CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5566|Reply: 34

Gangguan - Pengalaman Sendiri

[Copy link]
Post time 20-4-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Dah seminggu mengikuti Forum Misteri ni terasalak nak join dan ceritakan gangguan yang saya alami. Since I'm new, harap forumer semua bear with me lah ya...

Intro dulu: Petang semalam, masa nak balik dari ofis singgah jap kat washing room. Tengok lampu padam (selalu lampu dibiarkan on sbb tempat tu gelap), so saya terus nak panjangkan tangan ke switch tu, rupanya ON! Terus keluar and balik... This morning pulak, masa melangkah ke washing room tu lampu on tapi bila kaki saya cecah ke bilik air, tup; bunyi swith OFF tapi tak ada orang. I'm very sure of that (kalau ada orang, I can see her sebab kat pintu, kan). Saya patah balik ke ofis. And then my staff pulak pegi dan dia kata lampu terpasang dan the switch is ON!

Saya tak nak lah membiarkan diri di selubungi misteri tapi memandangkan ofis ni bangunan lama dan memang macam macam cerita dah dengar, kena lah cool down jap. Agaknya 'menda' tu tau yang saya dok baca cerita misteri ni kot....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 01:21 PM | Show all posts
Gangguan pertama:

I was 6 or 7 (tak ingatlak, lama dah) dan demam panas. Rumah kampung kat dalam kawasan kebun getah (walau pun parents tak motong) tapi tak lah seram sangat pun lokasi rumah kami tu cuma rumah kami terasing sebab atas bukit. Kalau berdiri kat laman rumah, boleh aje nampak kedai and sekolah  and other houses.

Since my mum mengajar, so my grandmother lah yang menjaga saya demam and masa kejadian ada makcik2 yang datang melawat. At first, my grandmother @ atok mengadap kearah saya yang terbaring mengadap pintu rumah (kami kat serambi @ hall masa tu) tapi bila depa minum2 sambil makan sirih, atok saya membelakangkan saya.

Masa tu lah, ada dua makhlok yang berbadan besar dan berbulu muncul kat muka pintu dan memandang ke arah saya. Tak ingat pulak saya takut/menjerit tapi yang saya ingat, wajah atok dan makcik2 tu pulak yang berubah jadi hodoh dan saya tak faham apa yang depa cakap. Kiranya, mahkluk tu lebih nampak clear dari atok dan makcik2 tu. Tapi makhlok tu tak pulak masuk kerumah cuma pandang aje dari luar (rumah berpagar, if you know what I mean). Tak lama lepas tu makhlok tu pergi sendiri.

Peliknya, I can remember the makhlok's appearance tapi tak ingat pulak samada saya bagi tau atok/emak lepas tu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 01:38 PM | Show all posts
Gangguan kedua:

Masa tu Form 4 dan tinggal di hostel. Dorm saya kat groundfloor dan dalam dorm ada 7 orang dan sorang tu non-muslim. Katil saya rapat ke dinding. Kat luar dinding tu ada padang netball, sebelum tu kosong saja terletak between asrama puteri dan dewan makan. Biasalah kat hostel ada macam2 story tapi tak pernah kena sendiri...

Malam tu masa nak tidur (lelap lelap ayam) tiba2 terdengar bunyi riuh2 dan gendang. Terkejut acik! Terjaga balik dan bila dengar betul2 dengar bunyi air mengalir (masa tu kat luar bilik tu ada paip pecah dan air mengalir keluar dari tanah). So, nak sambung tido balik. Again masa lelap2 ayam tu, dengar bunyi gendang balik! Terus bangun dan pegi kat katil kawan. Rupa2nya, kami yang 6 orang ni semua terdengar (kecuali yang non-muslim tu lah, dia sedap aje tido tanpa gangguan). Malam tu, kami tido dua2 orang satu katil.

