
ummiy Post at 30-4-2012 09:44
kalau camtu lah mmg dia hidup dlm ketakutan...
kesiannya dia...
ummiy, tak jawab pun bab hak penjagaan tu...
kena buat sst yg segera ummiy...
jgn biar dia terus hidup dlm ketakutan |
|
|
|
|
|
|
|
Ummiy ada bincang dengan anak ke, apa sebenarnya yang dia rasa? Betulkah seperti sangkaan ummiy bahawa anak ketakutan? Bukan apa, Maz rasa mcm ada benda atau hal lain yang anak sembunyikan dari ummiy. Tp entah la... Cuba bincang dulu dengan anak...
Rasanya ummiy juga kena bincang dengan keluarga seperti saranan juita. Bawa anak sama, biar anak cerita apa yang sebenarnya dia alami. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummiy ada bincang dengan anak ke, apa sebenarnya yang dia rasa? Betulkah seperti sangkaan ummiy baha ...
mazGen2 Post at 30-4-2012 09:59
saya dah bincangkan sabtu lepas masa dia balik cuti... kena tanya baik-baik dengan anak saya, sebab dia mudah takut... memanglah itulah simptom kalau trauma, dulu sakit belakang, dah bawa ke ppum untuk xray dan doktor sahkan dia tak sakit, mungkin kerana dia trauma, maka timbul sakit belakang...
Trauma ni ada bermacam-macam sakit, sakit kepala, sakit perut, sakit belakang....
selepas dia dihalau keluar rumah, saya dah buat polis repot, dah ke ppum jumpa 4 doktor, dan pegawai kebajikan, doktor nasihatkan supaya jangan bagi dia susah hati kerana dia masih belum boleh fikir macam mana nak selesaikan asalah, kena timbulkan balik semangat dia, itulah sebab hantarkan ke sekolah asrama, dia pun hendak sekolah yang jauh supaya tak de gangguan...
pasal hak jagaan, itu bukan masalahnya, kertas je, saya ada semua lengkap dah dihantar ke mahkamah, dengan report polis dari saya dan anak saya... masalahnya sekarang trauma anak saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ummiy ada bincang dengan anak ke, apa sebenarnya yang dia rasa? Betulkah seperti sangkaan ummiy baha ...
mazGen2 Post at 30-4-2012 09:59
tersalah klik pulak tadi...
masalah ini nak bincang depan-depan... saya dahlah kekurangan ongkos, dah byk belanja saya sebulan untuk pegi balik htr anak saya.... tak perlu nak bincang-depan-depan... if jujur tak payah depan-depan, sedangkan saya callpun tak jawab... ada ke adik saya dan isterinya nak jumpa, nak buat apa, saya bukannya nak cari kesalahan sesiapa, saya cuma nak tahu kebenaran supaya saya tahu macam mana nak atasi masalah anak saya yang trauma ni...
jika anak saya bohong, saya kena cari jalan macam mana nak ajar dia benda yang betul
jika dia cakap benar saya kena atasai trauma dia
saya kenal benar adik saya dan adik ipar saya, part membohong ni memang ada dalam kamus mereka, cuma saya kesal sebab mereka tak de otak masa memujuk anak saya, saya dah bagi tau banyak kali yang anak saya trauma...
yang paling banyak menyusahkan adalah keluarga sendiri, kemudian baru kawan-kawan.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak ummiy memang tak boleh dengar suara bapaknya... lepas tu mulalah dia akan ketakutan...
bukannya saya suka-suka tak bagi dia cakap atau jumpa bapa dia tapi bila keadaan macam ni, lebih baik dia jauhkan diri sehingga dia dah betul-betul bersedia...kalaulah kita semasa kecil sering dipukul, disepak di depan kawan-kawan, diherdik, dipijak, ditendang, adakah kita nak jugak jumpa ataupun suka-suka nak telefon orang yang dera kita tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
anak ummiy memang tak boleh dengar suara bapaknya... lepas tu mulalah dia akan ketakutan...
bukan ...
ummiy Post at 30-4-2012 10:50
Ummiy tak cuba bawa anak ummiy berubat ke? Tak kisah la samada cara moden atau tradisional. Cuba pulihkan semangat dia. Kesian anak ummiy. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummiy tak cuba bawa anak ummiy berubat ke? Tak kisah la samada cara moden atau tradisional. Cuba ...
mazGen2 Post at 30-4-2012 14:16
ummiy dah bawa banyak tempat, ada jugak yang kata bapa dia hantar HR kepada dia, patutlah anak ummiy selalu nampak benda halus... tapi ummiy suruh dia hafal dan amalkan jugak ayat qursi, ayat pendinding ... dulu dia dah sembuh... sekarang ni tak boleh marah-marah dia, sebab diapun dah berfikir cara dewasa, sentiasa ingat dosa dan pahala. alhamdulillah sejak hantar ke sekolah itu, pelajaran agamanya bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang terfikir jugak, apalah masalah adik ummiy dan isterinya....
