CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4170|Reply: 6

Ambik inhaler di bulan puasa

[Copy link]
Post time 23-4-2012 11:31 AM | Show all posts |Read mode
nak tnye la, kalau amik / sedut inhaler disiang hari mase berpuasa / dibulan puasa.. batal tak  puasa tu?
inhaler ni macam gas and ade rase pahit sikit... ade siapa yang tau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 10:02 PM | Show all posts
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.
Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

Sumber :http://fiqhmedic.wordpress.com/2 ... haler-semasa-puasa/
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 10:07 PM | Show all posts
Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "

والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه

Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.

Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam.
Sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply 3# FunkyBass


    tapi kan sy tgok kat lama web JAKIM dia cakap Batal puasa.. mcm mane ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 25-4-2012 23:40

oh tak batal ye walaupun partikel partikel inhalant tu mmg melalui rongga sebab ada ubat
i see...so tak batal puasa

boleh tak bandingkan kes inhaler dengan  kes bawah ni

kes di mana seseorg tu kena pi jumpa doktor sebab dia deman panas dan ketika tu si polan ni berpuasa sunat dan doktor telah meletakkan tongue depressor  ( macam kayu ice cream tu ) ke bhgn belakang lidah ...so apa hukum puasa dia kat sini?

boleh  tak kes 2 - =  analogi dengan org yg berus gigi selepas waktu subuh ketika seseorg tu telah berniat  puasa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:42 PM | Show all posts
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)


ubat lelah jenis hidu?????hmm....dan masuk kepala

hmm ....? i confuse

what is the brand?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2012 11:45 PM | Show all posts
tang frasa ia masuk ke bahagian kepala tu i musykil sikit

dan ubat lelah jenis hidu ?

ada  ke ubat lelah jenis hidu semuanya kena sedut sebab logically ubat tu perlu ke dalam paru paru  
so partikel ubat tu disedut melalui rongga mulut  - larynx dan kat sini partikel tu sama ada termendap di tekak  - seba tu rasa pahit kat belakang tekak ataupun kat lidah jugak ...atau masuk ke peparu ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085764 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list