Esoknya, kakak senior (Form 5) kata, dia mimpi 2 orang lelaki tampan berpakaian cara dulu dulu datang jumpa dia. Sorang tua sikit (ayahnya, kata kakak tu lah) dan yang muda (anak dialah) tu hensem. Depa cakap kat kakak tu, memang betul apa yang kami dengar tu, depa tengah kenduri nak pindah kampong sebab kampong depa kat situ dah tercemar. Siap ajak kakak tu gi site visit kampong baru depa. Kakak tu kata, dia terbang keluar ikut tingkap (tingkap naco). Kampong baru nya, tak lah jauh tapi kat tangki air sekolah kami tu jugak.... 'Si ayah' tu siap pesan kat kakak senior tu to advise us to be a good person and wife....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 02:04 PM | Show all posts
Gangguan ketiga

Masa ni kat UiTM, Shah Alam. Baru semester dua, rasanya. Saya duduk asrama Cempaka 5, groundfloor jugak. Sebelah asrama tu, macam bukit sikit tapi tak tinggilah. Kat atas tu, pagar asrama dah, memang bukan laluan lah kan.

Petang tu, saya balik asrama dah lambat sikit (tak ingatlak merayau ke mana) and almost Maghrib already. Nak mandi, tup tup kat bilik air tak ada air lak so saya ke hostel sebelah, Cempaka 4. Cempaka 4 ni macam bawah bukit sikit. ada tangga dari C5 to C4. Mandi pun sorang2 sebab dah lambat kan. Lepas tu, buat aktiviti biasalah, gi belajar kat Bangunan Menara dengan BF

Balik around 10 kot sbb curfew pukul 11. Katil double decker and saya katil atas. Bawah tu, kawan sama batch tapi saya panggil dia kakak sbb tua setahun dari saya. Malam tu, saya mimpi (tapi rasa macam real!) ada satu perempuan berpakaian macam puteri dulu2 (off shoulder nye style) dengan di iringi oleh dua orang pengawal. Pengawal ni scary sikit, badan hitam dan botak! Muka tak lah scary, macam biasa tapi dia punya expression tu yang scary. Rupa2nya tuan puteri tu dah marah sebab saya mandi kat tempat dia!

I can still remember her glare when she said, kenapa kamu ganggu beta sedang mandi? Then dia suroh Pengawal dia tangkap. Oh lupa lak nak cakap, depa ni berdiri kat atas tanah tinggi yang kat luar bilik saya tu. It was so real as if I could see menembusi dinding tu! Bila pengawal2 tu, move forward nak tangkap, saya menangis nangis mintak maaf dan berjanji tak akan kacau tempat dia lagi.

Tuan Puteri tu lepaskan saya dengan warning to never mandi kat tempat dia lagi tapi dia simbah saya dengan air sejuk sambil cakap; nak sangat mandi kat tempat aku, nak ambik ni (macam 'amekaw' lah lebih kurang). Memang rasa sejuk sangat lepas tu.

Tak lama tu saya terjaga sebab kakak kat katil bawah tu kejutkan. Dia kata saya menangis kuat dan diorang pun risau tengok saya nangis dalam tido. Malam tu, saya tak boleh tido walaupun dah pindah ke katil kakak tu.

Selepas peristiwa tu, saya tak pernah ke C4 lagi tapi I never told anyone about it. Takutlah orang tak caya, buat malu aje... You all percaya tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:19 PM | Show all posts
Reply 4# annakaranina

sy bdk uitm s.alam gak, batch 96 - 2000. duk kt hostel seroja 2 ngn 1. 1st time kena tindih kt seroja 2 tu la, pastu part 4 duk kt seroja 1, lg teruk kena. bilik 2 org je, mlm pindah msk bilik tu je dh kena tindih, pstu siap gilir2 lak ngn rumet. kalo mlm ni dia kena, mlm sok sy lak kena. siap main tarik2 bantal pn ada. kalo sorang mmg x berani nk duk bilik tu sbb rs cam ada org renung dr tempat study. mmg mimpi mcm2 dlm bilik tu. mlm2 tido, antara nk lena ngan terjaga tu selalu dgr bunyik org berjln dlm bilik sbb bilik tu lapik tikar getah. bila sedar tgk kwn dok tido lena. huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 03:15 PM | Show all posts
Reply 5# cmf_jy77