adik ummiy ni baru je berjinak-jinak ke masjid, so banyaklah ceramah-ceramah agama yang dihadirinya tapi tak semestinya dia faham situasi ummiy, mungkin pada fikirannya bahawa ummiy ni berdendam lagi pada bekas suami...
takkanlah setiap kali apa yang ummiy doakan lepas sembahyang... semuanya nak diberitahu pada org lain... setiap manusia melakukan kesalahan, yang jadi mangsa pun akan mengambil masa untuk memaafkan orng itu, tapi itu tidak bermakna ummiy boleh biarkan sahaja org tersebut berleluasa bermaharajalela untuk melakukan kembali ke atas ummiy dan anak ummiy. Maaf tetap maaf tetapi masih kena berhati-hati...
adik ummiy pulak, tak semestinya dia dah selalu menjejakkan kaki ke masjid maka segala urusan agama tu dia dah pandai... Suka sangat menilai orang lain tanpa selidik. Yalah sekarang ini yang menanggung kesusahan ialah ummiy sekeluarga, kami terpaksa pindah dari rumah tersebut kerana sekarang bekas suami dah buat perangai, asyik dok round je depan rumah kami...
nak kenalah jual rumah ...... |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah bincangkan sabtu lepas masa dia balik cuti... kena tanya baik-baik dengan anak saya, se ...
ummiy Post at 30-4-2012 10:36
ummiy, sorry kalau bel silap faham..
means hak jagaan masih di tangan bapanya?
bermakna bapa dia blh ambil dia bila2 masa tanap bertanya ummiy kan?
dan bapak dia kalau nak claim ummiy larikan anak dia boleh kan? --> kalau dia nk create havoc la...
mmgla ummiy kata tu sume atas kertas
tp manatau mungkin anak ummiy masih rasa diri dia tak selamat.
selagi dia tak pasti dirinya milik ummiy sepenuhnya...who knows...
ummiy maaf ya dgn soalan bel seterusnys ni
sbb my mom pernah hadapi kes begini tp bdk tu kecil lagi
kesnya begini
mereka laki bini bergaduh n bercerai
then berebut hak penjagaan anak..mak menang tp bapa dpt melawat
then satu hari budak ni blk time mandi asyik sakit2 kat situ
siasat punya siasat rupanya bapak budak tu rogol dia :@
sbb dendam dgn mak dia...
bel harappppp sgt benda ni tak terjadi pd anak ummiy |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dh pnah baca kes ni, di thred lain kot...
sian nye anak umi,
baideway, anak umiy ni laki ke pempuan? napa anak tu x dok ngan umiy jer, xpayh dok asrama, so kita leh sentiasa bersama dia, bg dia support, lindung dia...
napa bapak dia pukul2 dia smpai halau dr rumah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang terfikir jugak, apalah masalah adik ummiy dan isterinya....
adik ummiy ni baru je ber ...
ummiy Post at 30-4-2012 16:24
kesian kat ummiy..sabar yerr..sy dulu ada mmber pompuan,mcm anak akak la..selalu kene pukul dgn bapak dia..kitorg satu asrama..bila balik dr bercuti,mst dia tunjuk lebam2 kat bdn dia..kesian sgt..kesannya dia mmg pndiam,kurang keyakinan diri,byk termenung n sy agak dia berdndam dgn ayah dia psl slalu ckp dia bnci ayah dia n nk sgt tgk ayah dia mati.even dia blaja kat U pun bapak dia stil pukul dia wpun bende tu dia tak buat..cthnya ada laki hntar surat kat umah nk berkenalan,ms tu dia kat U,bila balik jer ayah dia bantai dia teruk2.mmg kesian sgt2.nangis2 dia citer kt sy.yg kesiannya mak dia pun sama..tak prnh nk protect dia.kira ank akak bertuah dpt ibu yg sgt2 memahami...kwn sy ni mmg take time nk heal dr trauma ni..even dia dh kwin pn stil jrg kontek ayah dia sbb trauma.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai.....sedey sgt kan...sampai trauma....saya cadangkan bawa anak pergi darul syifa tujuan utk pulih semangat dan bina kekuatan diri .......sama2la kita semua doakan agar anak TT kembali pulih...TT pun kena kuat semangat....semua ni ujian untuk kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# ummiy
eh bongok ah adik TT ni... dh bilang dgn adik TT tk pasal masalah yg TT hadapi sekarang ni dan bekas suami dh mula nk menyusahkan hidup TT dan anak TT..... pepandai jer!!! :@ After this, kalau apa2 yg terjadi pada TT atau anak TT, tell your bro that he is responsible for all the consequences....
TT pun kena tunjuk kan pada anak TT mcm mana nk lawan dan pertahankan diri.... be the role model..... dan antar kan dia ke kelas Taekwando atau Karate ke.... Biar dia rasa confident sikit.... at least if in case your ex-hubby dtg serang dia ke, dia tahu dia tk perlu takut lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah adek TT memandai2 nak bagi anak jumpa ngan bapaknya? jeng3.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|