Masing-masing melayan perasaan. Terasa bayu malam ditaman bunga berpuput angin malam meniup seluruh tubuh mereka berdua.
“Kriuukk”. Perut berbunyi lapar.
“Huh”. Amir terus terjaga dari lena kerana belaian Zara tadi. Terdengar saja perut berbunyi terus terjaga.
“You lapar ke sayang?”. Amir bertanya pada Zara.
Zara mengangguk malu.
“Kuat ke bunyi perut saya?”. Zara dah malu-malu kucing.
“Mau tak kuat…satu taman boleh dengar…silap2 haribulan pengawal debab tadi pun boleh tau kita kat sini”. Amir tersengih-sengih menyakat Zara.
Merah padam muka Zara menahan malu. Sempat dicubit pinggang Amir. Amir mengaduh sambil menggosok-gosok tempat yang dicubit isterinya.
“Oh ya sayang, ingat tak you ada simpan lebih pizza pagi tadi kat dalam tote bag you tu”.
“Haahlah sayang, baru teringat…kejap ya”.
Zara menyelongkar tote bagnya dan mengeluarkan pembalut beg kertas yang berisi pizza pagi tadi.
Amir bangkit dari riba Zara dan duduk disisi Zara. Mereka berdua membuka isi beg kertas yang memang diisi untuk makanan yang mereka minta di restoran itali.
“Wah, cukup untuk kita berdua…sedang elok tinggal dua potongan pizza ni”. Zara tersenyum ceria. Zara mula hendak menyuap namun sempat Amir menyiku isterinya.
“Baca doa dulu sayang…nanti tak kenyang”.
“Uppss…sorry sayang..” Masing2 menadah tangan dan berdoa makan.
Selesai berdoa mereka mula menjamah pizza tersebut dengan riang sambil menikmati suasana dalam taman bunga.
Makan Pizza dalam taman bunga...
SPEKU VCTM…part 9
sellie003 Post at 10-4-2012 11:53
Kaka sellie ni buat orang terkerang2 la...mana iols nak letak muka nihh...kat depan ada dua org staff, nanti diorg kata boss diorg sewel pulak...wakakaka...