    Saya pun selalu kena tindih tapi sebab masa saya masuk UiTM saya duduk bilik ramai so tak adalah seram sangat... Sejak duduk hostel masa form one dah dengar macam macam cerita jadi saya memang takut so every night saya akan tido berselubong walaupun panas. Kalau kena tindih dan terjaga pun, saya tak akan bukak mata or bukak selimut... Masa tu tak ada orang cerita pasal kena tindih so kita pun tak berani nak cerita... Masa sem 5 baru dapat bilik 2 orang tapi masa tu dah jadi biasa so tak de lah scary sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2012 03:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by annakaranina at 20-4-2012 15:37

Gangguan keempat

Yang ni, tak tau lah nak kira gangguan ke apa... Masa ni dah keja, duduk kat Kuarters di Bangsar. Yang ni selalu muncul masa saya tido tapi nak kata gangguan, elok pulak. Kali ni lelaki tua berjanggut panjang putih dan berjubah putih. Ada ofis mate yang kata, adak2 depa selalu nampak but I never told anyone yang I pun nampak. Bukan sekadar nampak, dia akan kejutkan saya waktu Suboh dan Isyak (kalau saya tido sebelum solat Isyak). Bukan kira gangguanlah kan tapi masih di alam peranormal. Dia akan tarik selimut atau goncang jari kaki saya to wake me up.

Masa kat kuarters ni juga saya mendapat gangguan yang paling hebat dalam hidup saya... Nanti saya cerita lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 04:13 PM | Show all posts
Reply 7# annakaranina


ku menunggu.....!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 04:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by annakaranina at 20-4-2012 16:58

Gangguan keempat: sambungan

Masa ni saya dah leka dan selalu solat lubang lubang sebab dating dengan BF dari petang ke malam. Jangan salah faham, petang2 gi teman dia main golf, terus dinner dan borak2 ngan kawan2 dia.  Ni zaman golf adalah untuk golongan elit dan 40an sahaja. Masa ni Tok Janggut tu dah tak nak tolong kejutkan untuk solat dah...

Kuarters yang saya duduk ni memang scary sebab kat tingkat bawah tu kosong aje. Kami duduk 2 orang. Kat sini saya selalu kena tindih dan mimpi yang mengerikan macam lawan ular/rimau/antoo dan yang sewaktu dengannya. Kadang2 ternampak bayang dari tepi. Bila ngadu dengan mak saya, dia cuma cakap, biarlah sebab menda tu pun makhlok Allah dan perlu tempat tinggal. Asal dia tak kacau physically (sentuh), abaikan aje...

Sebelum tu nak mentioned that saya pernah dengar jangan biarkan sejadah terbentang nanti 'menda' tu semayang. Saya tak percaya sebab sejadah Allahyarham ayah saya dulu terbentang 24/7 kecuali masa basuh/sidai and nothing happened.

Malam kejadian tu, sebab dah lambat solat Isyak dan letih, saya biarkan telekung atas sejadah yang terbentang thinking that Suboh nanti nak pakai balik kan. So, tidurlah saya dengan mengiring mengadap ke dinding (single bed rapat ke dinding). Masa tu pakai lampu bulat warna kuning. Saya dah padamkan lampu dan tutup pintu bilik sebelum tido.

Tiba2 lampu terpasang, bilik saya terang dan saya nampak pintu dah terbukak. Hati bertanya gak, sapa yang bukak lampu dan pintu ni? Sedang memikirkan pasal lampu dan pintu, ada sorang perempuan masuk bilik saya. I know it’s not my housemate. Saya nampak mukanya tapi tak terang sangat. Yang pelik tu, rambut tak panjang mengurai pun macam yang kita selalu dengar, shoulder length ajer.

She walked to my sejadah and put on my telekung and semayang! All that time I was watching her. Bila menda tu tengah semayang, saya pusing muka balik ngadap ke dinding. Hati dah berdebar debar tapi saya pujuk hati, kalau syaitan dia tak kan semayang…

So, tutup mata balik dan baca apa yang patut sambil kata dalam hati kalau syaitan, pergilah jangan ganggu aku, kalau kerabat Pak Janggut pun balik lah ke asal mu.

(Ini dalam tahun 87 or 88 kot tapi until now kalau cerita pasal ni, jantung saya berdegup laju)

As I was trying hard to calm down (ingat pesan mak) sambil membaca apa2 yang teringat, menda tu naik ke katil dan baring di belakang saya! Not only that, dia peluk saya dari belakang dan saya boleh rasa tangannya kat pinggang! Masa tu takut yang amat. Baca apa apa pun tak jalan dan dia peluk makin kuat. Last last saya relax kan badan dan azan sekuat hati. Tengah2 azan tu, saya tolak menda tu dengan siku sekuat hati dan dia lepaskan pelukan dia. Saya tak tengok dah but I could hear dia mengilai masa terbang keluar dari tingkap bilik saya tu…. (kalau dengar hilai cik pon dalam tv rasa macam…..hmmmmmm sebab tak scary pun)

Bila saya sedar, sebenarnya bilik saya masih gelap dan pintu bilik masih bertutup. Malam tu minta housmate temankan.

Malam esok tu, Allahyarham Ayah saya datang bersihkan bilik dan kawan saya temankan tido. Malam tu, kawan saya mimpi sorang perempuan tanya kawan saya kenapa dia dihalau. Dia dah lama tinggal di situ, katanya.

Nanti cerita saya dibuat orang pulak….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 05:02 PM | Show all posts
teruskan penceritaan TT.... =)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:26 PM | Show all posts
wah anna dah bukak rumah sendiri. eh first time miss dgr xboleh tinggal sejadah terbentang kalo kita xguna. boleh plak benda tu solat yek? tau rukun solat plak tu? time kena peluk tu mesti jantung anna mcm nak pecah kan? sbb gangguan tu berbentuk fizikal. teruskan bercerita. miss nak jadi peminat anna. nah bunga dari peminatmu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 01:38 AM | Show all posts
Reply 11# misslivina


    miss, dah lama nak cerita tapi tak berani. Bila baca citer miss, semangat lak nak menaip  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 10:56 PM | Show all posts
wahhh, nick kiter sama laaaa, mesti suka leo tolstoys' books nih, huhuhu
teruskan cik anna, nak baca jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 05:36 PM | Show all posts
Gangguan keempat: sambungan

Masa ni saya dah leka dan selalu solat lubang lubang sebab dating den ...
annakaranina Post at 20-4-2012 16:56


masa dia sembahyang boleh dengar ker dia takbir baca fatihah semua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 10:31 PM | Show all posts
pehh..sellau jgk ko jumper hantu..
pelik lah.ader org yg takkan jumper pon..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:15 AM | Show all posts
bestt nyeee TT. teruskan lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 11:12 AM | Show all posts
suka dengar pengalaman misteri org.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:25 PM | Show all posts
hahaha..epic..aku pernah kene tindih atas katil, roomate ada kat sebelah, tgh solat....mula2 tu tutup mata, pastu bukak mata tgk kawan dah tahiyat akhir..so, cuba2 la nak jerit tp x keluar suara...then suddenly...rupanya ada benda tgh baring kat depan saya x perasan sbb bilik kelam, guna lampu meja je...sekali dia pusingkan badan n tgk direct ke mata saya....terus time tu jugak kawan saya tegur...sbbb dia boleh dgr saya mcm menderam....benda tu hilang mcm tu je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 05:09 PM | Show all posts
citer yg menyeramkan.... tp camana lak cik ponti pun boleh sembahyang??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 01:20 PM | Show all posts
Reply 13# aNNa_KaReNiNa

Tak jugak. Sekali dulu baca and I like the name, Anna Karenina tu... Siap plan nak bubuh nama anak tapi tak dipersetujui oleh Ayahnya....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.372965 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list